30-31 Julai PSS dan KRU telah menerima undangan untuk mengendalikan Kem Bahasa Arab di SMKT. Undangan diterima dengan hati terbuka dengan niat untuk meneruskan usaha tarbiyyah kerana Allah. Walau terkadang hati sedikit dangkal, makin ditarbiyyah makin 'tidak menjadi'. Hakikatnya bukan semua hanya segelintir. Kisah perjalanan panjang dakwah Rasulullah, Nabi Nuh dan Nabi-Nabi yang terdahulu menjadi ubat mujarab penyembuh kedangkalan ini.
Kem ini menghimpunkan pelajar-pelajar terpilih mendapat tawaran khas mengikuti Kelas Aliran Arab (KAA) di sekolah biasa, SMKT. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tiga. Sekilas pandang seperti tidak ada bezanya pelajar-pelajar terpilih ini dengan pelajar-pelajar lain. Mengapa ini terjadi? Pertama, pelajar terpilih ini tidak rasa pun mereka 'terpilih'. Akibatnya peluang yang ada ini tidak dihargai dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya, malah dipersia-siakan. Kedua, pengaruh persekitaran yang lebih mencabar. Oleh itu, jatidiri para pelajar ini perlu dimantapkan.
Peringkat awal kem ini dihadiri dan dikendalikan oleh Saudara Nadir , Saudara Nasir bersama seorang sahabat dari Nilai. Selepas solat isyak menyusul Saudara Azizul yang baru dua hari balik dari Jepun bersama sahabat dari UMS. Selang tidak lama muncul pula Saudara Al-Amin, Saudara Syafik UMS dan Syafik KRU. Beberapa minit kemudian ternampaklah kelibat Saudari Syuhada' dan Yuyu. Akhir sekali, cukup korum dengan kehadiran Saudara Fairuz dan Saudara Aminuddin. Malam penghayatan berkonsepkan 'siksa kubur' diharap mampu menimbulkan kesan mendalam kepada para peserta untuk berubah menjadi lebih baik.
1 comments:
Assalaamu'alaykum...
Kepada adik2 PSS dan KRU... Teruskan perjuangan...
Terkedua seketika apabila terbaca ayat yang ditulis oleh penulis dalam blog ni di bawah article "KEM BAHASA ARAB" iaitu
Walau terkadang hati sedikit dangkal, makin ditarbiyyah makin 'tidak menjadi'
Teringat kata-kata al-mu'allim mahbubati fiLlaah Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail... antara sebab-sebab kenapa anak tarbiyah dan didikan kita tidak "menjadi" mungkin juga kerana faktor diri kita yg mntarbiyah itu sendiri... mungkin ada dosa-dosa kecil yang belum dipohon keampunan daripada Allah. Mungkin krn sifat ghaflah. yakni lupa dan terlalai...Lalu diuji pada hasil didikan/ tarbiyahan kita.
Ini berdasarkan mafhum hadith bahawa Iman seorang itu akan naik kerana ketaatan kpd ALlah dan iman seseorang itu akan turun jika bermaksiat kpd Allah.
Selain itu, al-Mu'allim Tn.Guru Hj Zulkifli seringkali mengingatkan kpd anak2 didiknya bahawa "kita tidak mampu membantu org lain meningkat imannya jika kita sendiri tidak mampu meningkatkan iman. Berdakwahlah kerana ALlah, dan hadirkan di hati rasa kewujudan dan kekuasaan Allah"...
Pandangan ustaz ini adalah berdasarkan kaedah pandangan tauhid dan tasawwuf. Sebagai muhasabah utk diri kita yg mlibatkn diri dlm dakwah dan perjuangan. Bukan pula djadikan sandaran utk meninggalkan dan medan dakwah dan perjuangan.
Namun begitu, menuding jari sepenuhnya kpd yg mntarbiyah smata2 adalah tidak wajar krn faktor background org yg dtarbiyyah itu sndiri pun sgt penting juga dlm mnentukan kerberjayaan program tarbiyyah.
Apapun, kita tak boleh putus asa jika mlihat anak didikan kita "tak menjadi"... SMua itu ada hikmahnya yang dah tentu mengandungi maksud tersurat dan tersirat.
Apa yang berlaku d hadapan, d belakang, d kanan, d kiri, d bawah dan d atas kita, anggaplah Sbg muhasabah diri kita.., marilah kita menghukum diri kita sendiri sebelum menghukum org lain.
Akhirulkalam, mohon maaf dunia akhirat atas keterlanjuran bicara. Apa yg dcoretkan hakikatnya utk peringatan diri akak sndiri yg mana ramai yg "ta menjadi" (T_T)
Salam maaf, salam kasih, salam ukhuwwah dalam medan dakwah ilaLlaah buat semua.
Selamat Berpuasa 1431H
Al-faqiroh waddhoifah ilaLlaah
Post a Comment