
Alhamdulillah, hari yang dijanjikan telah pun tiba. dengan memasang niat kerana Allah untuk memenuhi undangan melaksanakan Program Smart Solat bertempat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Melalin. Kami sebagai krew PSS dan KRU Tuaran sangat berbesar hati atas jemputan bersama-sama menjayakan pogram ini.
Pergerakan kami bermula seawal jam 7 pagi. seperti yang dijanjikan kami berkumpul di perhentian bas Tamparuli, agar perjalanan lebih lancar.
Sampai sahaja kami di tempat program, kami disambut oleh seorang pak cik dengan senyuman yang terukir indah dihadiahkan khas kepada kami. Kelihatan juga adik-adik solehah turut menyambut kami sambil tersipu-sipu malu.
Kami terus memulakan langkah, memasang semua keperluan untuk program...