Roadshow Ramadan 2017 PSS KRU Kota Belud
7 years ago
Liqo' bersama pimpinan Surau Al-Irfaan,KMLAssalamualaikum wbt, segalanya berlaku dengan tidak disedari, pada 25 Disember 2010, 11 pagi, di sekitar Sepanggar,Sabah ketika itu tengah mesyuarat PSS KK, tiba-tiba Abg Fezri mengajak saya menziarahi adik-adik di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), saya tanpa memikir panjang terus memberikan persetujuan untuk menemaninya ke Labuan. Padahal, mengikut perancangan, sejurus selepas mesyuarat tu, saya telah berjanji untuk membantu seorang sahabat saya untuk pindah ke rumah barunya. Saya pun menyatakan hasrat saya untuk ke Labuan kepadanya, dan dia memberi lampu hijau kerana dia boleh meminta tolong sahabatnya lain untuk membantunya memindahkan barang-barang ke rumah barunya.Selepas habis mesyuarat kira-kira pukul 12 tengah hari, saya bergegas balik ke rumah, solat Zohor, makan dan bergerak terus ke Menumbok dengan kereta bersama dengan Abg Fezri."Inilah umat Islam sekarang, hanya Islam pada nama, tetapi tidak pada pengamalan."Setelah sampai di Menumbok, kami singgah di Masjid Menumbok sebentar untuk solat Asar dan terus membeli tiket bot laju ke Pulau Labuan. Sedang menunggu bot bertolak, Abg Fezri sempat menegur sekumpulan perempuan yang sedang rancak berborak sesama mereka. Pada mulanya, Abg Fezri ingat mereka bukan Islam, dan hendak ke Labuan hendak menyambut Hari Natal yang kebetulan hari itu adalah Hari Natal kerana dari raut wajah dan cara pemakaian mereka seolah-olah mereka bukan Islam. Mereka terkedu dan terpaku dengan anggapan Abg Fezri itu. Dengan tersipu-sipu mereka menjawab, "Kami Islam, ramai yang ingat kami bukan Islam". Dalam hati saya bermonolog, "Inilah umat Islam sekarang, hanya Islam pada nama, tetapi tidak pada pengamalan."Berada di Masjid Menumbok,SabahSelepas lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya, kami bertolak dari Menumbok, dan setelah sampai di Labuan, Abg Hafiz, sahabat Abg Fezri menyambut kami, dan menumpangkan kami ke KML. Selepas solat Jamak Qasar Maghrib di Terminal Labuan, kami ke satu restoran yang terkenal situ untuk makan malam pula. Tempatnya cantik tetapi servis kurangnya baik. Tempahan makanan lambat siap. Untuk menghilangkan lapar dan penat sementara menunggu tempahan makanan siap, kami bertanya khabar dan iman. Rupanya Abg Hafiz akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan Februari tahun depan (2011) dengan seorang serikandi dari orang seberang iaitu orang Terengganu. Pertunangan telah dibuat, dan sekarang sedang melangsaikan apa-apa yang tertinggal. Makin berdebar dan berminat pula saya mendengar perkongsian pengalaman Abg Hafiz itu.Sedang menunggu tempahan makanan di sebuah restoran.Setelah asyik berborak, tiba-tiba baru teringat dengan temu janji dengan pimpinan Surau Al-Irfaan pada pukul 8.00 malam. Kami pun bergegas makan dan ke KML. Sesampai ke KML, suasana KML dan Surau Al-Irfaan lengang sahaja, rupanya, ramai pelajar yang balik ke kampung masing-masing sempena cuti Hari Natal. Namun ramai juga pimpinan surau yang dapat bersama dalam liqo'(perjumpaan) tersebut. Abg Fezri memulakan bicara dengan berkongsi tentang 'Fiqh Awlawiyyat' (Fiqh Keutamaan). Dengan memberi contoh-contoh yang relevan dan praktikal, ia membuka kepada interaksi dua hala antara kami dan mereka secara ilmiah dan berkesan. Selepas itu, Abg Fezri memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit Taujihat tentang'Jihad dan Pengorbanan'. Dengan persediaan yang kurang dan sedikit penat, saya kuatkan semangat juga atas dasar perkongsian ilmu dan pengalaman tentang tajuk yang diberi. Dengan memberi rangsangan daripada ayat-ayat Quran seperti Surah An-Nisa, ayat 95, Surah At-Taubah ayat 111 dan surah At-Taubah ayat 41 ditambah dengan contoh sirah kisah Kaab bin Malik dan Mus'ab bin Umair, ternyata dapat membuka sedikit ruang perbincangan yang aktif di antara kami.Masa berlalu terlalu pantas, keesokkan harinya sudah mahu balik. Rasa tidak puas berada di KML yang dicintai. Walaupun pertemuan yang sekejap, namun ianya tetap memberi banyak pengalaman dan pengajaran. Mudah-mudahan, KML mampu melahirkan lebih ramai produk-produk rabbani dan kompeten untuk kemaslahatan umat.Berikut beberapa gambar yang sempat dikongsikan :Berada di Terminal Feri Antarabangsa LabuanBersiar-siar di sekitar LabuanPemandangan indah KMLSarapan pagi di cafe KMLPusat kegiatan pelajar KMLBergambar dengan cermin surau yang cantikKenangan bersama Shahfieq (Bendahari AJK Surau & Pengerusi KRU KK)Sedang menunggu saya.Illal Liqo'Untuk gambar yang lebih banyak, sila tekan di sini.IT & PENERBITAN PSS KK
Persatuan Siswazah Sabah (PSS) 'Add' kami sebagai 'Friend' anda. |
1 comments:
Alhamdulillah....
Post a Comment