Kegembiraan jelas terpancar diwajahnya. Bahagia. Sungguh bahagia. Bahagia tika impian termakbul. Sejak terlibat dengan KRU dan buat pertama kali menyertai PTK Ziarah Kg Sambah bulan Mei tahun ini, dia menyimpan hasrat agar program sedemikian dapat dilaksanakan di kampung halamannya. Keinginan membuak mahu berdakwah di kampung sendiri tidak dapat dibendung lagi. Lalu diluahkan dengan sahabat-sahabat KRU yang lain. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Rakan-rakan KRU sangggup membantu. Begitu juga abang-abang dan kakak-kakak PSS. Menjelang 23-24 Jun 2012 impiannya menjadi kenyataan. Alhamdullillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Jika dia mengecapi bahagia, pasti yang membantu menjayakan hasratnya jauh lebih bahagia. ‘Bahagia pabila dapat membahagiakan’.(^_^)
Kedatangan kami seramai 56 orang yang terdiri daripada ahli KRU dan PSS Tuaran di sambut meriah oleh penduduk kampung. 26 buah keluarga angkat terlibat. Bak kata Pengerusi JKKK, ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’. Sesi pembahagian anak angkat lagi meriah. Tika orang-orang penting bersidang membuat pembahagian anak angkat di dalam bilik gerakan, rupanya di luar keluarga angkat dah ‘booking’ dan memilih anak angkat masing-masing. Malah ada yang dah di’tapau’ dibawa balik. Mahu segera balik untuk memasak hidangan makanan tengahari. Jadi, mahu ikut yang mana ni????? Pun begitu semuanya dapat diurus dengan baik. Terima kasih diatas tolak ansur semua pihak.
Dua hari berada di sana memang tidak cukup. Tidak bagi anak-anak angkat. lagi tidak cukup bagi keluarga angkat. Tidak mengapa. Lokasinya yang berdekatan dengan Pekan Tuaran memungkinkan anak-anak angkat boleh datang lebih kerap. Apa lagi PSS dan KRUT telah dilamar untuk melaksanakan program lanjutan iaitu program untuk ibu bapa dan program untuk remaja. Bila? Ya Allah permudahkan urusan kami.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan melampaui batas.” (QS. Al Maidah: 2)
Majlis sambutan yang meriah
Sesi penyerahan anak angkat
Majlis penutupan dan penyerahan cenderahati kenangan buat keluarga angkat
Keluarga Tn. Hj. Jamling bin Hj. Ghani (Pengerusi JKKK)
Keluarga En. Rubin bin Unjud
Keluarga Tn. Hj. Jamawi bin Hj. Ghani
Keluarga En. Diasin bin Kassim
Keluarga En. Ejun bin Seliun
Keluarga En Berahim bin Muyong
Keluarga En. Rukwan bin Runtia
Keluarga Mamat bin Durasik
Keluarga En. Ratmin bin Hj. Lidun
Keluarga En. Yusof bin Musa
Keluarga Pn. Sarijah binti Andin
Keluarga En. Jitun bin Siatu
Keluarga Pn. Jamiah binti Hj. Ghani
Keluarga En. Malik
Keluarga Pn. Jamnah bin Jitun
Keluarga En Azmi bin Duram
Keluarga En. Abdul Malik bin Samsu
Keluarga En. Norzan bin Tukimin
Keluarga En. Ag. Maidin bin Sipong
Keluarga En. Pardi bin Runtia
Keluarga KK Madil bin Akim
P/s: Gambar keluarga siapa yang belum ada?
Terima kasih Ketua Kampung dan seluruh penduduk Kampung Sungai Damit:)
Detik perpisahan kian hampir
Air mata perpisahan
Hingga ketemu lagi, insya-Allah.