PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, July 22, 2010

Liga Futsal KRU

LIGA FUTSAL KELAB REMAJA UKHUWWAH

TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI KELAB REMAJA UKHUWWAH DAN REMAJA SABAH (UNDER 18)

WANG TUNAI UNTUK KAWASAN YANG DIWAKILI & PEMENANG PERTANDINGAN

PEMILIHAN UNTUK PASUKAN UKHUWWAH UNITED FC (SYARAT - AHLI KRU YANG AKTIF)

ADA BERANI?

Thursday, July 15, 2010

KRU - 'DIA Dalam Cahaya'

Sudah bertahun-tahun DIA hidup sebegitu. Rumahnya tidak pernah mendapat elektrik. Mandi teraba-raba mencari sabun, masak menggunakan kayu api, tidur dalam kepanasan dan belajar menggunakan cahaya suram daripada lilin. Nasibnya tidak pernah diendahkan. Khabarnya jarang sekali ada yang bertanya. Bukan tidak ada yang peduli, tetapi DIA berat untuk berkongsi. DIA janggal menyusahkan orang lain. Ah, biarlah! DIA sudah serasiberkawan dengan malam. DIA sudah lali berbasah peluh di atas tilam. DIA sudah sebati bertemankan cahaya suram. DIA sudah biasa hidup dalam kelam...

Mujur nasibnya tidak kekal begitu. Mujur ramai yang terketuk hati. Mujur ramai yang masih sudi menghulur simpati. Mujur ramai yang masih mengerti. Malam itu, 13 Julai 2010, rumahnya disimbahi kerahan ukhuwwah sahabat-sahabat yang mahu terus memberi...

Set generator yang dihadiahkan kepada DIA,
hasil sumbangan penggerak-penggerak kempen Sinar 4 Sahabat

Terima kasih, KRU di pelosok negeri. Ponsikou, penyumbang-penyumbang kempen Sinar 4 Sahabat. Magsukul, hamba-hamba Allah yang masih sudi berkongsi. Syukran, insan-insan yang sanggup berbudi. Kalian pembukti, ukhuwwah Islam tempatnya di hati!

DIA, kau mendukung amanah kami membebaskan keluargamu dari belenggu itu! Mudah-mudahan kau istiqamah.

Tangki Air yang dihadiahkan kepada Surau Al-Aqsa, Kampung Kobuni Inanam
hasil titik-peluh KRU Tuaran & KRU Penampang dalam kempen 'Jom Remaja' Mei lepas.

Masih ada dua ahli KRU yang dikesan memerlukan bantuan generator. PSS menunggu maklumat dari kawasan-kawasan untuk menyalurkan bantuan kepada ahli yang memerlukan, dan meneguhkan tekad memelihara kebajikan penggerak-penggerak persatuan.


Sebutir Pasir

Aku bermula sebutir pasir
Terdampar di pantai kehidupan
Ditiup angin berterbangan
Dihembus ke kiri ke kiri
Dihembus ke kanan ku ke kanan

Tika ini
Hidupku tidak pernah sepi dari noda dan dosa
Tidak pernah sepi dari leka dan alpa
Lemas dalam jurang-jurang durjana
Tersasar jauh dari hakikat hamba

Suatu hari
Aku disapa Sang Pengembara
Aku diangkut ke medan mulia
Dibelai dakwah
Diusap tarbiyyah

Diriku diadun dengan airmata takwa
Disebati dengan tanah dan lumpur perjuangan pusaka

Lalu aku semakin teguh
Ditiang oleh aqidah
Disimen oleh ukhuwwah
Diteduh oleh atap mahabbah
Disusun dan diatur menjadi bangunan teguh yang tak bisa roboh
Tegak dan kukuh

Masa terus berlalu
Bangunan kian usang disalut debu
Di tapak kukuh mula tampak retak dan rekah
Debu putus asa dan marah
Retak oleh tarbiyyah ruhiyyah
Rekah oleh lemahnya thaqafah

Duhai pasir
Kau kini bukan lagi sebutir
Kau tidak boleh mengalah
Disisimu akan ada teman-teman yang sama melangkah
Yang sama bercita menuju mardhatillah

Duhai pasir
Jika kau hendakkan istiqamah
Jangan kau turuti nafsu serakah
Jika kau mahu kekal di jalan ini
Jangan kau cari cinta duniawi
Jika kau dambakan damai abadi
Jangan kau bergantung pada kasih insani

Carilah Ilahi

(nurilhakim, 5 September 2008)


Tahniah, Kelab Remaja Ukhuwwah. Perjuangan baru bermula. Teruskan melangkah..

Mahar Haji Nahar

Persatuan Siswazah Sabah dan Allahyarham Ustaz Nahar mempunyai sejarah yang panjang. Beliau merupakan penceramah kegemaran untuk pengisian berunsur tasawwuf. Malah, beliau pernah menawarkan untuk mengadakan kelas tasawwuf mingguan untuk ahli PSS, tetapi tidak kesampaian. Sejak awal bulan dua sehingga kini, PSS juga menyewa sebuah lot rumah untuk dijadikan pusat tuisyen dan pengajian Al-Quran Akademi Muhammad Al-Fateh (MUFAT) di bawah kendalian persatuan. Kali terakhir PSS berkongsi pandangan dan perancangan pembangunan remaja dan masyarakat Sabah adalah pada 10 Julai 2010, bersamaan hari Sabtu, sebelum beliau meninggalkan dunia fana ini dua hari kemudian. Perkongsian suka-duka bersama allahyarham boleh dilayari di hujung penulisan, sementara artikel ini mempunyai tujuan lebih khusus untuk menggugah semangat dan jiwa ahli PSS-KRU dan pembaca untuk membayar mahar pemergian beliau;

1. Mati itu sesuatu yang pasti, justeru setiap Muslim wajib 'merancang kematian'. Pastikan pemergian kita dalam keadaan sentiasa bersedia untuk meninggalkan keluarga berhadapan dengan ketiadaan kita, baik daripada segi emosi malah ekonomi. Malah Islam mengajar kita menyegerakan menulis wasiat dan mencatatkan segala rekod hutang-piutang, mudah-mudahan tiada amal yang tergantung dengan punca hutang yang tidak terbayar. Tarbiyyah Ustaz Nahar kepada keluarganya jelas digambarkan oleh kesabaran dan tenangnya isteri dan anak-anak beliau berhadapan dengan pemergiannya.

Sebahagian ahli keluarga dan kenalan yang mendoakan kesejahteraan allahyarham.

2. Kepulangan Ustaz Nahar menghadap Allah diiringi ribuan manusia sepanjang dua hari urusan pengebumiannya, membuatkan kita berfikir, bagaimana kematian kita kelak akan diterima? Barangkali orang gembira dengan kematian kita oleh kerana rosaknya akhlaq dan pekerti yang dimiliki, atau langsung tidak ada yang sudi menjenguk kita tatkala nazak. Na'uzubillah. Bagaimana pula kematian kita disambut oleh Munkar Nakir, dan kemudiannya Ridhwan dan Malik?

3. Antara yang merunsingkan penulis ialah apabila meneliti bahawa sebahagian besar hadirin yang bersama ketika majlis tahlil dan doa selamat tidak dapat membaca Al-Quran, lantas tidak dapat bersama mendoakan allahyarham. Tugas mengajarkan Al-Quran kepada umat adalah tugas asasi paling mudah yang perlu digalas oleh setiap ahli persatuan di setiap tempat dengan sedaya yang mampu. Malah, pelajar didedahkan dengan konsep berdoa dan bermunajat menurut Islam.

Anak sulung Ustaz Nahar, Nasyraf, pelajar tingkatan lama
di Sekolah Menengah Agama Inanam.
Beliau merangkul johan MTQ hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Terengganu tahun ini.

4. Anak-anak perlu sentiasa bersedia menerima pemergian orang tua dengan istiqamah melaksanakan amal soleh dan meninggalkan maksiat. Jangan sampai dosa yang dilakukan anak-anak mengheret ibubapa ke neraka. Lebih dari itu, anak-anak perlulah diasuh dengan keupayaan mengurus jenazah agar mereka mampu mengurus ibubapa apabila mereka meninggal.

5. Paling penting, ruang kosong yang ditinggalkan oleh Ustaz Nahar bukan pinta diratapi berterusan tetapi hendaklah diisi dengan usaha bersungguh-sungguh khususnya oleh anak Sabah, untuk menjadi ulama' muda yang haraki dan pendokong agama kelas pertama.

Maka jika tuntutan-tuntutan ini dipenuhi, terbayarlah mahar Haji Nahar dan tidak sia-sialah usaha dakwah bilhal dan dakwah turun padang berterusan yang didokong beliau. Semoga Allah menempatkan allahyarham bersama orang-orang yang soleh, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Suka-duka bersama Ustaz Nahar di laman -

1. abunuha.wordpress.com
2. abuawatif.wordpress.com
3. mujahideen-islam.blogspot.com

4. kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com
5. hjnahar.blogspot.com

Friday, July 9, 2010

Piala Dunia Songsang


Setiap kali menyampaikan usrah, tazkirah atau mengisi mana-mana ruang dalam program seminggu dua ini saya akan memulakan dengan lagak serius..

'Kita hidup pada hari ini dalam dunia yang sangat songsang. Perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita tidak lagi mengikut fitrah kejadian yang sebenar. Yang kecik tidak lagi di bawah dan yang kuat tidak semestinya di atas. Malah, baru-baru ini kita digemparkan dengan dua peristiwa yang sangat menghairankan dan memeranjatkan seluruh umat manusia. Peristiwa tersebut ialah....' saya menghela nafas panjang bagi menimbulkan suasana dramatik, 'kekalahan 'Brazil kepada Belanda 2-1 dan kekalahan Argentina 4-0 kepada Jerman'. Ketawa audiens berderai. Kemudian saya menyambung, 'Mujur sahaja ego Jerman dapat ditundukkan oleh Sepanyol yang pasti akan menjadi juara Piala Dunia pada tahun ini.' Deklarasi yang tidak di'syura'kan bahawa Persatuan Siswazah Sabah menyokong pasukan Sepanyol di pusingan akhir.

Tujuan saya bukan itu. Perkongsian saya sebenarnya dipimpin ke arah keajaiban yang lebih besar yang berlaku pada bulan Rejab, bulan Piala Dunia ini iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. Saya biasanya hanya menyebut sekilas peristiwa-peristiwa yang berlaku, daripada Rasulullah S.A.W dibawa ke Masjidil Haram, dibedah dan dibersihkan hatinya, sampailah baginda ke Masjidil Aqsa mengimamkan sekalian anbiya' dan mursalin di sana seterusnya diangkat ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah dan diamanahkan dengan ibadah solat.

I'brah haraki yang terkandung dalam peristiwa Isra' Mi'raj meruntun penggerak-penggerak dakwah menilai intipati tersirat di sebalik peristiwa tersebut:

1. Pensyariatan solat secara terus oleh Allah kepada Nabi Muhammad menggambarkan betapa besar ibadah tersebut sebagai amalan tunjang yang menjadi kayu ukur keimanan dan benteng kekuatan umat Islam. Justeru sebagai da'ie solat tidak boleh dilengahkan dan pemahaman terhadap solat haruslah dipupuk dengan bersungguh-sungguh agar mesej besar di sebalik solat dapat disampaikan kepada madhu'u.

2. Tujuan Isra' Mi'raj antaranya ialah mengubat hati Rasulullah S.A.W yang berdukacita selepas kewafatan isterinya Khadijah Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Talib, dua orang yang paling gigih mendukung perjuangan baginda, selain kegagalan usaha dakwah yang dibawa ke Taif. Ia meyakinkan kita bahawa setiap kesusahan dan kerumitan yang dilanda oleh penggerak dakwah, pasti akan dituruti dengan kesenangan dan kegembiraan. Persoalannya bila? Tentu sekali apabila kita sudah cukup berusaha. Malangnya kita pada hari ini, belum pun berhadapan kematian orang-orang tersayang secara berturutan, belum pun berdarah-darah dilontar batu oleh penentang, sudah mengeluh dan mengadu susah berjuang.

3. Rasulullah tetap menyampaikan kebenaran peristiwa yang dialaminya walaupun baginda tahu bahawa mustahil untuk kafir Quraisy menerima berita tersebut dengan rasional akal. Hari ini pendokong dakwah merasa goyah dan takut-takut dengan apa yang mahu disampaikan. Susah bercakap meyakinkan orang dengan hukum hudud yang kalau mengikut logik akal sukar diterima, susah menasihatkan orang terdekat dan ahli keluarga yang jelas melakukan maksiat membuka aurat dan tidak bersolat, berkira-kira untuk mempamerkan akhlaq yang baik kerana takut dituduh 'temberang' dan sebagainya.

Kita optimis sebagaimana tumpasnya pasukan gergasi Brazil dan Argentina oleh pasukan 'underdog', gergasi nifaq, syirik dan batil turut akan rebah mengikut putaran alam, selagi mana usaha-usaha 'underdog' duta-duta kecil Islam daripada kalangan ahli KRU dan PSS khususnya, tidak mengenal erti jemu dan putus asa.

Selamat berjaya Sepanyol.

Sunday, June 27, 2010

KRIS KB 2010

11-13 Jun; KRIS KB kali ke-3 yang bertempat SMK Arshad Kota Belud berjaya dilangsungkan dengan usaha gigih para ajk yang tidak mengenal erti putus asa. Walaupun telah berlaku masalah mencari tapak program, akhirnya program ini berjaya juga dilangsungkan. Syabas dan tahniah kepada para ajk dan pihak sekolah yang prihatin.
pendaftaran peserta
Walaupun jumlah peserta tidak mencapai anggaran sasaran (seperti biasa), KRIS kali ini tetap berjalan dengan baik dengan pengisian yang mantap. KRIS ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran sahabat2 dari KRU Kota Marudu yang begitu bersemangat datang dari jauh. Tidak lupa juga kepada sahabat2 dari KRU Tuaran yang turut mengimarahkan program ini.
slot lapangan
Diharapkan dengan pengisian yang sedikit ini semua peserta dan ajk dapat mengambil input yang baik dan menyebarkan serta mengamalkan ilmu yang dikutip. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak, khasnya barisan fasilitator yang dijemput khyas dari jauh kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan program KRIS 2010 ini.
jom makan!
Semoga istiqamah dalam amalan dan bertemu lagi pada KRIS tahun depan Insya' Allah...

Friday, June 25, 2010

TAHNIAH KRU!!!


Tahniah kepada semua ahli KRU yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.

KRU Kota Kinabalu:
1. Haslina ~ UNIMAP
2. Masrah Licson ~ UMSKAL
3. Fatimah ~ UMSKAL
4. Afizah ~ UMS

KRU Tuaran:
1. Nurizzatie binti Bend ~ UMS
2. Haslinah binti Sabli ~ UMS
3. Masrinah binti Rak ~ UMS
4. Syafiah Norsyahirah binti Jubidin ~ UMP
5. Zur-Idah binti Rosli ~ UMS
6. Farrah Diana binti Mohd Reduan ~ UMSKAL
7. Siti Nur Hidayah binti Zaidy ~ IPG Islam, Bangi
8. Jemiah binti Ola ~ UMS
9. Mohd. Faizan Bin Dullah ~ UiTM, Kuching

KRU Kota Belud:
1. Azizi Osman ~ UTEM, Melaka
2. Riah binti Maklin ~ UM
3. Yanti binti Maklin ~ UPSI
4. Ain Athirah ~ IPG Islam, Bangi
5. Noorazisah Musfah ~ IPGM Darul Aman
6. Hazwan Hassan ~ IPG Gaya

KRU Kota Marudu:
1. Noramni Mohd Syukri ~ UMS
2. Jina Manuel ~ UNITAR
3. Nursyafina Ali Hasan ~ UNITAR
4. Norfizah ~ UNITAR

KRU Sipitang:
1. Yunus bin Kapong ~ UMS
2. Ahmad Yusri bin Norhashim ~ UMS

Monday, June 21, 2010

KRIS KK'10 @ Masjid UMS

Alhamdulillah, tiada kata atau ungkapan yang layak untuk dilafaz melainkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana diatas keizinan, limpahan rahmat dan kasih sayang-NYA, KRIS KK kali yang ke dua pada tahun 2010 yang merupakan aktiviti PSSKK dengan kerjasama KRU KK telah dengan jayanya terlaksana. Ini semua pasti tidak akan dicapai jika tidak dengan keizinan Allah S.W.T. dan juga usaha gigih dan komitmen penuh yang diberikan oleh ajk-ajk pelaksana dan semua yang terlibat dalam menjayakannya. Syukran jazilan diucapkan. Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian.

Seramai 133 orang peserta muslimin dan muslimat berkumpul di Masjid Universiti Malaysia Sabah yang mana program KRIS dijalankan untuk tahun ini. Peserta yang hadir adalah dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun dan daripada 13 buah sekolah sekitar Kota Kinabalu dan beberapa sekolah dari daerah berhampiran telah mengikuti KRIS KK kali ini, Alhamdulillah. Antara sekolah yang menghantar pelajarnya menjadi peserta ialah SM Sains Sabah, SMK Tobobon, SMK Bandaraya, SM Shan Tao, SM Agama KK, SMK (P) Likas dan SMK St. Peter Telipok. Tahniah dan syabas diucapkan diatas penyertaan kalian.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pengisian rohani dan jasmani dari pelbagai bentuk dan pendekatan yang dirancang baik oleh pihak ajk pelaksana walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat beberapa masalah dan kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, diharap para peserta mendapat seberapa banyak input-input berguna dan penting untuk menjadikan kita berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Kami hanya mampu melakukan sedaya yang kami termampu namun semuanya terletak kepada diri peserta dan atas ketentuan ALLAH SWT jua.

Ketibaan para peserta di tapak program..


Taklimat peserta...
taklimat disiplin disampaikan oleh kem komander, saudara Hannafi Muktah..

Himpun tenaga...
khusyuknya para peserta mendengar taklimat tentang cara-cara pemasangan khemah..

para peserta bekerjasama dalam mendirikan khemah mereka..

Kuliah dasar 1 : "Kecelaruan Aqidah Pemusnah Agama"
Kuliah disampaikan oleh Ustaz Norzam Senin

Kuliah dasar 2 : "Suluhan Ibadah"
Ustazah Khairiah

Kuliah dasar 3 : "Kami Cinta Rasulullah S.A.W"
Disampaikan oleh Ustaz Khairul Fitri

kuliah maghrib disampaikan oleh saudara Asraf Sharafi

Forum : "Halawatul Islam"
Slot Bersama KRU
Disampaikan oleh saudara Azrin

LDK : "Aktifkan Dirimu"
LDK : "Kecelaruan Aqidah"
LDK : "Ketika Sujud KepadaMU"
Slot Muhasabah...
slot muhasabah yang berjaya melembutkan hati para peserta..semoga sentiasa terpahat di hati mereka..

Kudapan...
indahnya ukhuwah fillah..

Riadah....
Disebalik tabir
Para AJK melakukan persiapan terakhir sebelum bermulanya program....

Ditulis oleh : Darnah Mau (Exco Penerbitan, PSSKK).

Wednesday, June 9, 2010

KRU - 'Hidup Tanpa Cahaya'


Persatuan Siswazah Sabah merasa terkilan apabila mendapat maklumat bahawa sesetengah ahli Kelab Remaja Ukhuwwah masih hidup 'di dalam kegelapan dan kesempitan'. Dalam kesibukan persatuan memulih kehidupan masyarakat kurang bernasib baik di serata pelosok negeri, tidak disangka-sangka bahawa kemahuan ahli keluarga persatuan sendiri menuju hidup baru yang diterangi oleh cahaya ilmu dan iman terhalang dek tidak mampu mengulangkaji pelajaran dan menelaah ilmu pada waktu malam. Malah, sebahagian ahli KRU terpaksa menghabiskan waktu cuti sekolah dengan menoreh getah dan bekerja demi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

Menemui salah seorang ahli KRU yang hidup dalam serba kedhaifan, beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa turun ke ladang getah sejak dihalau keluar oleh keluarga setelah memeluk agama Islam. Walaupun hubungan dengan keluarganya yang masih beragama Islam beransur pulih, beliau mengakui bahawa bapanya masih enggan menampung kos persekolahannya. Ditanya bagaimana beliau membiayai kos pembayaran yuran sekolah dan membeli buku, beliau tanpa segan menjawab, 'buku tulis tahun lepas masih banyak kosong di bahagian belakang'. Beliau juga membeli peralatan sekolah di awal tahun dengan menggunakan gaji sebanyak RM200 hasil bekerja di sebuah kedai makan selama sebulan pada penghujung tahun lepas.

Persatuan Siswazah Sabah menggesa ahli-ahli persatuan, khususnya ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah melancarkan kutipan sumbangan secara individu dan berkumpulan bagi membantu sahabat-sahabat ini atas dasar ukhuwwah, kebersamaan dan kasih-sayang yang selalu dilaung-laungkan. Persatuan Siswazah Sabah turut melancarkan Kempen 'Sinar 4 Sahabat' dengan sasaran menyelesaikan 2 kes di Tuaran dan 1 di Penampang yang dikesan setakat ini menjelang hujung cuti sekolah. Senarai PIC untuk kempen akan dipaparkan tidak lama lagi.

Hubungi saudara Nadir - 0198110964 untuk maklumat lanjut atau salurkan sumbangan terus ke :

Bank Islam : 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah)

CIMB : 12180099132527
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman)

Maybank : 162263156276
(Muhammad Ruslan Bin Azahari)

KRIS KK Kembali..



Kem Remaja Islam 2010 (KRIS’ 10) anjuran Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu (PSSKK) kini kembali menemui adik-adik sekolah sekitar Kota Kinabalu dengan tema baru, “Membangun Menerusi Acuan Islam”. Seiring dengan tema yang dibawa, KRIS’10 berharap agar program ini mampu melahirkan para peserta yang menyedari, mengetahui, memahami dan mengamalkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam yang bersifat menyeluruh,sempurna, dan mudah. Oleh yang demikian, KRIS’10 amat mengalu-alukan penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 3,4,5 dan 6 sekitar Kota Kinabalu untuk menyertai program ini. Tahniah dan takziah juga khas buat ahli jawatankuasa pelaksana KRIS’10 yang terpilih untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada adik-adik KRU dan ahli-ahli PSS KK itu sendiri.


Semoga semua AJK KRIS’10 dapat bergerak kerja dengan penuh dedikasi dan berdisiplin dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Diharap semoga program KRIS’10 ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi yang lebih baik dari program-program KRIS yang sebelumnya, InsyaAllah.

Untuk mendaftar sila muat turun borang di bawah atau hubungi :


Fanshuri - 0195323604

Azie - 0145608296







Friday, June 4, 2010

Kampung Angkat PSS Menerima Kunjungan Siswa Siswi UTM dan UMS

Ahli KRU Tuaran bergambar kenangan

30 Mei - 01 Jun 2010

Kampung Angkat PSS, Kampung Sambah, Tuaran bertuah menjadi destinasi Program Khidmat Masyarakat dan Pendidikan 2010 UTM dengan kerjasama UMS. Program ini disertai oleh 14 orang siswa siswi UTM dan 10 orang siswa siswi UMS. Sebanyak 12 keluarga angkat terlibat menjayakan program ini. Ahli KRU Tuaran yang menjadi anak angkat di Kampung Sambah tahun lepas turut hadir untuk menyambut kehadiran abang-abang dan kakak-kakak angkat masing-masing dan seterusnya menyemarakkan lagi program ini. Pada kesempatan ini juga Pengerusi KRU Tuaran, Saudara Amiruddin telah mengambil peluang untuk mendaftar sebagai anak angkat kepada salah satu keluarga di kampung ini.

30 Mei 2010
1. Berangkat ke Kampung Sambah
Bertolak ke Kampung Sambah dari Jeti Benonon

Tiba di Kampung Sambah

2. Majlis Penyerahan Anak Angkat

3. Khidmat Pendidikan
Kapal siapa terbang tinggi?

4. Kuliah Maghrib
Disampaikan oleh Saudara Shafiq

Terpegun...

5. Tayangan

31 Mei 2010

1. Qiamullail

Siapa yang tidak datang qiam?????

2. Riadah dan Sukaneka

3. Gotong-royong Membersihkan Kawasan Kampung

4. Pemeriksaan Kesihatan

5. Ceramah keibubapaan (ibu bapa)/ Khidmat Pendidikan (pelajar)

6. Gotong-royong Memasak

7. Mangan Nyak Mangannu, Asal Do Kurung-kurung

8. Majlis Perasmian Penutupan
Persembahan nasyid oleh ahli KRU

01 Jun 2010

1. Lambaian Ukhuwwah
Lepas ni rombongan UTM dan UMS mendaki Gunung Kinabalu pula

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons