PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, April 11, 2010

Jom Dakwah SMK DPM Buka Hati Remaja

Program ringkas Jom Dakwah yang dirancang kepimpinan KRU Penampang yang baru sehari dua dilantik berjaya menggugah rasa dan menghidupkan semangat berdakwah bermula dengan diri sendiri di kalangan pelajar asrama SMK Datuk Peter Mojuntin yang menjadi peserta semalam. Melalui tiga slot utama, iaitu Slot Pengembaraan Alam Maya dan Tujuan Kehidupan, Slot Tangisan Taubat Daie dan Slot Praktikal: Kenapa Dakwah yang masing-masing dikelola oleh Saudara Nadir, Saudara Amin dan Saudara Fadlan dari PSS Kota Kinabalu menyedarkan peserta betapa kehidupan yang mereka lalui punya matlamat dan sasaran halatuju, yakni sebagai hamba dan khalifah seluruh alam.



Program lebih bermakana apabila melibatkan hampir 15 orang peserta kurang upaya (deaf) yang walaupun hanya memahami apa yang dikatakan melalui penterjemah, berjaya menyelami hasrat penyampaian pada malam tersebut. Malah, mereka bersungguh-sungguh menyanyikan lagu tema 'Menuju Wawasan' di hujung program dengan menggunakan bahasa isyarat.

DPM seolah-olah telah menjadi rumah kedua PSS. Seminggu 3 kali kami berprogram di sana. Tahniah DPM, tahniah KRU Penampang!



3 comments:

Azimah Rupilen said...

assalamualaikum..ana tersentuh dengan usaha ini. Moga terus istiqamah!

dave said...

Nama persatuan patut ditukar kepada 'Persatuan Siswazah Islam Sabah'....
Sya Siswazah non-muslim, aktiviti2 dakwah dijalankan oleh persatuan tidak sesuai dengan nama yg digunakan...kalau nama yg sya suggestkan itu sesuai sgt la...aktiviti2 yg dijalankan tidak sesuai utk semua orang...

nurilhakim said...

Salam sejahtera dave,
Saya berbesar hati kerana saudara sudi berkunjung ke laman kami.Suka untuk saya respon terhadap apa yang saudara sebutkan.

Keyakinan kami orang Islam ialah bahawa keadilan dan kecantikan yang ada pada Islam adalah sesuatu yang seharusnya dapat dinikmati oleh semua. Islam yang sebenar tidak membeza-bezakan,malah tidak ada paksaan ke atas mana-mana individu untuk menganut Islam. Contoh ini dibuktikan sejak zaman nabi Muhammad lagi. Justeru segala bentuk pendidikan yang kami bawakan kepada ahli-ahli persatuan yang beragama Islam menjurus kepada usaha ini, supaya mereka memahami Islam dan menunjukkan contoh yang baik sebagai orang Islam, sehingga orang yang bukan beragama Islam tidak menyalah anggap tentang agama kami.

Lebih daripada itu, program motivasi dan kebajikan kami melangkaui batas agama. Saudara boleh membaca kisah adik Elfion, adik Afiq dan lain-lain yang dipaparkan di laman kami sebagai buktinya. Kami sangat mengalu-alukan kesanggupan mana-mana individu untuk membantu usaha kami tanpa menjejaskan atau menyinggung mana-mana agama.

Bukankah agama saudara turut mengajar kepada bersatu-padu dan berkasih-sayang?

Sekali lagi, terima kasih Dave :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons