PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, December 4, 2013

Sorotan Menarik Sepanjang Qiamullail November 2013 PSS & KRU Tuaran

Alhamdulillah dipanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya terlaksanalah program Qiamullail kali ke-11 bertempat di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli. Qiamullail kali ini bertemakan "hijrah" bersesuaian dengan sambutan maal hijrah 1435H membawakan Ustaz Azim selaku penyampai kuliah dasar.

Seterusnya, biarkan gambar berbicara..

Qiam bulanan terakhir di Masjid Ubudiyyah Tamparuli 2013. 
Bergambar kenangan bersama salah seorang Imam Masjid Ubudiyyah (Barisan hadapan: Tengah)
Gandingan mantap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRUT. 
Setelah lama terpisah.

Kuliah Hijrah oleh Ustaz Azim

Program terakhir tahun ini bersama kakak-kakak Kent sebelum mereka balik bercuti ke kampung halaman masing-masing.
 Pengorbanan kalian amat berharga buat kami. (^___^)
Al-Mulk sebelum tidur


Kumpulan Bulatan Gembira 1: Pra ISC 2

Pra ISC 2: Kakak Titit memulakan modulnya.
Pra ISC 2

Pra ISC 2: Pindah tempat akibat diserang oleh pemain bola.
Pra ISC 2
Pra ISC 2
Pra ISC 2
Kumpulan Bulatan Gembira 2: Pemikir

Kumpulan Bulatan Gembira 3: Bersedia untuk bermain bola selepas berdiskusi.

Detik-detik Kumpulan Bulatan Gembira 3 menyerang kawasan Kumpulan Bulatan Gembira 1.

Kumpulan Bulatan Gembira 4: Jom riadah selepas senaman minda!

Rutin bulanan: Mesyuarat Pagi.

Program Qiamullail Bulanan Disember + Jelajah Dakwah akan dilaksanakan di Kampung Bongol, Tamparuli bertarikh 7-8 Disember 2013. Setakat ini seramai 25 orang telah mendaftar untuk menyertai program ini. Jika ada yang berminat untuk turut serta sila hubungi AJK Penyertaan 0105870678.
Kepada yang berhasrat untuk menyertai Program Titian Kasih (Kg. Angkat) pula, sila berhubung terus dengan Kak Noor 0138705257. Lokasi pilihan Program Titian Kasih tahun ini ialah Kampung Bunga, Tenghilan, Tamparuli yang akan berlangsung pada tanggal 21-22 Disember 2013.

sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2013/11/sorotan-menarik-sepanjang-qiamullail.html

Family Day PSS Tuaran

Kebiasaannya, hujung minggu PSS dan KRU dipenuhi dengan program-program ilmiah yang tertumpu di masjid, surau, rumah, dan lain-lain. Kali ini PSS dan KRU membawa ahlinya keluar dari kepompong tekanan memikirkan program-program sedemikian. Hujung minggu ini, PSS membawa ahlinya serta adik-adik KRU bersantai dan menenangkan minda dengan melihat keindahan laut ciptaan Allah.

Objektif utama PSS membuat program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga PSS dan KRU. Program ini juga bertujuan meraihkan ahli PSS dan KRU yang sentiasa bertungkus-lumus dalam melaksanakan program-program PSS tanpa rasa jemu.Selain itu, ini adalah salah satu usaha PSS untuk menarik golongan remaja yang sememangnya suka akan hiburan dan perkara-perkara yang santai.

Alhmdulillah, Family Day PSS Tuaran buat kali pertama dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Shahbandar, Tuaran. Kehadiran seramai 23 orang ahli PSS dan KRU cukup memeriahkan suasana Family Day. Terima kasih kepada pengerusi PSS Tuaran, Akhi Mohd Fairuz bin Bend, yang sudi hadir sekaligus menjadi perasmi program, walaupun sibuk dengan jawatan seorang guru di daerah Beluran. Tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana berjaya melahirkan KRU baru-baru ini di daerah Beluran. Inilah yang kami tunggu-tunggu sebenarnya, melihat PSS dan KRU melebarkan sayapnya membawa misi dakwah.

Sedikit bingkisan yang sempat kami paparkan sepanjang program Family Day, moga ada manfaat buat kita semua.

Bulatan Gembira Berakhir?


Bulatan gembira geng surau muslimin SMKT baru sahaja bermula dengan naqib baru 16 Oktober 2013. Ia berakhir semalam 30 Oktober 2013. Insya-Allah akan bersambung tahun hadapan. Walau bagaimanapun ahli usrah digalakkan menghadiri program KRUT sepanjang cuti sekolah. Antara program yang boleh disertai ialah Qiamullail Bulanan & Larian Hijrah pada 9-10 November 2013 di Masjid Ubudiyyah Tamparuli, Qiamullail Bulanan & Jelajah Dakwah pada 7-8 Disember 2013 dan Program Titian Kasih (Kg Angkat) pada 21-22 Disember 2013. Para peserta ISC pada 13-16 Disember pula sila siapkan diri dari segi fizikal, mental dan rohani. 

Selamat bercuti! Selamat menduduki SPM dan STPM!
16 Okt 2013

23 Okt 2013
30 Okt 2013
Tazkirah Majlis Jamuan Akhir Tahun

Inilah naqib kami. Terima kasih.

Jemput makan

Nyam, nyam, nyam. Alhamdulillah.
Turut hadir


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons