Roadshow Ramadan 2017 PSS KRU Kota Belud
7 years ago
Para Peserta Program Qiam Perdana Jan 2011Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 8 dan 9 Januari 2011 yang lepas, Qiam Perdana Jan 2011 anjuran Persatuan Siswazah Sabah berjaya diadakan bertempat di Masjid UMS, Sabah. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah mengikuti program tersebut. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah berdekatan Kota Kinabalu yang juga kebanyakkannya ahli Kelab Remaja Ukhuwwah. Qiam Perdana kali ini dimuatkan dengan beberapa modul menarik untuk membentuk sikap profesionalisme dalam bergerak kerja dan mereka juga didedahkan dengan cara-cara komunikasi yang berkesan kepada masyarakat. Antara modul menarik yang dimasukkan dalam program ini ialah berlakon, Melodi Fitrah, aktiviti mempertahankan diri, dan banyak lagi. Peserta juga berpeluang untuk bercakap di hadapan peserta yang lain melalui LDK. Seperti biasa peserta akan bangun awal sebelum subuh untuk bersama-sama Qiamulail. Peserta dapat memahami tips dan teknik pengucapan awam sebelum, semasa dan selepas pengucapan dengan fasilitator-fasilitator yang turut hadir membantu. Semoga amalan Qiamulail dapat dibudayakan dalam hidup kita dan para peserta dapat mempraktikkan teknik berkomunikasi yang berkesan di dalam kehidupan kalian.Abg Amin sedang memberi ulasan.Peserta sedang khusyuk mendengar.Adik Hanafi sedang membentangkan pengucapannya.Tenang berkongsi pengalaman kepada peserta lain.Perkongsian Pengalaman oleh Adik Nik.Tidak gentar di hadapan sahabat lain.Seorang peserta sedang membuat perkongsian dengan sahabat sahabiah.Amir sedang berbicara sesuatu kepada Hanafi.Peserta Muslimat sedang beriadah pagi.Beriadah dalam suasana dingin pagi.Peserta setia mengikuti setiap slot yang disediakan.Akh Azizul sedang mempamerkan seni mempertahankan diri kepada para peserta.Selepas lakonan.Sedang mendengar komen dari pengkritik selepas selesai berlakon.Membuat ulasan selepas berlakon.Mendapat pujian daripada pengkritik.Menarik nafas lega selepas mempersembahkan lakonan mereka.Pengkritik yang memberi kritikan membina kepada para peserta.Berdebar menanti ulasan dari pengkritik.Memilih angka giliran untuk membuat persembahan.Peserta dibantu oleh para fasi untuk membuat persiapan sebelum persembahan dibuat.Abg Arif memberi idea untuk gaya persembahan kepada peserta.Peserta Muslimat yang diuji minda oleh fasilitator.Peserta Muslimin yang tetap gembira mengikuti program.ICT & PENERANGAN PSS KK
Persatuan Siswazah Sabah (PSS) 'Add' kami sebagai 'Friend' anda. |
0 comments:
Post a Comment