19-20 Januari 2013 merupakan tarikh bersejarah untuk Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Tuaran pada tahun ini. Tarikh keramat ini menyaksikan pertukaran saff pimpinan PSS dan KRU sesi lepas (2012-2013) untuk digantikan dengan pimpinan yang baru (2013-2014) pada mesyuarat tahunan (AGM) pada kali ini.
AGM pada tahun ini juga sama seperti yang sebelumnya iaitu didahului oleh qiyamullail bulanan(Januari). Seramai kira-kira 100 orang peserta mengambil bahagian dalam qiam kali ini yang diadakan di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli. Penceramah jemputan pada qiam kali ini ialah ustaz Zulzaiem, Mudir SRI An-Nur. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Apa itu Kepimpinan” dalam slot ceramah yang berlangsung selama 1 jam 15 minit bermula pukul 9 malam.
Agenda AGM pada kali ini bertemakan kepimpinan,iaitu bertujuan untuk menghayati semula erti sebenar kepimpinan dalam kehidupan seorang muslim iaitu bercorakkan cara kepimpinan insan yang teragung, baginda Rasulullah S.A.W. kerana menyedari bahawa beratnya tanggungjawab untuk memimpin sesebuah organisasi Islam yang hanya akan berjaya dengan cara kepimpinan Rasulullah S.A.W..
Sehubungan dengan itu, ahli pimpinan PSS dan KRU digesa untuk tidak lagi berada di ZON YANG SELESA seperti sebelum ini selari dengan hasrat yang disuarakan oleh Timbalan Pengerusi PSST sesi 2012-2013, saudara Syazwan Japlus dalam ucapan beliau pada AGM kali ini.
PSST dan KRUT pada kali ini mengharapkan satu perubahan ke arah yang lebih baik lagi khususnya dalam mentadbir organisasi, iaitu dalam memastikan ahli yang dilantik dalam setiap lajnah agar dapat menjalankan tanggunjawab masing-masing dengan sebaiknya.

Seruan kepada setiap ahli PSST dan KRUT,marilah kita bersama-sama berjuang untuk menegakkan islam khususnya di bumi Sabah ini dengan penuh komitmen dan mudah-mudahan segala usaha kita ini akan dipermudahkan dan diredhai Allah S.W.T. seperti firman Allah S.W.T. dalam Surah Muhammad Ayat 7 :
“Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukan mu”
Semoga bertemu lagi,wasalam.
Pengerusi KRUT 2013/2014
Mohd Shahrizal
Pembentangan Laporan Kewangan KRUT 2012
Slot ceramah oleh Ust Zulzaiem. |
Peserta muslimin tekun mendengar ceramah tentang kepimpinan |
Alunan ayat suci Al-Quran oleh wakil peserta |
Barisan pimpinan KRU dan PSS Tuaran |
Ucapan mantan pengerusi KRUT |