PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, February 20, 2013

Rehlah PSS & KRU Kota Marudu ke Simpang Mengayau.

Pada 11.02.13 Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu telah mengadakan Rehlah di Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. Mula bertolak pada pukul 11.30am selepas berkumpul di Masjid At-Taqwa. Alhamdulillah kira-kira 12lebih sampai di lokasi. Disambut dengan cuaca yang memukau pandangan. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.. Sumber : http://psskrukm.blogspot.com/2013/02/off-to-simpang-mengayau.ht...

Ziarah Sahabat PSS & KRU Tuaran Februari 2013

12hb Februari 13 PSS & KRU Tuaran sempat membuat Ziarah Bulatan Gembira ke rumah salah seorang sahabat yang sudah lama dirindui. Almaklumlah menuntut di IPT yang berlainan, membuatkan kami rindu untuk bergerak kerja dengannya. Alhamdulillah Allah perkenankan hajat kami untuk bertemu dengannya. Sempena cuti semester IPTA yang masih berbaki enam hari, kakak-kakak PSS mengambil kesempatan untuk mengadakan usrah bersama adik-adik KRU yang bakal menjadi pelapis mereka. terima kasih kak Fiqah masakkan untuk kami...:-) Fokus, fokus... Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2013/02/demi-cintaku-padamu-sahabat.ht...

Konsert Mini Malam Raikan Cinta

14 Februari 2013, Teluk Likas,Kota Kinabalu, SABAH - Buat julung kalinya, PSS telah menganjurkan sebuah konsert mini. Konsert yang dirancang kurang daripada seminggu ini telah dijayakan oleh PSS dan KRU dari dua kawasan iaitu Kota Kinabalu dan Putatan. Persembahan dari Non-Stop Da'ie Anthem (Band/Baskin KRU) telah membuka tirai konsert pada malam tersebut. Konsert yang disebut juga sebagai Konsert Mini Malam Raikan Cinta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat khususnya sekitar Kota Kinabalu. Antara objektif konsert ini dianjurkan adalah memberi kefahaman kepada masyarakat terutama golongan muda tentang beberapa isu gejala sosial yang kian menular sambil berhibur dengan hiburan yang bermanfaat. Antara pengisian bermanfaat...

Tuesday, February 19, 2013

Street Dakwah "No To Valentine"

Hari Pertama 10-13 Februari 2013, Kota Kinabalu, SABAH - PSS sekali lagi mencatatkan sejarah apabila menganjurkan kempen yang dinamakan Street Dakwah "No To Valentine" selama 4 hari berturut-turut yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif sambutan Valentine khususnya kepada masyarakat Islam. Lokasi Street Dakwah seperti berikut : 10 Februari 2013 - Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah 11 Februari 2013 - 1 borneo, Kota Kinabalu, Sabah 12 Februari 2013 - Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah 13 Februari 2013 - Wawasan Plaza & Water Front, Kota Kinabalu, Sabah Menariknya, program pada kali ini menampilkan Band KRU yang baru ditubuhkan pada Disember 2012 yang lalu. Mereka lebih dikenali sebagai Non-Stop...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons