PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, June 25, 2012

Ziarah PSS dan KRU Kota Marudu ke Kg. Parong


Secebis Memori Bersama Adik-Adik Di Kg, Parong Kota Marudu

Alhadmulillah… syukur ke atas nikmat yang diberikan peluang & ruang pada kami.

       31 Mei yang lalu,Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) kawasan Kota Marudu telah mengadakan aktiviti Ziarah Kampung Angkat (Kg. Parong). Aktiviti yang disertai oleh ahli KRU dan PSS seramai 24 orang yang diketuai oleh ahli PSS, Shamsul.     
         Rombongan kami bertolak dari Masjid At-taqwa sekitar jam 07:30 pagi dengan menggunakan empat buah kereta. Perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke Kg. Parong. Rombongan kami tiba di perkarangan surau Kg. Parong tepat pada jam 08:00 pagi dan mendapat sambutan yang sangat baik & mengalakkan daripada penduduk kampung. Ziarah tersebut bermula dengan sesi ta’aruf atau berkenalan dan bersarapan bersama penduduk kampung.

Muslimin PSS dan KRU bersama penduduk kampung
          Setelah selesai bersarapan,penduduk kampung bersama ahli KRU dan PSS bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan surau dan kawasan persekitaran surau kampung yang juga merupakan kawasan perkuburan penduduk Islam. Sementara itu,ahli KRU yang lain,mengajar kanak-kanak di kampung tersebut membaca doa-doa harian dan adab-adab dalam kehidupan harian. Pada jam 09:40 pagi, sesi dokumentari mengenai permasalahan yang berlaku oleh penduduk kampong serta sukaneka untuk kanak-kanak bawah 12 tahun berjalan dengan ceria & mendapat respon yang baik dari penduduk Kampung.
        Sekitar jam 10:40 pagi,kami bersama penduduk kampung bersama-sama menyaksikan tayangan video yang bertajuk Khalifah Umar untuk menjelaskan ciri-ciri sebenar seorang pemimpin Islam. Tazkirah mengenai adab-adab harian juga diberikan daripada wakil PSS.
      Jam 12:15 tengah hari kami bersama-sama penduduk Kg. Parong menikmati makan tengah hari. Setelah itu, menunaikan solat zuhur berjemaah serta diberi sedikit tazkirah mengenai silaturrahim yang disampaikan daripada wakil PSS kepada penduduk kampung serta ahli KRU.
     Tepat jam 02:00 petang, sesi penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai sukaneka dan penyampaian cenderahati kepada wakil penduduk Kg. Parong .Wakil penduduk Kg, Parong dan wakil PSS juga diberi kesempatan untuk memberikan sedikit ucapan kepada semua yg terlbat. Selain itu,kami juga sempat memberikan sedikit sumbangan barangan terpakai yang dikumpulkan untuk penduduk kampung.

Berkongsi sesuatu dengan jiwa-jiwa muda di sana

         Sebelum aktiviti berakhir,sesi bergambar bersama penduduk Kg. Parong dan lambaian ukhuwwah  berjalan. Tepat jam 02:30 petang aktiviti berakhir dan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing. Kami juga bertolak pulang ke Masjid At-taqwa. Sesungguhnya ziarah ini banyak memberikan kesan positif serta pengalaman baru kepada kami disamping mengeratkan silaturrahim sesama saudara sesame Islam.

Saat gembira bersama mereka

Melukis

KRU to be..


Ketekunan adik-adik melukis





Program Islam Agamaku, Kg. Suang Punggor Kota Belud


KOTA BELUD, 23 Jun; Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud meneruskan program kemsyarakatan dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah. Program kali ini bertapak di Kg. Suang Punggor Kota Belud yang penduduknya berbangsa Bajau Islam.
Sebelum berlepas ke check point ex-plorace
Check Point Solat
Program dimulakan seperti biasa dengan ceramah Menuju Kesempurnaan Solat yang disampaikan oleh Ust. Surayah dari JHEAINS KK dan ceramah fardhu 'ain yang disampaikan oleh Us. Aziz. Disamping itu, sukaneka kanak-kanak berjalan di padang sekolah SK Suang Punggor yang dijalankan oleh PSS dan dibantu oleh KRU KB. Kehadiran lebih 80 orang anak-anak kampung menggamatkan padang sekolah dengan aktiviti explorace fardhu 'ain dan aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, program berehat setelah solat zohor dan makan tengah hari untuk memberi laluan kepada persiapan forum pada malamnya.
Us. Aziz menunjukkan cara solat
Antara penduduk kampung yang hadir
Forum bermula jam8.00 malam setelah solat isya' dan makan malam. Forum yang bertajuk 'Islam untuk Semua' ini menampilkan Us. Melih yang merupakan guru SMK Usukan dan Ust. Surayah sendiri sebagai panel forum dan dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah. Program ini juga turut dipengerusikan oleh Sdr. Iqbal Fikri, Pengerusi PSS KB sendiri. Menurut penduduk kampung, inilah program yang dapat mengumpul penduduk yang paling ramai dan mereka mengharap agar PSS dapat mengadakan kuliah fardhu 'ain untuk kaum ibu setiap bulan.
Panel forum
Program kali ini turut mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung dan ahli PSS KB sendiri. Ribuan terima asih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha murni untuk mengembalikan kegemilangan Islam ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Khusyuk mendengar forum

Sunday, June 24, 2012

Forum Perdana 'Islam Untuk Semua' di Kg Ambong Kota Belud




 9 Jun 2012 (Sabtu) : Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kota Belud telah menganjurkan satu forum yang bertajuk "Islam Untuk Semua". Forum pada kali ini telah diadakan di Kg. Ambong Kota Belud. Beberapa orang ahli PSS dan KRU Kota Belud telah berkesempatan hadir dalam forum kali ini. Walaupun jarak Kg. Ambong yang agak jauh dr pekan, ini bukanlah penghalang untuk menjejaki saudara-saudara kita di sana dan menyampaikan risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W


Ketibaan PSS dan KRU di Kg. Ambong Kota Belud

Bacaan Yasin dan tahlil bersama penduduk kampung

Selepas selesai solat Isyak, forum perdana pun bermula dengan menampilkan 3 orang ahli panel yang berpengalaman. Panel yang pertama ialah ustaz Rosli , panel kedua En. Jumat, dan Panel yang ketiga ialah sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin. 

Moderator sedang mengajukan soalan kepada para panel

Penerangan yang mantap dari Us. Rosli

Antara hadirin yang hadir

Adik-adik yang meluangkan masa untuk mendengar forum pada malam itu. 

Penyampaian cenderahati kepada panel

Penghargaan daripada PSS cawangan Kota Belud. 

          Semoga sedikit usaha untuk mendekati masyarakat ini dikira sebagai satu ibadah yang diterima oleh Allah S.W.T. PSS cawangan Kota Belud juga mengharapkan agar semua perkongsian dan isi yang disampaikan dalam forum yang bertajuk "Islam untuk semua" dapat memberikan ilmu yang baru untuk kita dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Semua yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri. 

"Islam Untuk Semua"


Wednesday, June 20, 2012

Kem Putera Islam di SMK. Tamparuli




"Kalau nak lihat masa depan negaralihatlah pemuda hari ini” -Saidina Ali

Merenung bicara Saidina Ali di atas tidak memungkinkan kita untuk berpangku tangan atau berpeluk tubuh tanpa bertindak tatkala melihat pelbagai masalah yang sedang melanda remaja masa kini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja di depan mata kita, di sekeliling kita. Sedangkan kita mengimpikan “baldatun toiyibah warabbun Ghafur” (Negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah Yang Maha Pengampun".

Melihat kesediaan para peserta Kem Putera Islam yang berlangsung pada 15-17 Jun 2012 di SMKT untuk berubah menjadi lebih baik, terbit dalam sanubari bahawa mereka ini mahukan kebaikan cuma terkadang mereka tidak nampak jalannya.Mereka perlukan suntikan agar tidak leka dibuai mimpi-mimpi indah tanpa berpaksikan keimanan. Sepanjang berprogram tampak bintang-bintang yang menyerlah berkelipan dikalangan jiwa-jiwa muda ini. Pasti mereka dahagakan bimbingan berterusan. Bagaimana?

Sungguh,tiada kata yang layak dilafazkan melainkan puji-pujian kehadrat Allah SWT, Alhamdulillah. Melihat kelompok sahabat-sahabat AJK yang komited menjalankan tugas masing-masing. Kehadiran ‘pemain-pemain import’ @ para fasi yang kreatif dan dedikasi. “Grrrrrr….sambil mengeleng-gelengkan tangan”  dek ada yang tampak pelik pada sudut pandang mereka. Kupasan ceramah, kuliah dan pengisian keseluruhan yang mantap dan menepati objektif program jelas berjaya membuahkan Kem Putera Islam  yang hebat. Berjaya memecah tembok kealpaan.

Tertarik dengan Kuliah Maghrib hari kedua yang menyatakan ada tiga perkara menarik yang ada di Tamparuli. Pertama, Jambatan Tamparuli. Kedua, Rumah Terbalik. Ketiga, cuba teka? Membuka mata, minda dan hati. Jom kita cari, baca dan garab nilai ilmu novel IMAM. Sesiapa yang dah jumpa jangan lupa kongsi-kongsikan.

Hari terakhir, 15 orang peserta putera mendaftar diri untuk menyertai Program Titian Kasih di Kampung Sungai Damit pada 23-24 Jun ini. Jatuh cinta pandang pertama dengan kerja DAKWAH. Syukur pada-Mu Ya Allah. Sirami dan bajai cinta itu agar tumbuh subur, mekar, mewangi memenuhi bumi Tamparuli khususnya dan Sabah amnya. Dakwah Itu Cinta.

Sekalung tahniah buat sahabat-sahabat dari politeknik, KRUKK, PRA-U SMKT dan tidak dilupakan sahabat-sahabat KRUT serta abang-abang dan kakak-kakak PSS. Jazakallah khairan kathiran.

Ole-ole istimewa untuk adik-adik peserta kem:

Nabi SAW bersabda: “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.” (HR Bukhari)

*************

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, MUDA SEBELUM TUA dan hidup sebelum mati.”
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

**************

Soalan di Alam Mahsyar:
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana UMUR MUDA kamu habiskan?
***************
“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok (Masa Depan)”

AYUH REMAJA ISLAM, BANGKITLAH DARI LENA MU!!!!!

 Fokus
 Peri pentingnya niat

 Mantapkan aqidah

 Langkah masih sumbang....:(

 Remaja & Perjuangan

 Pertandingan memasak tanpa api









 Para juri sedang menilai hasil masakan peserta muslimin dan gubahan peserta muslimat

 Sedarlah

 Latihan Malam Gala

 Riadah





 Slot penghayatan

 Larian berhalangan











 Ucapan Penutup Penghulu Kem


Kem Putera Islam turut dihadiri oleh peserta jemputan, puteri. Manfaatkan peluang yang ada.


 Pertandingan Gubahan

 Lain juga kapal Kak Nor tu.....

Jambatan ukhuwwah:-)


Sejenak bersama Kak Husna



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons