PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, December 30, 2010

Hari Keluarga PSSKB 2010

Hari Keluarga PSSKB 201025 Disember 2010 (Sabtu)Simpang Mangayau KudatAlhamdulillah... sebagai penutup tabir tahun 2010, PSSKB telah mengadakan Hari Keluarga PSSKB bersama KRUKB seminggu sebelum munculnya tahun baru Masihi 2011. Semoga gerak kerja tahun 2010 ini di nilai di sisi Allah dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.Taklimat dari pengarah program Sdr. SaibulMenunggu Tuan Guru mengimamkan bacaan doaSinggah sebentar membeli jagung bakaranak sapa tue?AJK makanan sibuk membakar ikan. Jom makan!Bahagianya dapat menghabiskan nasi setalam... Khusyuk mendengar amanat dari Penaung PSSKB Cg. JumatDengar bebaik pesanan tue..Muslimat PSSKB.. Semoga istiqamah dalam perjuangan Islam!Bertemu lagi pada program2 dan aktiviti2 PSS dan KRU KB...

Tuesday, December 28, 2010

Ziarah KML 2010' ..

Liqo' bersama pimpinan Surau Al-Irfaan,KMLAssalamualaikum wbt, segalanya berlaku dengan tidak disedari, pada 25 Disember 2010, 11 pagi, di sekitar Sepanggar,Sabah ketika itu tengah mesyuarat PSS KK, tiba-tiba Abg Fezri mengajak saya menziarahi adik-adik di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), saya tanpa memikir panjang terus memberikan persetujuan untuk menemaninya ke Labuan. Padahal, mengikut perancangan, sejurus selepas mesyuarat tu, saya telah berjanji untuk membantu seorang sahabat saya untuk pindah ke rumah barunya. Saya pun menyatakan hasrat saya untuk ke Labuan kepadanya, dan dia memberi lampu hijau kerana dia boleh meminta tolong sahabatnya lain untuk membantunya memindahkan barang-barang ke rumah barunya.Selepas habis mesyuarat kira-kira...

Seminar Pemantapan Dakwah 2010'

Dari Kiri : Azizul, Insyirah, Haslinah & Hasmadi (saya) wakil dari PSSAssalamualaikum wbt, nampaknya tiada masa renggang untuk berehat cuti ini. Alhamdulillah saya berpeluang untuk mengikuti satu lagi seminar iaitu Seminar Pemantapan Dakwah 2010' yang bertempat di Hotel Taha (Tabung Haji) D'Bayu, Kota Kinabalu pada 23-24 Disember 2010 yang lalu. Seminar dua hari ini mengumpulkan banyak NGO Islam seperti Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), CONCERN, Persatuan Siswazah Sabah (PSS), ABIM, YaPEIM, Yayasan Amal, SAHABAT, Persatuan Ibu-ibu tunggal, IKRAM, JIM dan banyak lagi. Saya bersama tiga lagi sahabat saya menghadiri program ini atas kapasiti wakil kepada PSS.PSS diwakili oleh Hasmadi Hasbi,...

Monday, December 27, 2010

Islamic Summer Camp 2010'

Assalamualaikum, Alhamdulillah, pada 17-19 Disember 2010 yang lalu, Islamic Summer Camp 2010' berjaya diadakan bertempat di Batangan Baru Lagoon, Tuaran, Sabah. Lebih daripada seratus orang peserta telah mengikuti program cuti sekolah yang sangat menarik ini. Program seumpama ini merupakan kali keempat diadakan setelah penganjuran julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2007 buat kali pertamanya. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Sabah seperti dari Daerah Tuaran, Kundasang, Bongawan, Papar, Sipitang dan banyak lagi. Program ini dianjurkan dengan kerjasma daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU).Program yang santai dan kasual ini menghidangkan kepada para peserta dengan pelbagai...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons