PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, June 15, 2009

Tahniah Bendahari PSS!!!

Inanam - Bagai pinang dibelah dua, begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan kepada pasangan yang baru sahaja diijab kabulkan pada 12 Jun 2009 lalu melibatkan bendahari PSS Pusat iaitu Sdra Syafizam dan pasangannya Sdri Bibi yang berasal dari Kg Tenghilan. Ramai daripada kalangan saudara mara,sahabat handai dari PSS dan alumni sekolah serta rakan sekerja hadir pada majlis perkahwinan beliau yang diadakan secara kecil-kecilan pada keesokan harinya (13 Jun 2009).

Majlis bermula selepas zohor dan tamat lebih kurang jam 5 petang. Tetamu yang hadir tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin ini sambil mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan Sdra Syafizam dan pasangan sama-sama dapat melayari bahtera indah menuju redha Allah. InsyaAllah…

Berikut kami dedikasikan khas kepada pasangan ini, mudah2han dapat manfaat bersama....(",)

Kasihmu Amanahku Inteam

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya
Yang terindah di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Gambar Sekitar PPS

















Sumber : psstuaran.blogspot.com

Thursday, June 11, 2009

Program Pengukuhan Solat (PPS)

Tuaran – Pada 6 Jun 2009 yang lepas, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) cawangan Tuaran telah menjalankan Program Pengukuhan Solat (PPS) bertempat di Surau Skim Penempatan Getah Kg. Sungai Damit, Tuaran. Program ini merupakan progam yang julung-julung kalinya diadakan di surau dan kawasan perumahan tersebut. Dianggarkan seramai 27 orang peserta hadir dan 9 orang ahli PSS serta KRU Tuaran yang terlibat dalam menguruskan program tersebut.

Pendaftaran peserta program bermula seawal jam 8.30 pagi lagi dan sementara menunggu ketibaan peserta yang lain, sidang hadirin disajikan dengan hidangan tayangan-tayangan yang berkaitan dengan solat, dunia Islam serta sedikit taklimat tentang program. Kemudian, tepat jam 9.20 pagi ceramah I disampaikan oleh Ust Abdul Sattar, Pensyarah dari IPG Kent Tuaran yang membawa tajuk “Solat dan azab meninggalkannya”. Kemudian, pada jam 10.45 pagi peserta diberi minum pagi. Selepas itu, pada jam 11.15 pagi program disambung lagi dengan ceramah II yang bertajuk “Sekitar Teori dan Praktikal Wudhu’ serta Solat”. Setelah tamat sesi soal jawab, semua Ajk dan peserta menunaikan solat fardhu Zohor secara berjemaah sebelum menjamah makan tengahari. Program tamat tepat jam 1.30 petang.

Program yang diadakan ini merupakan Program Pengukuhan Solat (PPS) Siri I. InsyaAllah, PPS Siri II akan menyusul selepas ini. Dari pihak penganjur mendoakan agar program ini dapat memberikan kesedaran berkaitan dengan kewajipan solat dalam diri peserta dan berharap agar program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi di sekitar kawasan Tuaran.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons