PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, April 11, 2013

Cuti Mac 2013 PSS & KRU Tuaran

Hari Jumaat, 22 Mac kami berpakat bertolak ke tapak program jam 4 petang. Ada yang sudah berangkat lebih awal sekitar jam 1.30 petang khususnya AJK program. Ada juga yang akan bertolak lewat sedikit selepas tamat waktu bekerja.

Tunggu punya tunggu bas hanya sampai pada jam 5 petang. Masa kemuncak, jalan mula sibuk dan akhirnya akan sesak. Mahu masuk kawasan KK ni. Pakcik pemandu bas sangat memahami keadaan ini. Lalu dibawalah kami merentas jalan yang jarang-jarang kami lalui. Tiada kesesakan. Ada pun hanya seketika cuma. Bas meluncur laju. Hinggalah akhirnya kami sampai ke jalan yang berbukit. Sebelum bas menaiki bukit kami saling berpandangan. Hati tiba-tiba berdebar. Sampai di pertengahan bukit, bas terhenti. Jalan sebelah yang bertentangan dengan kami memang nampak sesak.

"Apa yang berlaku pakcik?"

"'Gear' terlepas."

Serentak dengan itu, seorang rakan kami mengadu hp dia terlepas dari tangan dan terjatuh keluar dari lubang di celah bawah pintu bas. Ngeri setiap kali nampak kereta yang berjaya melepasi bas kami lalu berdekatan hp yang tersadai di atas jalan raya.

"Jadi kami perlu turunkah pakcik?"

"Nanti, setelah bas sampai ke bawah."

Bas berundur perlahan-lahan.

Bas berjaya dibaiki dan hp pun selamat. Alhamdulillah.

Kami sampai ke tapak program semasa azan Maghrib berkumandang. Program berlangsung sehingga 24 Mac.

Terima kasih kepada semua AJK program yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak dilupakan AJK makanan 'terjun' sekembalinya mereka dari PLKN, sentiasa ceria.

Program yang sangat bermakna.
Santai seketika :)
Bertemu dan berkongsi pengalaman dengan Kak Shaidah.
Hari ni menu apa?
Ceria ja pun semua :)

Permudahkan Ya Allah
Sebelum kembali ke tanah air. Kembali ceria.
Ada kek lah....
25 Mac misi diteruskan ke kampung angkat. Ada yang dah kerinduan. Berdasarkan menu dan lokasi berikut cuba teka kampung angkat yang mana satu?
Menu utama
Tengok apa tu?

Masa cuti selebihnya diperuntukkan bersama keluarga masing-masing, mengulangkaji pelajaran dan membuat persiapan KRIS pada 12-14 April 2013 di SMK Sri Nangka, Tuaran.

"Sesungguhnya, Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan baik, sempurna dan teliti." (Riwayat al-Baihaqi)

Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2013/04/cuti-mac-2013-pss-krut.html

Wednesday, March 13, 2013

Program Ibadah Ohsem Perisai Virus Valentine PSS & KRU KK (Qiamullail Febuari)


KOTAKINABALU- Pada 23-24 februari yang lalu, Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu telah menganjurkan program Qiamullail bulanan yang bertajuk Ibadah Ohsem Perisai Virus Valentine. Program ini berlangsung di Masjid UMS. antara aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan ialah senamrobik, talkshow ‘Cafe Cinta Remaja’, LDK, dan lain-lain lagi. bilangan peserta melebihi 100 orang yang terdiri dari sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar KK.

aktiviti kemuncak program ini ialah talkshow cafe cinta Remaja. moderator talkshow ini ialah saudari Marni dan ahli-ahli panelnya ialah saudara Renifezri, Saudara Azizul dan saudara Nazree. peserta memberikan respon yang amat baik sepanjang talkshow ini.
Image
selain talkshow, aktiviti lain seperti senamrobik juga disediakan untuk peserta. instruktor senamrobik pada masa itu ialah peserta-peserta yang terdiri dari kadet pertahanan awam dan saudara Arfizan.
selain itu, kuliah dasar tentang solat jamak dan qasar dari Saudara Jubair Juhinin iaitu ahli persatuan siswazah sabah cawangan kundasang juga diadakan untuk peserta kali ini. untuk peserta sekolah rendah pula, kuliah dasar tentang solat masbuq dan muaffiq telah disampaikan oleh saudari Nor Farah Hani Hafiz.
sebagai penutup, program kali ini bertujuan untuk membuka minda tentang bahaya virus valentine day ini dan memberikan antidote kepada peserta iaitu dengan pengisian-pengisian ilmiah daripada virus cinta berlandaskan nafsu itu.
Montaj Program:: http://www.youtube.com/watch?v=epSqDeulKcw
ImageImageImageImageImageImageImageImage

ImageImage


Thursday, March 7, 2013

Konvoi Motorsikal PSS & KRU Kota Belud November 2012.


29 November 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kawasan Penaja Kota Belud telah mengadakan Konvoi motor ke Kg. Sayap Kota Bele. Konvoi ini telah disertai oleh 8 orang muslimin yang merupakan ahli PSS dan KRU Kota Belud dan enam buah motor telah digunakan untuk berkonvoi pada kali ini. Antara objektif penganjuran aktiviti ini ialah mengukuhkan silaturrahim dan ukhwah antara ahli. Semoga dengan aktiviti serupa ini, semangat ahli PSS dan KRU akan terus kuat untuk bergerak kerja.

Cebisan memori Konvoi Motor PSS dan KRU Kota Belud (Muslimin)




Ukhuwwah itu sangan manis.
semoga bertemu di konvoi yang akan datang

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2013/01/konvoi-motor-pss-dan-kru-kota-belud.html

Qiamullail Perdana PSS & KRU Kota Belud November 2012

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..
Alhamdulillah.. Pada november yang lalu,kelab remaja ukhuwwah dan persatuan siswazah sabah kota belud (KRU&PSSKB) telah mengadakan Qiamulail yang dilakukan pada musim cuti sekolah. Program Qiamulail bulan ini bertemakan Jom Hijrah dimana ianya bersempena awal hijrah 1434.

Program Qiamulail kali ini dihadiri sebanyak 33 orang peserta dari muslimin dan muslimat. Alhamdulillah,walaupun musim cuti sekolah dapat juga peserta-peserta yang mengikuti program ini meluangkan masa dengan menghadirkan diri ke taman-taman syurga.
Qiamulail kali ini berbeza daripada qiamulail yang sebelumnya kerana program kali ini mengajak semua peserta untuk berjelajah iaitu turun ke pekan mengedarkan risalah tentang hijrah sekaligus mengajar peserta-peserta kali ini cara berdakwah kepada masyarakat dan aktiviti ini dinamakan jelajah dakwah.

Seterusnya,selepas bersolat maghrib secara jemaah kami telah melakukan usrah secara berkumpulan.Usrah kali ini lebih kepada perbincangan tentang penghijrahan diri peserta.Selepas itu,kami solat isyak berjemaah dan sesudah siap mendirikan solat isyak terdapaat slot seterusnya iaitu ceramah agama yang bertajuk tentang hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Bonsu iaitu mufti JAKIM. Pengisian ceramah kali ini banyak menceritakan tentang penghijrahan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga ukhuwwah yang terjalin antara muhajirin dan ansar.

Usrah dilakukan selepas slot ceramah,peserta bersama Fasililator kumpulan masing-masing membuat bulatan cinta mereka yang mana intisari cerita tentang hijrah dan juga perjalanan setiap peserta semasa mengedarkan risalah kepada masyarakat.

Hari kedua peserta diisi dengan melakukan qiamulail pada 2/3 malam.Selepas qiamulail,solat subuh berjemaah dan membaca Al-mathurat. Slot seterusnya ialah peserta melakukan LDK di perkarangan kawasan masjid dengan melakukan 1 aktiviti yang memerlukan idea peserta-peserta untuk memikirkan cara penyelesaian bagi aktiviti tersebut.Selepas slot LDK,peserta dijamu dengan sarapan seterusnya melakukan kerja-kerja amal iaitu membersihkan kawasan masjid.Selepas selesai melakukan amal kebajikan, peserta berkumpul di dalam masjid untuk slot resolusi dan seterusnya lambaian ukhuwwah dari peserta dan ajk .

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2013/01/qiamullail-bulanan-pss-dan-kru-kota.html

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Februari 2013

Penyertaan Qiamullail kali ini seramai 82 peserta ^_^

Bismillahirrohmanirrohim,
Curahan Cinta dan kasih buat-Mu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
sentiasa memberi nikmat dan pengampunan kepada tiap-tiap hamba-Mu,
tabahkanlah hati kami dalam memperjuangkan menegakkan agama-Mu,
dan Mencintai-Mu dengan setulus hati dan ikhlas dalam sanubari kami.

Tidak ada Cinta yang terAgung melainkan Cinta-Mu,
Engkaulah memiliki Cinta yang paling mulia lagi suci murni,
Cinta-Mu takkan putus kepada hamba-hamba-Mu yang soleh,
Sesungguhnya Engkaulah Kekasih pemberi Cinta yang sejati.

Jadikanlah kami diantara orang-orang yang mencari Cinta-Mu,
agar dapat kami mencintai-Mu dengan sepenuh hati dan jiwa,
membenci kepada iblis-iblis, syaitan-syaitan dan segala kemungkaran,
dan menyanyangi dan mencintai sepenuh jiwa akan diri-Mu dan segala suruhan-Mu,
untuk membawaku pergi ke julang Jannah tempat paling indah. ^_^

Berkat izin-Mu dan Cinta dan kasih-Mu,
panjatkan syukur ke hadrat-Mu Ilahi,
dapat juga kami laksanakan Qiamullail kali ini,
dengan tema yang sangat menyusuk hati para hamba-Mu,
pada 23-24 Februari 2013 di Masjid Jamek, Putatan, Sabah,
dengan temanya "I Love You".

Mengupas isu berkenaan dengan Fitrah Cinta manusia,
Cinta yang sebenar yang disyariatkan dalam Islam,
adab Pergaulan dan peghubungan diantara muslimin dan muslimat,
yang kini hanyut dibuai alam percintaan dunia yang tidak sepatutnya,
dan kembali ke alam Fitrah Cinta sebenar iaitu mencintai-Mu.

Assalamu'alaikum adik-adik dan para muslimin dan muslimat,
Qiamullail kali ini berlangsung lagi untuk bulan Februari ini,
Jom ikuti perjalan mereka dalam Qiam kali ini :)

Jam 4:00pm
Sesi Pendaftaran KRU Putatan
Seperti biasa Sesi Pendaftaran perlu ada untuk mengetahui bilangan peserta yang mengikuti Qiam ini :)
Jam 5:00pm
Taklimat KRU Putatan
Para peserta kemudiannya mengikuti sesi taklimat pergerakan Qiam ini agar lebih memahami perjalanan dan tentaif Qiam ini dan diselitkan juga pembuka rohani dan intelektual mereka dengan sedikit modul sebagai perangsang minda dan jiwa mereka agar lebih bersemangat dalam diri mereka mengikuti program ini.
Jam 6:00pm ; Urus Diri
Jam 6:30pm ; Solat Maghrib
                     ; Kuliah Maghrib
Hasmadi Hasbi PSS Putatan
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Akh Hasmadi Hasbi
Mendengar Kuliah Maghrib
Adik-adik peserta mendengar apa yang disampaikan ^_^
Jam 7:39pm ; Solay Isyak
                     ; Makan Malam
Makan Ikut Sunnah Nabi berkongsi dan berjema'ah makan
Masa untuk makan malam ^_^
Jam 8:30pm ; Sembang Ilmiah bertajuk "Fitrah Cinta"
Sembang Ilmiah bertajuk "Fitrah Cinta"
Selepas isi perut dengan makan sekarang isi rohani dengan Sembang Ilmiah bertajuk "Fitrah Cinta"


Salin nota
Peserta menyalin nota-nota isi yang disampaikan penceramah :)

Sesi Penyampaian Cendrahati buat penceramah Jemputan
Sesi Penyampaian Cendrahati buat penceramah Jemputan
Jam 9.30pm ; Modul Menarik
Modul Menarik
Menghiburkan para peserta dengan modul yang menarik buat mereka ^_^
Jam 10.30pm ; Minum Malam 
Minum Malam dan Sambut Bufday Februari
Masa untuk minum malam dan kali ini peserta yang lahir pada bulan Februari dengan sambutan yang amat mengejutkan [AJK buat-buat marah kepad peserta dan suruh berdiri yang disebut namanya (peserta yang lahir bulan Februari)] 
Jam 10:45 ; Slot Muhasabah
Muhasabah Diri
Slot Muhasabah buat peserta memberi sedikit keinsafan dengan menyentuh hati para peserta untuk kembali mengingati Allah dan melembutkan hati mereka kembali dengan zikrullah kepada Allah :'(
Jam 11:30pm ; Baca 3 Kul
                       ; Tidur

_______________________________Kesokan Hari_____________________________
Jam 3:30am ; Bangun
Jam 4:00am ; Munajat & Qiamullail
Jam 5:12am ; Solat Subuh
                     ; Al-Mathurat
Bacaan Al-Mathurat
Membaca Al-Mathurat setelah Solat Subuh 
Jam 5:45am ; Sembang Subuh bertajuk"Adab Pergaulan"
Santapan rohani dengan pengisian ilmu bersema penceramah bersembang Subuh tentang Adab Pergaulan 
Cendrahati penceramah
Cendrahati buat Penceramah
Jam 6:45am ; Cergas-Cerdas
Cergas-Cerds "Air dan Surat Khabar"
Mehidupkan Jasmani dalam diri para peserta dengan permainan yang menyeronokkan ^_^
Jam 7:30am ; Urus Diri
                     ; Sarapan Pagi
Masa untuk bersarapan Pagi, pasti ad yang lapar sangat kerana terlalu letih berpamin tadi ^o^
Jam 8:15am ; Solat Dhuha
Jam 8:30am ; Pergulungan & Releksi
Pergulungan & Releksi
Temubual bersama peserta dan ucapan pimpinan/ajk/fasi KRU Putatan dan Amanat PSS serta makluman tarikh Qiamullail Perdana Bulan Mac 2013 akan datang
                    ; Do'a Wehdah
Lambaian Ukhuwwah Peserta, Ajk, Fasi dan PSS & KRU Putatan bagu memantapkan lagi ukhuwwah bersama :)
Jam 10:00am ; Sesi Fotografi dan bersurai
Persiapan Tag Nama Peserta dan Printing Modul dan lain-lain
Mempersiapkan segala urusan Media seperti tag nama, printing paper dan lain-lain
Persiapan Makanan buat Peserta dan AJK Qiam
Ucapan ribuatn terima kasih buat AJK Makan yang telah menyediakan makan buat para peserta dan AJK, tanpa korank kami akan kebuluran :)

Click here for more photo Qiamullail


Cintai Allah sedalam-dalamnya,
jadikan Dia kekasih yang utama,
ikuti segala yang Dia suruhi,
dan jauhi apa yang Dia larangi.

AKU MENCINTAI ALLAH!!! ^_^

Sumber : http://kruputatan.blogspot.com/2013/02/qiamullail-perdana-pss-kru-putatan.html

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons