PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, August 17, 2012

[PSS & KRU Kundasang] Program Youth Transformer


              Pada 10 hingga 12 Ogos 2012 yang lepas, persatuan Siswazah Sabah cawangan kundasang telah mengadakan satu program iaitu Program ‘Youth Transformer’. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang telah disasarkan kepada pelajar yang lemah dalam akademik dan agak  bermasalah dari aspek disiplin iaitu seramai 26 orang terdiri daripada 6 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar memperbaiki akademik dan membantu memberikan garis panduan untuk merubah diri mereka ke arah yang lebih baik. Oleh itu, pihak Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kundasang telah menyasarkan beberapa objektif untuk membantu para pelajar menghadapi masalah ini. Antaranya adalah, pertama usaha menyambut seruan kerajaan ke arah mewujudkan modal insan yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi. Kedua, membekalkan kepada remaja dengan ilmu-ilmu pengetahuan sebagai benteng kekuatan diri untuk menghadapi krisis sosial dan moral. Ketiga, usaha untuk membentuk remaja yang seimbang dari segi keintelektualan, kesahsiahan dan kerohanian. Keempat, membantu membina keperibadian remaja supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. Kelima, membantu dan memandu pelajar dalam mencari matlamat hidup.

Oleh yang demikian, pihak Pss Kundasang telah membentuk beberapa pengisian dan latihan dalam kumpulan yang berobjektifkan matlamat di atas. Antaranya, adalah pembentangan kertas kerja iaitu terdiri daripada dua kertas kerja, pertama bertajuk “Mengapa kita berada di dunia ini?” pembentangan ini fokus kepada apa tujuan Allah swt menciptakan manusia di muka bumi yang lebih menjurus kepada penereapan nilai-nilai spiritual. Kertas kerja kedua pula bertajuk “apa tujuan pendidikan” yang lebih memfokuskan kepada kepentingan menuntut ilmu sebagai seorang hamba ALLAH swt dalam konteks sebagai seorang remaja yang bergelar pelajar. Selain itu, Pss kundasang juga telah memebentuk beberapa modul berbentuk permainan namun menjurus kepada memberikan kesedaran seperti modul perngurusan masa dan modul memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kami juga telah mengadakan aktiviti debat dan pengucapan umum yang bertujuan untuk melatih pelajar berhujah serta membentuk keyakinan diri. Akhir sekali, kami telah mengadakan sesi perkongsian dari hati ke hati antara fasi dan pelajar untuk mendengar luahan hati dan respon mereka terhadap program ini.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat respon yang baik daripada pelajar sendiri berdasarkan surat yang telah ditulis oleh para pelajar dan mereka mengharapkan agar ada program susulan yang akan dianjurkan oleh persatuan siswazah sabah.



 Mumia in made

 Para peserta tengah mengangkat mumia











 Setiausaha agung PSS pusat menyampaikan pengisian

majlis penutupan, wakil pelajar berucap disampaikan oelh sdr. Rosli

 Ajk Muslimat yang banyak membantu
 
 Majlis penutupan(ringkas tapi cukup bermakna)




 Barisan AJK

 tengah menyanyikan lagu tema








 bermain puzz

Wednesday, August 15, 2012

[PSS & KRU Tuaran] Kem Ibadah SK Pekan Tamparuli

Dengar, tengok...
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinya Kem Ibadah di SK Pekan Tamparuli berjaya dilaksanakan pada 10-12 Ogos yang lalu. Memenuhi undangan sebagai fasilitator bukanlah perkara baru. Tetapi menambah pengalaman baru apabila bulan Ramadan menjadi pilihan untuk program dilaksanakan. Mengambil iktibar dan semangat daripada kejayaan yang dicapai umat Islam pada bulan Ramadan. Kata bijak pandai “Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup”. Justeru,belajar dari pengalaman masing-masing. Kerana setiap orang punya pengalaman tersendiri. Dalam menyantuni jiwa-jiwa yang bersih dan masih fresh ini,menghendaki setiap fasi untuk lebih bersedia sepenuhnya. Almaklum, mereka lebih power dari power rangers. Seperti yang sering diperkatakan oleh senior PSS “WHAT YOU GIVE YOU GET BACK, WHAT YOU GET YOU GIVE BACK.”

10 OGOS 2012 (JUMAAT)
Ba’da solat Asar adalah pembuka tirai untuk adik-adik peserta mendaftarkan diri. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat. Setiap dari mereka punya rentak tersendiri. Lewat 6.30 petang,seramai 100 orang peserta berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta Kem Ibadah. Dengan tenaga dari guru-guru dan para fasilitator yang ada memadai untuk berprogram bersama mereka. Seronok apabila dapat berbuka puasa dan solat Tarawih dengan adik-adik peserta. Kemeriahan bulan Ramadan lebih terasa. Selesai solat Tarawih berjamaah, sesi ta’aruf bersama kumpulan dijalankan. Yang sedia kenal menjadi semakin kenal, yang baru kenal berusaha untuk lebih mengenali. Taaruf berterusan~

11 OGOS 2012 (SABTU)
Seawal jam 3 pagi lagi ada antara peserta yang sudah bangun dan tidak lupa mengejutkan rakan-rakan mereka untuk berqiamullail. Usai bersahur dan solat subuh berjamaah, tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh seorang Ustaz yang juga salah seorang pendidik di SK Pekan Tamparuli. Waktu siangnya diisi dengan LDK, hafalan surah-surah lazim, tasmik dan tayangan video Daie Cilik. Lagu “Adakah Kau Lupa” menjadi lagu tema. Meskipun bahasa dalam lagu tersebut agak tinggi,namun sedikit sebanyak mereka memehaminya apabila ada fasi menerangkan secara terperinci. Sebelah petangnya pula, peserta-peserta terlibat dengan majlis Ihya Ramadan yang diadakan di Dewan Terbuka SK Pekan Tamparuli. Pada malam harinya pula,semua peserta dan para fasilitator bergerak ke Masjid Ubudiyyah, Tamparuli sebagai persiapan untuk berqiamullail pada keesokkan paginya. Sebelum tidur, sempat bermuhasabah diri bersama adik-adik peserta. Walaupun agak keletihan, namun semuanya berjalan lancar. Inilah lumrah kehidupan bila bersama pasti semuanya menjadi mudah.

12 OGOS 2012 (AHAD)
Memandangkan komitmen yang lain masih ada,kami terpaksa meninggalkan SK Pekan Tamparuli lebih awal dari yang sepatutnya. Walaupun berat untuk melangkah pergi, segalanya disandarkan kepada pertemuan yang akan datang. Semoga ini bukan pertemuan yang terakhir, insyaAllah.
 Abang Izwan?????
Jom bersenam!
Jom bersenam jugak!
Fasi muslimim
Jom solat.
Sebentar lagi....adik-adik....
Khatam Al-Quran
Majlis penutupan

Kini, hampir masuk waktu zuhur kami telah pun berada di Surau Nurul Yaqin, IPG Kent. Hadir untuk memahami dan menghadam isu Syria yang dikupas dengan bertenaga oleh Ustaz Mohd Nadir al-Nuri Kamaruzzaman selaku Exco Penerangan, Persatuan Pelajar Malaysia Syria merangkap mantan Timbalan Presiden PSS. Syahdu. Apakah tindakan kita?
Kutipan sumbangan belum diserahkan?

Ramadhan kian pergi meninggalkan kita. Apakah perasaan Rasulullah dan para sahabat ketika Ramadhan semakin dipenghujung? Apakah pula perasaan kita?

Mohon maaf andai terkasar bahasa dan tersilap kata. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Taqabalallahu Minna Wa Minkum.

[PSS & KRU Beaufort] Usrah Ramadhan Al-Mubarak

Sesi perkongsian mengenai ramadan ^^ 
Alhamdulillah .. Sepanjang bulan yang mulia ini , Kelab Remaja Ukhuwwah Beaufort telah menjalankan sesi usrah bersama KRU-B Gen.1 dan KRU-B Gen2 .. Alhamdulillah juga , kehadiran sepanjang usrah Ramadan amat memuaskan ..Usrah ramadan KRU-B 1.0 , 2.0 ,dan 3.0 telah diadakan di Masjid Pekan Beaufort ..Usrah ramadan ini juga telah dikendalikan sendiri oleh ahli KRU-B ..

Bermula dengan usrah ramadan 1.0 yang dijalankan di awal bulan ramadan iaitu pada 27 Julai 2012 dengan kehadiran ahli usrah seramai 8 orang , para ahli usrah telah diberikan penerangan mengenai erti ramadan , adab-adab ramadan dan juga niat ketika berada di dalam ramadan ..

Selain itu , ahli usrah juga diterangkan mengenai perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa .. Sebelum bermulanya sesi perkongsian dalam usrah , seperti biasa , sesi taaruf mendahului segalanya .. Alhamdulillah , perkongsian yang dibawakan amat bermanfaat buat semua ahli usrah yang hadir .. Selesai sahaja sesi perkongsian mengenai ramadan yang disampaikan oleh saudara Shazlin , setiap ahli usrah telah diminta memberi sedikit perkongsian mengenai ramadan dan diri mereka masing-masing .. Setelah itu , sesi usrah ramadan 1.0 pun berakhir .. 
Antara ahli Muslimat yang hadir ^^

Seterusnya , atas permintaan dan perbincangan antara ahli-ahli KRU-B gen.1 dan gen.2 , sekali lagi usrah ramadan telah dijalankan iaitu pada 03.08.2012 .. Usrah ramadan 2.0 ini diadakan pada fasa kedua ramadan di mana kehadiran ahli usrah pada kali ini amat memberangsangkan .. Alhamdulillah .. Mengenai usrah kali ke-2 KRU-B pula , di sini kami telah mengagihkan ahli usrah kepada 3 kumpulan , di mana setiap kumpulan diketuai oleh seorang ahli KRU-B merangkap naqib/naqibah .. Sedikit perkongsian mengenai ibadah-ibadah yang boleh dilakukan di bulan ramadan telah dikongsikan pada usrah ramadan 2.0 ini ..Seperkara lagi , tidak lengkap sesi usrah kami tanpa sesi taaruf :) .. Pada usrah ramadan kali ini , kami telah mengadakan sesi taaruf berantai .. Seronok , geli hati dan macam-macam lagi perasaan yang muncul akibat daripada sesi usrah berantai ini kerana ada segelintir ahli usrah yang tersalah memperkenalkan nama ahli usrah yang lain ..Alhamdulillah ,kerana gelak ketawa itulah yang menjadikan kami lebih rapat dna itulah namanya ukhuwah Fillah ^^ ~ Selesai sahaja sesi taaruf , sesi fotografi pun diadakan dan setelah itu , masing-masing membawa haluan ke tempat wudhu setelah azan asar berkumandang .. Tamatnya solat asar berjemaah , maka tamatlah usrah ramadan 2.0 KRU-B ~ 
Naqibah usrah ramadan 2.0
Ukhuwah Fillah usrah ramadan 2.0 ^^
Masuknya ramadan fasa ke-3 , alhamdulillah sekali lagi KRU-B mengadakan usrah ramadan iaitu pada 10.08.2012 ..Usrah pada kali ini telah diisi dengan sedikit perkongsian mengenai adab-adab usrah , sirah usrah dan matlamat dalam berusrah .. Selepas itu , sesi taaruf bersama ahli usrah yang baru mahupun yang lama pun dimulakan .. Selesai itu , usrah ramadan diteruskan dengan perkongsian mengenai malam lailatul qadar ..Perkongsian mengenai malam lailatul qadar ini amat menggamit jiwa para ahli usrah kerana sirahnya yang menarik untuk didengar dan mengenai kehebatan laillatul qadar pada semua orang mukmin yang bertaqwa .. Sesungguhnya malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan ..Seterusnya , selesai sahaja sesi perkongsian mengenai malam lailatul qadar , satu lagi sesi iaitu sesi Taaruf Ramadanku telah diadakan .. Sesi Taaruf Ramadanku ini adalah sesi di mana para ahli usrah diminta bercerita mengenai kehidupan mereka sepanjang ramadan .. Macam-macam perasaan yang muncul semasa sesi Taaruf Ramadanku ini berlangsung .. Seperti biasa sesi fotografi pun diadakan setelah sesi Taaruf Ramadanku berakhir ..KRU-B adalah KRU yang paling suka bergambar kerana dengan gambar itu kami melambangkan ukhuwwah kami ^^ ~ Alhamdulillah ..
Naqib usrah
Inilah KAMI .. kenangan usrah ramadan 3.0 :)

Semoga usrah ramadan 3.0 ini bukanlah usrah ramadan yang terakhir buat kami semua .. InsyaAllah .. 

# Sekian , ampunkan salah dan silap kami selama perkenalan yang dibina .. Asif .. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat hari raya Aidilfitri .. -Khas dari kami , Kelab Remaja Ukhuwwah Beaufort - ^^


Tuesday, August 14, 2012

Flashmob Syria PSS & KRU KK.

Kami Peduli!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

12 Ogos 2012 – Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu telah berjaya mengadakan Flash mob berkenaan isu Syria pada pukul 5 petang pada hari berkenaan. Bertempat di Bazaar Ramadhan Taman Indah Permai, program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan situasi sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.
Program ini merupakan aturan daripada Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Tindakan perkongsian ini bertujuan untuk menyebarkan perihal yang berlaku di Syria memandangkan masih ramai lagi di antara masyarakat setempat yang belum mengetahui isu global umat yang berlaku di sana. Ini sedikit sebanyak akan dapat membuka mata dan minda masyarakat agar lebih prihatin dan bertindak menyokong kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman di sana.
Antara aksi yang sempat digambar dalam Flash Mob
Syahid~
Gambaran pencetus Revolusi Syria
Road show “Dari Syam Kepada Alam” ini, telah dilakukan di kawasan Sabah seperti Kundasang, Tambunan, Tawau, Lahad Datu dan beberapa kawasan lain sebelum diadakan di Kota Kinabalu. Seramai 21 orang skuad celik telah berjaya melaksanakan aksi senyap selama 5 minit sementara risalah penerangan isu Syria diedarkan kepada orang ramai yang berada di tempat berkenaan.

Dalam ucapan terima kasih, pengarah program, Mohd Shahfieq Sabdin turut menyelitkan harapan beliau kepada skuad bimbingannya selepas menamatkan Flash Mob, “Semoga apa yang dilakukan kita pada hari ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mampu menyelamatkan diri kita apabila di tanya di akhirat kelak.”

[PSS & KRU KK] Program Riadah Cintai Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pada 11 Ogos 2012 yang lepas, PSS Kota Kinabalu bersama KRU Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan sebuah program berbentuk santai; Riadah Cintai Ramadhan bertempat di Taman Awam Teluk Likas. Ini merupakan program berbentuk santai yang kedua diadakan di tepi pantai selepas program Jelajah Semesta Iman pada Februari lepas.

Slot pertama program ialah study group subjek Mathematics bersama fasilitator yang terdiri daripada sahabat-sahabat PSS KK. Peserta-peserta yang mengikuti study group ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 3,4 dan 5. Manakala peserta yang terdiri daripada pelajar Pra-Universiti duduk dalam halaqah dan mendengar pengisian daripada fasilitator mereka.
Para peserta sedang khusyuk mendengar

Selesai study group, para peserta bersama AJK dan fasilitator menunaikan solat Zuhur berjemaah. Program diteruskan lagi ke slot kedua iaitu mendengar perkongsian berkenaan isu Syria daripada Ustaz Nadir Al-Nuri, merupakan bekas Timb. Presiden PSS yang sedang menuntut di Syria. Perkongsian yang disampaikan secara santai ini memudahkan para peserta memahami isu yang sedang berlaku di Syria.

Slot ketiga ialah group task. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Mereka diberi tugasan berkenaan Ramadhan dan Aidilfitri, seterusnya diminta mempersembahkan hasil tugasan masing-masing. Group task ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam berkenaan bulan Ramadhan dan yang berkaitan dengannya, disamping melatih para peserta agar lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

Usai slot ketiga, semua yang terlibat pada program kali ini bergambar bersama sebagai kenangan program. Semoga input yang diperoleh daripada program Riadah Cintai Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dikongsikan bersama mereka yang tidak berpeluang bersama pada kali ini.
Pengerusi KRUKK, saudara Sarip menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan, Ustaz Nadir.
Poster Program

Berpuasa tidak menghalang kita untuk beriadah. Moga bertemu lagi kita dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah.

[PSS & KRU KK] Program Mesra Maktabah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

27 dan 28 Julai yang lalu, Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu telah melaksanakan tanggungjawab dan kerja kemasyarakatan mereka di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra. Program yang dikenali sebagai Program Mesra Maktabah telah meyaksikan penglibatan ahli PSS KK dan KRU KK secara total.
Proses lakaran

Program ini merupakan program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Exco Masyarakat Dan Siswazah PSS KK dan pihak sekolah.

Program kali ini bertujuan untuk mengias kawasan perpustakaan sekolah di samping membina jaringan perhubungan yang baik kepada pihak sekolah. Persekitaran sekolah yang cantik dan kondusif sememangnya mampu menarik perhatian dan meningkatkan motivasi pelajar sekolah. Ianya juga bakal membina budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra merupakan salah satu sekolah yang memfokuskan pembinaan akhlak berteraskan silibus pendidikan Rasulullah. Kokurikulum sekolah ini juga turut memuatkan sunnah-sunnah Rasullullah untuk diamalan oleh pelajar sekolah. 

Ternyata, suasana pembelajaran yang kondusif mampu meningkatkan minat para pelajar untuk menuntut ilmu. 

Pengarah program, saudari Irawan Ridduan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PSSKK & KRUKK yang turun padang bagi bersama menghias kawasan perpustakaan Baitul Hikmah. Katanya ketika ditemui, "sekalung tahniah dan terima kasih kepada ahli PSSKK & KRUKK yang terlibat dalam menjaya program ini. Semoga usaha yang kecil ini mampu melahirkan cendekiawan-cedekiawan Islam suatu hari nanti".
Antara ahli PSSKK yang turun bersama

Sumber : http://psskk.blogspot.com/2012/08/program-mesra-maktabah.html
Koleksi Gambar di sini.

Wednesday, August 8, 2012

Qiamullail Pimpinan & Bengkel Media PSS & KRU Tuaran.

Terima kasih Setiausaha PSS, Saudara Azizul Julirin 
Alhamdulilllah, Allah masih memberi kesempatan untuk kami para barisan pimpinan KRUT berkumpul pada 4-5 Ogos 2012 bersamaan 15-16 Ramadhan 1433H sempena Qiamullail Pimpinan KRUT. Meski ada yang tidak dapat menghadirkan diri, pasti mereka ada sebab tersendiri yang sangat mustahak. Diharapkan momentum bangun malam ini berterusan terutama pada bulan Ramadhan ini, lebih-lebih lagi semakin hampir ke 10 malam terakhir Ramadhan. Apa yang rasulullah buat pada 10 malam terakhir Ramadhan? Bukankah antara kehebatan Sultan Muhamad Al-Fatih pada qiamullailnya? Ayuh kita para remaja khususnya barisan pimpinan bina kekuatan. Kekuatan dalaman.

Terdapat banyak pengisian sepanjang program antaranya peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan. Antara pengisian berkesan yang dikongsikan semasa program ialah ibrah daripada kisah Perang Tabuk. Apakah sebab berlakunya perang tabuk? Bagaimanakah cuaca ketika itu? Apakah yang berlaku terhadap Ka‘ab bin Malik, Murarah bin Ar Rabi‘ dan Hilal bin Umaiyah? Sehingga turun firman Allah kepada Rasul-Nya:

"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka nyaris berpaling (tergelincir), namun kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesunguhnya Allah Mahaya Penyayang terhadap mereka. Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubatnya) sehingga bumi yang luas ini mereka rasakan amat sempit, dan jiwa mereka pun dirasa sempit oleh mereka, kemudian mereka menyedari bahwa tidak ada temapt lari dari (siksaan) Allah selain kepada-Nya, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap bertaubat. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Hari orang-orang yang beriman, tetapi bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kalian bersama orang-orang yang selalu benar.“ (At-Taubah: 117-119)
Tazkirah Subuh

Pada 5 Ogos, program diteruskan dengan Bengkel Media yang dikendalikan oleh Saudara Hasmadi Hasbi selaku Exco Urusan Media, PSS. Terima kasih diatas segala ilmu dan tips yang dicurahkan. Ilmu yang bermanfaat. Perlukan ketekunan, kesungguhan, daya kreativiti dan terkadang ilham datang mencurah-curah.
Tips-tips penting ialah.....

Sepanjang berprogram hati sentiasa terkenangkan seorang sahabat. Boleh jadi ini bukan Ramadhan terakhir buat kita, tetapi mungkin Ramadhan terakhir buat insan-insan yang paling hampir dengan kita. Bersabarlah wahai sahabat, Siti Nurmina binti Wahab. Terimalah pemergian ayahanda tercinta pada malam 16 Ramadhan 1433H dengan redha. Allah lebih menyayanginya. Mudah-mudahan Allah merahmati rohnya dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin! Jadilah anak yang solehah yang sentiasa menitipkan doa buat ayahanda tercinta.

Kesempatan dapat berkunjung dan bersua muka meleraikan resah dijiwa. Untaian ukhuwah dan mahabbah yang telah terjalin menuntut perkongsian rasa simpati dengan sahabat yang sedang dalam musibah.

Ada jaminan Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhir buat kita?

Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2012/08/ramadhan-kareem-3.html

Monday, August 6, 2012

Qiamullail Perdana Ke-6 PSS & KRU Beaufort.


Poster Qiamullail Kali ke-6

Pada permulaan dan sebelum bermulanya Program Qiamullail keenam PSS&KRU Beaufort.Kami menghadapi masalah dari segi kekurangan AJK sama ada PSS atau KRU.Hampir-hampir saja program yang di sebar umum itu dibatalkan tetapi pihak kami tidak langsung endah akan idea pembatalan itu.Gerak kerja akan tetap di jalankan dengan penuh kesabaran.

                Bahkan jua,qiam itu berlanggar dengan 3-4 kenduri ahli PSS&KRU.Pada hari program,segala peralatan dipersiapkan dan AJK bersedia untuk memikul tanggungjawab.Meja pendaftaran menjadi langkah awal di sediakan di susuli dengan yang lain-lain.Usai solat Zohor,AJK pendaftaran memainkan peranan.LCD atau pemancar visual tidak ada ,tapi tidak dapat menghambat perjalanan program dan hanya di bantu dengan kelengkapan audio.

                Dimulai dengan taklimat oleh Ustaz Syahriul di samping lagu tema.Lagu tema menjadi kewajipan di setiap program dan pada masa itu.Sebenarnya,lagu tema qiam belum pun sempat di bincang  tapi lantas kami terus memilih lagu Rabbani-Iltizam.Selesai taklimat,LDK dijalankan yang bertajuk sebuah perjalanan Agung.Peserta di kehendaki melalui stesen-stesen yang tertentu dan menyalin nota tentang Isra’ Mikraj.

           Di mulai dengan perjalanan ke satu sudut sehingga ke ruang solat utama.Selepas itu, para peserta berehat sebentar di susuli dengan solat fardhu Asar.Selesai Imam membaca doa,program di teruskan dengan para peserta di beri soalan kuiz yang menyaksikan akan gelagat peserta yang bersemangat sekali sehingga riuh sekali.Al-Mathu’rat di baca dengan berjemaah di ruang utama masjid.

          Sesi Ice-Breaking atau sesi taaruf di jalankan di depan masjid. KRU mengendalikan sesi tersebut,sehelai kertas di bagi kepada setiap peserta dan di minta untuk melukis wajah mereka.Lalu kertas itu di bagi kepada AJK dan di lipatkan sebelum di hulurkan secara rawak kepada setiap peserta.Mereka dikehendaki mencari wajah orang yang serupa dengan lukisan di kertas (walaupun ia adalah sangat mustahil).Mereka mesti berkenalan dalam masa beberapa minit.

          Mentari di tengah waktu Asar,seramai 4 peserta muslimin dan 4 peserta muslimah di jemput untuk memperkenalkan kawan mereka dan mereka ini bertuah sebab diberi hadiah atas keberanian tampil di hadapan.Sebenarnya pada masa ini,AJK tersembunyi iaitu AJK masakan sedang berusaha menyiapkan makan malam di dapur.Selesai Ice-Breaking,kami semua pun mengurus diri.

          Azan maghrib dilaungkan,AJK masuk ke bilik penginapan muslimin untuk menyuruh solat.Agak manja sampai solat pun mahu di suruh dan nakal bersembunyi di bilik.Selepas solat sunat selepas maghrib,semuanya turun ke bawah untuk slot tahlil sempena bulan  Syaaban.Di iringi dengan makan malam yang berupa menu nasi dengan telur goring campur sosej sambal sos.Di samping sayur acar timun.Syukur makanan pun cukup di nikmati semua orang.

           Melangkah menunaikan solat Isya’ dan selepas itu,kuliah ilmu pun bermula dengan bertajuk “Indahnya hidup dalam beribadah”.Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ruslimi yang dijemput khas.Lebih sejam ceramah disampai dan seterusnya untuk minum malam hanya ada air teh dan biskut tanda kesederhanaan.Justeru itu,slot muhasabah dengan lampu di matikan untuk suasana yang gelap.

                Dengan bantuan audio dan Ustaz Syahriul menjadi moderator,slot muhasabah berlangsung dengan jayanya.Sebagai penutup slot muhasabah,peserta diminta untuk mengambil wuduk dan bersama-sama membacakan surah lazim sebelum tidur.Sejurus selepas para peserta melelapkan mata walhal sebaliknya pula yang berlaku,post mortem di buat.

               AL-Fatihah menjadi pembuka halaqah,AJK penyertaan,promosi,pendaftaran termasuk sumbangan sekali membentangkan laporan.Peserta muslimin adalah seramai 21 orang dan muslimah seramai 27 orang,promosi di hadkan hanya pada tampalan poster dan sebaran di FB.Sumbangan daripada lebih kurang  10 orang guru SMK.Beaufort adalah sebanyak RM106 yang berjaya dikutip.

               Bagi makanan dan minuman pun cukup,lebih pun ada.Kebersihan pun memuaskan,keselamatan pun terjamin,pengisian tidak banyak masalah.Kami semua merasakan program berjalan dengan lancer seolah-olah doa meminta bantuan dimakbulkan,lalu Allah SWT menghantar malaikat untuk membantu kami serupa sejarah Perang Badar.Kak Azlinah pun datang walau malam semakin lewat,tasbih kifarah dan Al-Asr menjadi penutup.
               Kebetulan yang baik,kak Azlinah membawa bekal makanan dari kenduri keluarganya dan kami makan dengan syukur.Melelapkan mata bagi menghadapi dugaan esok hari untuk slot utama,qiamullail.Lebih kurang jam 3.30 pagi,para peserta di kejutkan untuk bangun qiamullail.Dimulai dengan beberapa solat sunat terutamanya solat tahajud di iringi zikir munajat.Menjelang subuh yang hening,azan berkumandang dan solat subuh di tunaikan.              

            Slot tazkirah subuh disampaikan oleh Ustaz Awang Mohd.Nor.Gaya ceramah dilengkapi dengan keramahan bertanyakan soalan siap menyentuh soal gerbang bakal suami/isteri.Selepas itu,sesi riadah di luar masjid dilakukan dengan pengendalian KRU.Sesi riadah yang menyaksikan gelak ketawa antara peserta dan AJK di sebabkan gelagat lucu peserta.Selesai riadah,peserta dijamu dengan hidangan sandwich sampur sardin dan air teh sebelum mereka mandi.Bagi slot akhir,sesi refleksi dan perkongsian sepanjang perjalanan program dilakukan di samping mempromosi Kem Remaja Islam Beaufort.

           Selepas itu,berakhirnya program qiamullail perdana dan inilah satu-satunya program PSS&KRU Beaufort tanpa gambar apatah lagi video.Apa-apa pun segala-gala  banyak mengajar kami terutamanya bagi AJK KRU.

# Maaf di atas ketiadaan gambar qiamullail kali ke-6 ini kerana ada masalah teknikal yang berlaku ^^

Sumber : http://krubeaufort.blogspot.com/2012/08/qiamullail-perdana-pss-dan-kru-b-kali.html#more

Program Ziarah Mahabbah ke Hospital Likas

KOTA KINABALU - Memfokuskan kepada memberi bantuan kebajikan & sokongan para pesakit Muslim & keluarga mereka sebagai objektif program, Persatuan Siswazah Sabah bersama dengan rakan NGO, Gerak Kasih telah berkolaborasi untuk melakukan ziarah mahabbah bagi menyantuni para pesakit kanak-kanak di Wad Melur, Hospital Wanita & Kanak-kanak Likas pada 22 Julai 2012 yang lepas.


Ahli rombongan bergambar di hadapan Wad Melur sebelum melakukan ziarah

Program yang melibatkan seramai 15 orang ahli rombongan yang diketuai oleh Encik Jamrie Saparie, Pengerusi Gerak Kasih telah menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan cakera padat yang mengandungi zikir-zikir munajat sebagai terapi kepada pesakit & ahli keluarga mereka. Selain itu, setiap pesakit yang ditemui juga diberikan kata-kata sokongan berupa motivasi agar meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT dalam setiap ujian yang dihadapi.
 Saudara Azizul sedang menyantuni seorang kanak-kanak & keluarga berbangsa tiong hua

Setiausaha Agung Persatuan Siswazah Sabah, Saudara Azizul Julirin berkata PSS sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjadikan dakwah & kebajikan sebagai salah satu matlamat penubuhannya, merasa terpanggil untuk bersama-sama untuk dalam pasukan Gerak kasih bagi menjayakan program ini. Beliau juga berkata, setiap insan yang mempunyai jiwa wajib disantuni lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam keadaan yang kurang baik dan memerlukan sokongan.  

Encik Jamrie (kanan) ketika menziarahi seorang kanak-kanak pesakit Acute Paediatric

Program yang diadakan setiap minggu secara berkala ini merupakan kerjasama beberapa buah NGO yang diselaraskan oleh NGO Gerak Kasih. Sumbangan yang diberikan kepada pesakit-pesakit yang ditemui adalah hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh orang awam selain daripada usaha janaan ekonomi oleh pihak Gerak Kasih sendiri.

Pengerusi Gerak Kasih, Encik Jamrie berkata, Gerak Kasih dalam usaha untuk menggiatkan lagi kegiatan kebajikan seperti ini dengan menambah bilangan pasukan-pasukan yang akan bertugas setiap minggu dan juga dalam proses untuk membina sebuah asrama Gerak kasih yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada keluarga pesakit Muslim yang terpaksa bermalam di hospital tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.

Persatuan Siswazah Sabah dan Gerak Kasih mengalu-alukan sebarang sumbangan  daripada orang ramai untuk melancarkan program-program ziarah pada masa hadapan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PSS 10016010043186.  Maklumat berkenaan aktiviti Gerak Kasih boleh diperoleh di http://www.gerakkasih.com.

Gambar-gambar & video sepanjang lawatan:

Video program






 


Wednesday, August 1, 2012

[PSS & KRU KK] Halaqah Ramadhan v1.0

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Tiada kata yang lebih baik diungkapkan selain kata puji bagi Allah itu tika melihat remaja-remaja Islam sangat hajat kepada tarbiyah Allah.

Pada 21 Julai 2012 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433H yang lalu, Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu telah mengadakan sebuah program pentarbiyahan diri di bulan Ramadhan yang diberi nama 'Halaqah Ramadhan'. Bertempat di Sekolah Rendah Al-Hafidz, Bandar Sierra, program ini disertai oleh seramai 30 orang peserta daripada serata sekolah di kawasan Kota Kinabalu. Antaranya ialah, SMK Inanam, SMK Likas, SMK Tobobon dan SM Perempuan Likas.

Program ini bertujuan untuk melahirkan rasa keinsafan di kalangan peserta dalam menghadapi Ramadhan di samping memberi kefahaman Islam sebagai cara hidup.

Pengisian yang disajikan kepada para peserta ialah sekitar lingkungan pemahaman asas berkenaan dengan Ramadhan di samping pengisian-pengisian yang bersifat umum seperti aqidah, ibadah dan akhlak.

InsyaAllah, Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu akan mengadakan Halaqah Ramadhan kali kedua pada masa akan datang. Diharap program-program sebegini mampu menjadi titik permulaan untuk kita lebih menghayati makna dan maksud Ramadhan. InsyaAllah~



Disediakan oleh :
Mohd Shahfieq bin Sabdin
Exco Urusan Media,
Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu

Bengkel Media PSS dan KRU Kota Belud




28 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) kawasan penaja Kota Belud telah menganjurkan bengkel media buat julung-julung kalinya. Sasaran utama bengkel ini adalah ahli PSS dan KRU Kota Belud . Menyedari hakikat bahawa kemahiran dalam bidang media sangat penting untuk dikuasai, PSS Kota Belud mengambil inesiatif untuk mengadakan bengkel media  buat pertama kalinya. Penguasaan beberapa kemahiran dalam media diharap akan memudahkan lagi gerak kerja PSS dan KRU di peringkat kawasan. 
Bengkel Media setengah hari ini dikendalikan oleh Sdr.Hasmadi Hasbi yang merupakan Exco I Urusan Media PSS. Beberapa aspek berkenaan media telah dikupas satu persatu oleh beliau, diantaranya ialah asas berblog, asas facebook, asas fotografi, asas poster dan asas videografi. Penyampaian sdr. Hasmadi yang sangat santai semasa merungkai satu persatu tajuk-tajuk yang dibawa menyebabkan ia sangat mudah difahami dan banyak ilmu baru  yang diperoleh dalam bidang media. Para peserta juga berpeluang mengajukan soalan-soalan berkaitan media semasa bengkel dijalankan. 
Pembentangan daripada Sdr.Hasmadi
Gigih meng'install' perisian ke dalam komputer peserta

Selepas selesai pembentangan, bengkel diteruskan lagi  dengan aktiviti “hands-on”. Amali penggunaan salah satu perisian video iaitu Sony Vegas diberikan kepada perserta. Menurut sdr. Hasmadi, penguasaan beberapa asas kemahiran dalam media akan lebih mudah dikuasai jika dilaksanakan melalui “hands-on” dan bukannya teori semata-mata. Amali seperti ini sangat menarik kerana para peserta berpeluang mencuba sendiri bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut dibantu dengan tutorial yang ditunjukkan oleh Sdr. Hasmadi. 
Penceramah sedang membantu peserta 

Peserta seronok mencuba perisian yang baru dipelajari

Diantara peserta yang menghadiri bengkel media
Bengkel berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Walaupun rasa tidak cukup setengah hari digunakan untuk bengkel seperti ini, namun apa yang disampaikan oleh sdr. Hasmadi sudah cukup untuk kami selaku ahli KRU dan PSS Kota Belud untuk memanfaatkan media sebagai salah satu medium untuk menyampaikan Islam. Selain itu juga, peserta diingatkan untuk membetulkan niat dalam semua perkara termasuk dalam urusan media sekalipun. Niat yang betul dan disertai dengan ibadah yang mantap seperti melazimi solat istikharah akan memudahkan lagi usaha kita. InsyaAllah. Dari pihak PSS Kawasan Penaja Kota Belud, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Hasmadi Hasbi kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan PSS dan KRU Kota Belud. Semoga usaha ini dinilai sebagai satu ibadah di sisi Allah S.W.T.



Disediakan Oleh :
Zahariah Mastar
Exco II Urusan Media PSS

Exco ICT dan Penerbitan 

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons