PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, September 28, 2011

Program Qurban & Aqiqah Persatuan Siswazah Sabah 2011 ~ PSS KK


Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu. Kini Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang tiba. Ayuh lipatgandakan amal ibadah kita dengan menyertai kami, Persatuan Sisawazah Sabah dalam Program Qurban & Aqiqah PSS 2011. Apa tunggu lagi? Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Friday, August 12, 2011

Jom menyumbang : 1 KAMPIT BERAS, 1 KG GULA, 1 KG TEPUNG




Wednesday, August 3, 2011

Kem Remaja Cemerlang : Saya muslim berjaya!

Alhamdulillah, pada 30-31 julai yang lepas bersamaan dengan 28 dan 29 Syaban 1432 Hijrah, PSS dan KRU Cawangan Kota Belud telah mengadakan program Kem Remaja Cemerlang kali ketiga dengan jayanya. Segala syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dengan kekuatan yang Allah berikan kepada semua ajk KRC2011 ini, program kali ini berlangsung dengan baik.

Program dua hari satu malam ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari semua sekolah sekitar Kota Belud. PSS dan KRU KB juga mengucapkan terima kasih diatas kesudiaan para peserta dari Pitas seramai 16 orang yang sanggup datang bagi menjayakan program.Tidak lupa juga kepada Tahfiz AlQuran Bestari Kota Belud yang sudi menerima kedatangan kami, besar tapak tangan insyaAllah syurga Allah janjikan.

KD 1 : Kembali Gemilang

KD 2 : Study SMART bersama Ust Hakim

LDK 


Kami datang dengan harapan, kami pulang dengan kejayaan, InsyaALLAH


Wednesday, June 15, 2011

Usrah : Nadi Jemaah

Salam Bumi dibawah bayu.
Alhamdulillah, pelbagai nikmat masih lagi dirasai. Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Mudah-mudahan itu yang diharapkan. Cuti sekolah adik-adik pun telah berahkhir, cuti ini pelbagai program diadakan untuk membantu dan membentuk kefahaman sahabat dan adik-adik tentang Islam. Dari KRIS ke Program Kem sayangi daku semuanya mengajak kita kembali pada fikrah agama yang sebenar. Alhamdulillah dan Insya Allah KRIS Sepitang bakal menyusul pada 17-19 Jun 2011 ini. Jadi kepada yang berkelapangan bolehlah ringankan badan mudahkan langkah ramai-ramai join KRIS Sepitang.

Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi dalam mood cuti kampus, semoga masih setia untuk turun ke usrah. Cuti bukanlah rehat untuk jasadiah semata-mata, namun manfaatkan ia untuk kepentingan Islam. Ana yakin dan percaya, disekitar kawasan kita masih banyak usrah-usrah yang belum digerakkan lantaran kekangan masa dan komitmen ahlinya sendiri. ana teringat pesan seorang sahabat katanya dengan menggerakkan usrah InsyaAllah banyak perkara yang berada didalam Jemaah akan dapat diselesaikan.

Usrah ruang untuk kita memimpin, mendidik diri, membentuk jati diri dan sekali gus membina ukhuwah Islami yang utuh. Usrah peluang untuk kita berbincang dan berkongsi. Kemampuan Usrah dalam membentuk jiwa yang utuh bukan lagi satu keraguan. Bermula dari Usrah yang kecil inilah terbentuknya Negara Islam yang pertama 1400 tahun dahulu. Melalui Usrah inilah, wujudnya Gerakan Islam yang digeruni Dunia sehingga kini.

Sahabat yang dimuliakan Allah, Usrah: nadi jemaah. Usrah yang efektif akan memberi kesan dan melahirkan individu yang hebat dunia dan akhirat. Usrah mengikat kita untuk sentiasa meletakkan taqwa dihadapan. Bersama sahabat yang cintakan Islam dan usrah, ana yakin dan percaya kita menjadi kuat dan ragu untuk melakukan maksiat. Pebentukan nilai dalaman melalui peringatan demi peringatan yang disampaikan dalam usrah memberi kesan yang positif kepada diri dan banyak mengubah jiwa yang dahulunya cenderung kepada yang batil kembali kepada yang Haq kerana misi Islam yang paling besar adalah menyelamat aqidah manusia.

Kesimpulannya, semoga semua sidang pembaca dan sahabat-sahabat khususnya sahabat PSS agar kita memainkan peranan kita sebagai ahli usrah. Sumbangkanlah sedikit untuk pulangan yang besar. Andai kita nuqobo' diharapkan mula menggerakkan Usrah sedia ada, andai kita ahli jangan memilih siapa nuqaba kita, tegur kak dan abang naqib seandainya lama tidak menjalankan usrah. Kempen Usrah Nadi Jemaah!!!!!!!!! Jom Usrah!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, May 27, 2011

CUTI OH CUTI!!!!!

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang dengan izinNya memberi begitu banyak nikmat yang tidak terhingga. Kepada sahabat-sahabat, adik-adik dan rakan pembaca, didoakan semoga dalam keadaan sihat fizikal dan rohani. Sihat iman dan meningkat taqwa. Bahawa liku perjuangan ini satu jalan yang bukan untuk dipermainkan, satu jalan yang belum ada penghujungannya setelah ia bermula ribuan tahun yang lalu. Lalu itulah pesan Syed Qutb kepada adiknya saat syahid menunggu ditali gantung dalam kalam warkah terakhirnya.

"Wahai adikku, perjuangan ini akan menjadi berat dan menakutkan andai kau merasakan dirimulah sebagai pemula dan pengakhirnya perjuangan, ketahuilah kita ini hanya mata rantai yang apabila tiba masanya akan pergi, akan diganti dengan mata rantai yang lain, lalu janganlah engkau berasa gentar pada tali yang bakal meragutnya nyawaku."

Alhamdulillah, cuti semester untuk kampus juga telah bermula dan akan berakhir pada September ini. Ruang dan peluang ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan bolehlah menghubungi kawasan masing-masing dan merujuk taqwim untuk program-program PSS kawasan.
JOM sama-sama manfaatkan cuti kita!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 17, 2011

Kem Sayangi Daku : Siapa Sayang Saya? Siapa Saya Sayang?

Alhamdulillah, nampaknya keberadaan & kredibiliti Persatuan Siswazah Sabah (PSS) sekali lagi teruji dan dirasai dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama terutama di bumi Sabah.

Baru-baru ini pada 13-15 Mei 2011, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Likas, Sabah telah meletakkan kepercayaan kepada pihak PSS untuk bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam dan Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS) SMKP Likas menganjurkan Kem Sayangi Daku (Fasa 1/2011) dengan bertemakan "Ke Arah Pembentukan Insan Solehah."

Kem ini telah disertai lebih daripada 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMKP Likas sendiri. Ia juga dijayakan dengan bantuan daripada ahli PSS dan BALKIS.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam program ini seperti pembentangan Kuliah Dasar mengenai Aqidah, Ibadah dan akhlak, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), riadah, Qiamulail, Motivasi Pagi, Malam muhasabah dan banyak lagi.

Ternyata, program selama tiga hari dua malam ini mampu menjana jati diri dan memberi kefahaman tentang erti kehidupan kepada para peserta.

Semoga para peserta dalam mengambil manfaat daripada program yang amat bermakna ini.Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak SMKP Likas atas kepercayaan yang diberikan kepada PSS untuk menggerakkan program ini.


Pembukaan & pengenalan PSS & Program kepada para peserta ala-ala ESQ.
Saudara Fadhlan dengan gaya selambanya.
Saudara Hasmadi menyampaikan Motivasi pagi.
Saudara Arif berkongsi pengalaman hidupnya.
Saudara Abdillah menyampaikan Kuliah Dasar tentang Aqidah.
Saudara Al-Amin dengan muhasabah kendirinya kepada para peserta.
Saudari Khairunnisa (PSS) sedang mengendalikan satu slot dalam program.
Sesi diskusi dalam kumpulan
Sesi Riadah
Salah satu modul.
Peserta bangga dengan barang amanah yang diberi.
Ada amanah yang pecah.
Barang amanah yang pecah.
Salah satu modul.
Slot Muhasabah yang menginsafkan.
Lakonan daripada Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) yang menyentuh perasaan.
Penyampaian cenderahati kepada wakil fasilitator.
Penyampaian cenderahati kepada wakil BALKIS.
Penyampaian sijil kepada wakil peserta.
Sesi pembahagian sijil.


Kejutan kepada bebday gurlz..
Sahabat-sahabat turut memberi semangat.
Berkongsi kegembiraan dengan sahabat.
Sesi tiup lilin & potong kek.
Bertemu tak jemu, Berpisah tak gelisah.

Lebih banyak gambar di sini :

Link berkaitan :

Tuesday, May 10, 2011

USUKAN pun boleh bah!!


USUKAN PUN BOLEH BAH!!

Pada 6-8 Mei 2011, Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah dijemput untuk menguruskan Program Motivasi khas buat pelajar-pelajar tingkatan 6 yang berlokasi di SMK Usukan Kota Belud. Seramai 11 orang yang terdiri daripada ahli PSS dan dibantu oleh ahli Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) telah menyumbang tenaga menjayakan program bagi mencapai objektif dan memenuhi harapan guru-guru. sekitar 40 orang peserta telah menginap di asrama SMK Usukan bagi mengikuti program 3 hari 2 malam ini secara penuh. Program telah berlangsung di sekitar sekolah, berdekatan pantai dan Dewan Asrama Al-Firdaus yang menjadi kawasan utama pengumpulan peserta.

Pelbagai modul dan aktiviti diadakan bagi meningkatkan motivasi peserta serta berfikir secara kritis dan melahirkan generasi yang membudayakan ilmu. Aktiviti merangkumi kuliah dasar, latihan dalam kumpulan, pembentangan, diskusi dan sumbangsaran sebagai medium pembuka minda serta mengizinkan pertukaran idea berlaku. Turut dikedepankan beberapa slot perkongsian hidup bagi menyelami latar belakang sahabat dan diri sendiri. Ini bertujuan memupuk kesedaran dalam diri peserta untuk berinisiatif mengubah masa hadapan kepada kehidupan yang lebih cerah.





Dalam menyuntik motivasi, tidak lari dari mendidik jiwa-jiwa muda Usukan untuk kembali teguh mengamalkan cara hidup berpandukan al-quran dan as-sunnah. Pengisian rohani turut tidak tertinggal sebagai penerang kepada hati-hati generasi ini. Sepanjang program berlangsung qiamullail, solat berjemaah dan kuliah-kuliah ringkas turut menjadi agen pembentuk peribadi.




Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Setiap bait lirik dihayati. Lagu tema yang menjadi pemangkin motivasi kepada para peserta untuk mencapai kejayaan. Masing-masing melontarkan harapan untuk mengenggam segulung ijazah kelak selepas membuktikan kecemerlangan dalam STPM pada tahun 2011. Semoga para pelajar ini akan berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam setiap perkara yang diceburi dan turut menyerlah di arena membangunkan masyarakat.

Checkpoint 'Tangki'

Checkpoint 'Darurat'

Checkpoint 'Tiru-Teka'

Checkpoint 'si Buta'

Checkpoint akhir - keindahan alam

semangat melangkah dengan kaki bertaut

Ponsikow Togumu!

Terima kasih di atas pihak sekolah yang memberi kepercayaan penuh kepada PSS untuk menguruskan perincian perjalanan program sepenuhnya. Juga buat para peserta di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dan kejutan hadiah buat para fasilitator. Selamat menginjakkan kaki ke menara gading!

Lebih banyak gambar menyusul kemudian.
Kebanyakkan gambar, creadit to: TOIB Photography - Azizul Julirin

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons