PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, October 31, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Oktober 2012

27-28 Oktober 2012, SMK Putatan - Seramai 50 peserta yang terdiri daripada para remaja sekitar daerah Putatan telah menyertai program Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Oktober 2012. Program bulanan ini buat julung-julung kalinya diadakan di SMK Putatan. 

Walaupun bilangan peserta yang sedikit kurang berbanding Qiamullail sebelumnya, namun ianya tetap berlangsung dengan jayanya. Mungkin disebabkan bertembung dengan musim peperiksaan dan perayaan Hari Raya Aidiladha menyebabkan berlaku sedikit pengurangan peserta yang biasanya tidak kurang daripada 80 peserta.

Pendaftaran bermula selepas solat asar 27 Oktober 2012, kemudian, disusuli dengan taklimat program, hemat diri, solat Maghrib berjemaah dan slot-slot yang seterusnya.

Antara slot yang menarik sepanjang program ini ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sembang Ilmiah bertajuk "Erti Sebuah Pengorbanan", slot muhasabah, munajat dan Qiamullail, Cergas-Cerdas dan slot refleksi.

Alhamdulillah, mengikut kaji selidik yang dibuat, semua peserta berpuas hati dan berjaya mendapat mesej yang cuba disampaikan dalam Qiamullail pada kali ini.

Program diakhiri dengan Doa Wehdah dan lambaian ukhuwwah.
Para peserta semasa pendaftaran program.
Taklimat program disampaikan oleh saudara Hasmadi bin Hasbi.
Saudara Mohd Rijan mengisi waktu kosong program.
Sembang santai bersama peserta
Sembang Ilmiah bertajuk "Erti Sebuah Pengorbanan" disampaikan oleh Ustaz Noorazamuddin Umar.
AJK bertanya persoalan agama kepada penceramah jemputan
Pengerusi PSS Putatan menyampaikan cenderahti kepada penceramah jemputan.
Slot Muhasabah.
Menulis kata-kata istimewa kepada orang yang tersayang.
Khusyuk mencoret kata-kata ukhuwah.
Slot Cergas-Cerdas
Tadah air.
"Ndak" habis lagi??
Kerjasama..
Bersungguh-sungguh
Tengok kertas A4 kamu semua..
Nie kertas kami bang !!!
Mamam..
Muka pejuang..
Ini ukhuwwah kami
Gembira
Sabar menunggu giliran.
Cepat !!!
Baca doa sebelum makan...
Lompat si katak lompat
Uzdi - 1st time join - Best !!!
"Woke Ai" = Saya Comel
Sedih dalam gembira.
"Program nie memang best"
"Join lah lagi program yang bermanfaat ini.."
"Saya gembira dapat kenal kawan baru..."
Amanat terakhir para fasilitator...
Pantang nampak kamera
Peserta dan fasilitator
Doa Wehdah -->> Lambaian Ukhuwwah
Sob..Sob..

Disediakan oleh :

Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media
Pengerusi PSS kawasan penaja Putatan

Program Kerohanian Maktab Sabah

 Slot Penggulungan & penutupan
30 Oktober 2012, Maktab Sabah - PSS telah dijemput oleh pihak sekolah untuk memberi sedikit perkongsian khusus untuk pelajar-pelajar asrama sekolah itu. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat yang telah tamat peperiksaan. Objektif program ini dianjurkan adalah memberi kesedaran kepada para peserta tentang ancaman Aqidah yang semakin mengancam umat masa kini dan sebagai pendedahan terhadap masalah gejala sosial yang kian meruncing masa kini.

Seramai 10 ahli PSS telah bersama menjayakan program singkat ini. Program yang dilaksanakan di surau asrama Maktab Sabah ini diiisi dengan beberapa modul ringkas yang menarik seperti, slot debat 'Cinta', dan slot Muhasabah.

Program ini berlangsung dengan penuh gembira dengan telatah para peserta yang berpartisipasi dengan aktif dalam setiap slot yang disediakan. Walaupun, tempoh program yang singkat iaitu dari Maghrib sehingga pukul 10.30 malam, namun, para peserta berjaya memahami mesej yang cuba disampaikan oleh para fasilitator.

Rasa berat juga hati ingin berpisah dengan mereka, namun apakan daya, inilah kesempatan yang ada. Insyaallah, PSS akan mengadakan lagi program susulan di Maktab Sabah pada masa akan datang. Bertemu dan berpisah kerana Allah.

Solat Maghrib Berjemaah
 Saudara Al-Amin memuqadimmahkan program.
 Peserta semangat berprogram
 Khusyuk mendengar telatah fasilitator
 Saudari Syazwani Harun (PSS Putatan) memperkenalkan diri
 Saudari Awiyah taaruf diri
 Saudara Azreen mengendalikan slot debat 'Cinta'
 Para Penyokong kumpulan Muslimin dalam slot debat
 Para Pendebat melontarkan idea-idea yang bernas.
 Para Pendebat Muslimin yang agresif
 Slot Muhasabah
Sembang santai bersama Ustaz Razi,Waden(Paling Kanan)

Disediakan oleh :

Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media PSS
Pengerusi PSS Kawasan Penaja Putatan

Tuesday, October 23, 2012

Qiamullail Oktober 2012 PSS & KRU Tuaran

Sekitar jam 4.30 petang 20 Oktober 2012 peserta mula datang ditemani ibu atau bapa masing-masing. Peserta-peserta cilik, KRU Tunas. Bersemangat.

Semasa sesi pendaftaran berlangsung:

"Anak-anak saya ni semangat betul mahu datang program ni. Kepala berdenyut-denyut ni, pening kepala, tertidur tadi. Beberapa kali mereka kejutkan minta hantar." Bicara seorang ibu.

Usai solat Isyak, program diserikan lagi dengan sambutan hari jadi Adik Aimi. 
 Bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Abang Umar.
 Selamat hari jadi Aimi....(^___^)
 Ditemani adinda Mohammad & Aliyah
 Istimewa buat adik Aimi
 Bulan depan hari jadi siapa pulak?
 Slot forum begitu meriah dan aktif. Adik-adik peserta aktif bertanya dan menjawab soalan. Moderator dan dua orang panel berjaya memenangi hati para peserta yang majoriti terdiri daripada adik-adik KRU Tunas. Antara kisah yang disajikan buat adik-adik peserta ialah:

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?” Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.”

Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

Para panel turut menyelitkan kisah kepahlawanan Zubair bin Awwam untuk diteladani oleh para peserta.

Tampaknya adik-adik peserta kali ini begitu bersemangat sekali untuk bangun qiamullail. Walau pun AJK memaklumkan semua peserta mesti bangun pada jam 3.30 pagi, namun adik-adik peserta telah bangun lebih awal lagi, sekitar jam 2 pagi. Riuh rendah menunggu giliran di bilik air. Dek sedikit keletihan ada baiknya juga adik-adik peserta ini riuh sebegini, sekurang-kurangnya AJK tidak perlu bersusah payah mengejutkan para peserta dan AJK pun boleh terbangun, tak terlajak. Meski ada hasrat untuk menyambung semula tidur, tidak menjadi. Hanya tersenyum mendengar celoteh mereka.

"Siapa dalam tandas? Cepatlah!!!!." (tandas hanya ada dua).

"Bangun, bangun, bangun!!!!!"

"Sudah masuk waktu subuhkah?" (Jam hp baru menunjukkan 3.35 pagi)

"Saya mahu tidur baliklah, awal lagi pulak ni....."
Selesai solat malam, solat subuh, bacaan al-Ma’thurat, ada slot perkongsian ilmu dengan Kak Dayang dan lain-lain hasil pengalaman kembara mereka. 
Mesyuarat pagi penentuan qiam akan datang mencapai kata sepakat qiamullail akan datang pada 10-11 November 2012 (Seminggu sebelum STPM bermula dan seminggu sebelum SPM bersambung semula)di Masjid Ubidiyyah, Tamparuli.

Monday, October 15, 2012

Rehlah Oktober 2012 PSS dan KRU Kota Belud


6 Oktober 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kawasan Penaja Kota Belud telah mengadakan satu rehlah yang mengumpulkan semua ahli PSS dan KRU Kota Belud. Objektif utama rehlah ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silataurrahim antara ahli PSS dan KRU seterusnya mengurangkan sedikit kerisauan pada adik-adik KRU yang bakal menghadapi Perperikasaan Menengah Rendah(PMR) yang hampir tiba. Agak unik rehlah pada kali ini, dimana pada kebiasaannya rehlah PSS dan KRU KB diadakan di tepi pantai ataupun tepi sungai. Namun pada kali ini, puncak Bukit Bendera Kota Belud telah menjadi pilihan. Ekspedisi mendaki bukit bendera ini diketuai oleh sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin merangkan Timb. Presiden 1 PSS Pusat.

Setelah beberapa bulan ahli-ahli KRU dan PSS sibuk dengan pengurusan program-program kawasan yang dirancang. Hampir terlupa bahawa diri ini juga perlu di’program’kan. Atas sebab itulah kami dibawa menyertai ekspedisi pada kali ini. Ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh senior-senior PSS yang terdahulu. Semua peserta diarahkan berkumpul di perkarangan masjid seawal 6 pagi bagi mendengar sedikit taklimat perjalanan daripada Sdr. Ahmad Fauzi. Hampir 30 orang ahli PSS dan KRU telah menyertai rehlah pada kali ini. Aspek-aspek keselamatan telah diingatkan dan beberapa tugasan juga diberikan kepada para peserta. Setiap kumpulan diminta untuk membawa telur mentah dan makanan seperti roti. Arahan seterusnya ialah, setiap peserta diminta untuk mencari kayu api bersaiz sederhana untuk dibawa naik ke puncak bukit.

Setibanya di kaki bukit bendera, regangan dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan sepanjang perjalanan ke puncak bukit bendera. Selepas bacaan doa, ekspedisi dimulakan dengan peserta muslimin terlebih dahulu yang mendahului perjalanan diikuti oleh peserta muslimat. Terdapat beberapa kawasan curam dan memakan masa yang lama untuk para peserta melalui laluan tersebut. Namun semangat kerjasama ditambah lagi dengan semangat untuk sampai ke puncak memudahkan lagi para peserta melalui cabaran ini. Terdapat beberapa checkpoint yang perlu dilalui sebelum sampai ke puncak.

Checkpoint 1 dan 2.. ooh kayu api..?

Pada checkpoint pertama, semua peserta diminta untuk mengangkat kayu api yang telah mereka perolehi sepanjang perjalanan. Seorang peserta mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 kayu api sebelum sampai ke puncak. Sdr. Ahmad Fauzi, meminta para peserta membuang kayu api yang bersaiz kecil dan hanya membenarkan mereka membawa kayu api yang bersaiz sederhana ataupun besar ke puncak. Ramai di kalangan para peserta yang terpaksa menggantikan kayu api dan mencari kayu api yang lain. Setibanya di checkpoint kedua, Sdr. Fauzi sekali lagi memeriksa semua kayu api yang dibawa oleh peserta.


Bukan puncak?

Dari jauh kelihatan puncak yang berkabus, semangat untuk mendaki semakin kuat dan kepenatan hilang sedikit demi sedikit. Setibanya di tempat tersebut, semua peserta dimaklumkan bahawa tempat tersebut bukanlah puncak dan hanya beberapa minit lagi perjalanan untuk sampai ke puncak yang sebenar. Walaupun agak kecewa, namun semua peserta meneruskan perjalanan hingga sampai ke puncak. Selepas beberapa minit, akhirnya semua peserta tiba ke puncak. Kepenatan hilang apabila melihat pemandangan yang sangat indah dari atas puncak. SubhanaAllah. Sungguh ciptaan Allah itu sangat cantik dan indah. Semua pesera berehat sebentar dan mula memasak secara rimba bekal-bekal yang dibawa ke puncak. Selepas menjamu selera, sedikit pengisian disampaikan oleh Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin. 

Manisnya ibrah..

Semasa sesi pengisian. Sdr. Fauzi merungkai satu persatu mengapa rehlah pada kali ini berbeza dari rehlah sebelum ini. Tujuan pemilihan bukit bendera adalah cabarannya yang agak berbeza dari tempat-tempat yang lain. Perjalanan ke puncak bukit samalah seperti perjalanan kita sebagai seorang daie. Cabaran sepanjang laluan menyerupai mehnah dan tribulasi yang akan kita lalui sepanjang bergerak kerja. Mengapa semua perserta dikehendaki membawa kayu api yang besar?. Ia sama lah seperti amanah yang dipikul oleh seorang Daie. Satu amanah yang berat dalam menegakkan agama Allah S.W.T. Tempat yang disangka puncak menunjukkan bahawa perjuangan seorang Daie sebenarnya tiada penghujung. Kadang kala kita menyangka kita sudah menang, namun hakikat kemenangan dalam perjuangan hanyalah di akhirat nanti. Akhir kalam, rehlah kali ini membuatkan mata hati kami terbuka tentang hakikat sebenar perjuangan. Satu tugas yang rumit dan mencabar, namun berkat usaha, doa, dan niat yang betul.InsyaAllah.. semuanya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T..

Koleksi gambar disini

Disediakan Oleh,

Zahariah binti Mastar
Exco Penerbitan dan Publisiti
PSS Kawasan Penaja Kota Belud

Wednesday, October 10, 2012

Majlis Tahlil Perdana PSS&KRU Kota Belud

28 Julai 2012(Sabtu), Majlis Tahlil Perdana anjuran bersama PSS dan Pondok Fi Zilalil Quran Kota Belud telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program yang bermula seawal jam 4 petang ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh mudir pondok Fi Zilalil Quran kota belud iaitu Ustaz Zaifuddin Hj. Ahmad. Program diteruskan lagi dengan bacaan doa selamat. Seramai hampir 80 orang telah terlibat terdiri daripada ustaz-ustaz yang mengajar di pondok, wakil daripada Yayasan Amal, ahli-ahli PSS, penduduk kampung dan tetamu luar yang turut hadir dalam majlis ini.
Ketibaan tetamu ke tapak program

               Alhamdulillah. Penyertaan amat menggalakkan di mana PSS Kota Belud telah berjaya mengutip sebanyak RM 1000 dana hasil daripada penyertaan bacaan tahlil. Ini menunjukkan bahawa kesedaran dan sambutan masyarakat terhadap majlis-majlis agama seperti ini amat menggalakkan dan InsyaAllah majlis bacaan tahlil ini akan diadakan lagi di masa yang akan datang. Bagi pihak Persatuan Siswazah Sabah(PSS) Kawasan Penaja Kota Belud, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan penglibatan masyarakat khususnya di Kota Belud dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan menjadi amal yang akan dinilai oleh Allah S.W.T.

Suasana sepanjang majlis berlangsung :
Diantara muslimat yang hadir
Penyerahan sumbangan daripada Yayasan Amal
Penduduk Kg. Tamau Kota Belud
Beramah mesra dengan penduduk kampung
Pondok Fi Zilalil Quran Kota Belud

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons