PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, May 27, 2011

CUTI OH CUTI!!!!!

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang dengan izinNya memberi begitu banyak nikmat yang tidak terhingga. Kepada sahabat-sahabat, adik-adik dan rakan pembaca, didoakan semoga dalam keadaan sihat fizikal dan rohani. Sihat iman dan meningkat taqwa. Bahawa liku perjuangan ini satu jalan yang bukan untuk dipermainkan, satu jalan yang belum ada penghujungannya setelah ia bermula ribuan tahun yang lalu. Lalu itulah pesan Syed Qutb kepada adiknya saat syahid menunggu ditali gantung dalam kalam warkah terakhirnya. "Wahai adikku, perjuangan ini akan menjadi berat dan menakutkan andai kau merasakan dirimulah sebagai pemula dan pengakhirnya perjuangan, ketahuilah kita ini hanya mata rantai yang apabila tiba masanya akan pergi, akan...

Tuesday, May 17, 2011

Kem Sayangi Daku : Siapa Sayang Saya? Siapa Saya Sayang?

Alhamdulillah, nampaknya keberadaan & kredibiliti Persatuan Siswazah Sabah (PSS) sekali lagi teruji dan dirasai dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama terutama di bumi Sabah.Baru-baru ini pada 13-15 Mei 2011, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Likas, Sabah telah meletakkan kepercayaan kepada pihak PSS untuk bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam dan Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS) SMKP Likas menganjurkan Kem Sayangi Daku (Fasa 1/2011) dengan bertemakan "Ke Arah Pembentukan Insan Solehah."Kem ini telah disertai lebih daripada 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMKP Likas sendiri. Ia juga dijayakan dengan bantuan daripada ahli PSS dan BALKIS.Pelbagai aktiviti telah...

Tuesday, May 10, 2011

USUKAN pun boleh bah!!

USUKAN PUN BOLEH BAH!!Pada 6-8 Mei 2011, Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah dijemput untuk menguruskan Program Motivasi khas buat pelajar-pelajar tingkatan 6 yang berlokasi di SMK Usukan Kota Belud. Seramai 11 orang yang terdiri daripada ahli PSS dan dibantu oleh ahli Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) telah menyumbang tenaga menjayakan program bagi mencapai objektif dan memenuhi harapan guru-guru. sekitar 40 orang peserta telah menginap di asrama SMK Usukan bagi mengikuti program 3 hari 2 malam ini secara penuh. Program telah berlangsung di sekitar sekolah, berdekatan pantai dan Dewan Asrama Al-Firdaus yang menjadi kawasan utama pengumpulan peserta.Pelbagai modul dan aktiviti diadakan bagi meningkatkan motivasi peserta serta berfikir secara kritis...

Monday, May 9, 2011

Teaser KRIS KK 2011.

...

Wednesday, May 4, 2011

KRIS Kundasang '11

22-24 April 2011 Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan inayah-Nya sekali lagi PSS & KRU cawangan Kundasang telah berjaya melaksanakan Kem Remaja Islam (KRIS) pada 22 hingga 24hb April 2011 dengan membawa tema "Discover The beauty of Islam" dengan penyertaan 51 orang peserta daripada empat buah lima buah sekolah antaranya, SMK Kundasang, SMK Ranau, SMKA Irsyadiah, SMKA Mohd Ali, Ranau. KRIS kali ini adalah kali yang ke-2 dilaksanakan memandangkan penubuhan KRU masih baru di kawasan kundasang. KRIS yang diadakan di Pusat Latihan Islam (PLI kundasang) menambahkan lagi semangat adik-adik peserta mengikuti program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons