PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, January 30, 2011

MUKTAMAR PSS 2011

Alhamdulillah, sidang muktamar PSS kali ke-3 pada 29 Januari 2011(sabtu) berlangsung dengan baik. Majlis dirasmikan oleh Saudara akh. Khairul Yusri selaku mantan pimpinan PSS yang lepas.
Sedikit review mengenai muktamar, program bermula pada pukul 9 pagi, bermula dengan ucapan alu-aluan dari mantan setiausaha, akh. Fairuz Bend, kemudian diikuti dengan ucapan perasmian. Majlis juga dimeriahkan dengan penyampaian anugerah terbaik mengikut kategori.
Seluruh warga PSS mengucapkan tahiah kepada penerima anugerah PSS. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada PSS Kota Belud dan KRU Tuaran yang menyandang PSS dan KRU terbaik untuk tahun ini. Semoga usaha dan pengorbanan yang tidak mengenal penat ini akan sentiasa dirahmati dan diredhai Allah SWT.
Alhamdulillah majlis berakhir sekitar jam 5 petang dengan perlantikan barisan pimpinan yang baharu dan ucapan penutup dari wakil pimpianan. Tahniah dan takziah kepada semua kepimpinan dan semoga saff kepimpinan baharu ini, mampu membawa PSS jauh ke hadapan bagi mencapai visi dan misi PSS.

Saff Kepimpinan PSS 2011

Presiden PSS : Saudara Fairuz Bin Bend
Timbalan Presiden : Saudara Ahmad Fauzi Saiffuddin
Setiausaha : Saudara Aizizul Bin Julirin
Timbalan Setiausaha : Saudari Siti Farah
Bendahari : Saudara Mohd Fanshuri Badaruddin
Exco Pembangunan Pelajar : Saudara Muhd Renifezri
Saudara Saibul Manung
Saudari Siti Faridah Saidin
Saudari Feriza
Exco Mahasiswa dan Siswazah : Saudara Al- Amin Utoh Said
Saudara Zulhilmey Makmud
Saudari Sitti Rohana
Saudari Rita Radin
Exco ICT dan Penerangan : Saudara Fazreen
Saudari Masnah
Exco Pembangunan Ekonomi : Saudari Fauziah Saidin

Wednesday, January 26, 2011

Terbaru...!!!

Apa yang terbaru dalam blog PSS

1. Takwim PSS 2011
2. Makluman gadget disebelah kiri

Tuesday, January 25, 2011

A: saya jual, B: saya beli

Teringat jual beli aku dengannya. Sudah berjanji sekian lama rupanya, bila buka-buka akaun 555, masih banyak yang belum tertunai. Isk! susah ni, sudah janji ni, bukan sekali janji ini aku sebut dihadapannya, 5 kali sehari semalam. Bukan sikit perjanjian yang aku buat dengannya, hidup dan mati rupanya.. Berat-berat(sambil menggeleng kepala.)



"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Engkau Tuhan sekalian alam."

Bukan main-main punya janji ni. Hati mana tidak gelisah bila janji tidak terlaksana? Kalau berhutang dengan ceti, makan tak kenyang, tidur tak lena..Tapi bila hutang dengan Allah, semua jadi kenyang, rasuah lagiiii..Tidur jadi nyenyak, subuh tinggal lagiiii...Isk..isk, mana boleh jadi ni. Janji mesti ditepati, kata mesti dikota. Adilkah aku pada jual beli ini? Allah jual nikmat hidup untuk kita beli dengan rasa syukur, tapi kita hutang -ve dalam buku akaun 555 dengan melakukan maksiat. Allah bagi free 24 hours kemaafan, namun kita sombong dengan "nilai free" Allah, malu meminta ampun, tapi megah berbuat dosa.

Bila belek-belek buku panduan kehidupan, SAH!!! Nilai jual beli ini sangat mahal, Benarlah janji Mu Rabb dalam Surah At-Taubah 111-112, Engkau nukilkan firmanMu untuk orang yang sanggup berjual beli denganMu.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu." [QS.At-Taubah:111-112]




Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang berserah diri kepadaMu. Ya Allah, kami tidak layak untuk Syurga Mu, namun kami tidak sanggup untuK ke NerakaMu, ampunkan dosa kami dan terima taubat kami. Sesungguhnya, pada janji yang terlafaz, amal yang dibawa, semuannya akan dipersoalkan kelak di Mahkamah MU.

Monday, January 24, 2011

Simpang Mengayau

Al-kisah sebelum qiam Januari KRUT, beberapa orang ahli KRUT berkesempatan menghadiri Majlis Meraihkan Pengantin, Abang Ruslan dan Nadhrah di Kudat.



Disamping itu, kami tidak melepaskan peluang menyinggah seketika di Teluk Simpang Mengayau. Ahli-ahli KRUT yang tidak dapat menyertai delegasi kami tempoh hari boleh lihat gambar-gambar keindahan alam ciptaan Allah di bumi Simpang Mengayau yang dipaparkan di bawah. Cantik dan mendamaikan. Subhanallah, Maha Suci Allah. Terngiang-ngiang irama nasyid Kumpulan Brothers.















Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Al-Kahfi:109)

Wednesday, January 12, 2011

Qiam Perdana Jan 2011.

Para Peserta Program Qiam Perdana Jan 2011

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 8 dan 9 Januari 2011 yang lepas, Qiam Perdana Jan 2011 anjuran Persatuan Siswazah Sabah berjaya diadakan bertempat di Masjid UMS, Sabah. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah mengikuti program tersebut. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah berdekatan Kota Kinabalu yang juga kebanyakkannya ahli Kelab Remaja Ukhuwwah. Qiam Perdana kali ini dimuatkan dengan beberapa modul menarik untuk membentuk sikap profesionalisme dalam bergerak kerja dan mereka juga didedahkan dengan cara-cara komunikasi yang berkesan kepada masyarakat. Antara modul menarik yang dimasukkan dalam program ini ialah berlakon, Melodi Fitrah, aktiviti mempertahankan diri, dan banyak lagi. Peserta juga berpeluang untuk bercakap di hadapan peserta yang lain melalui LDK. Seperti biasa peserta akan bangun awal sebelum subuh untuk bersama-sama Qiamulail. Peserta dapat memahami tips dan teknik pengucapan awam sebelum, semasa dan selepas pengucapan dengan fasilitator-fasilitator yang turut hadir membantu. Semoga amalan Qiamulail dapat dibudayakan dalam hidup kita dan para peserta dapat mempraktikkan teknik berkomunikasi yang berkesan di dalam kehidupan kalian.
Abg Amin sedang memberi ulasan.
Peserta sedang khusyuk mendengar.
Adik Hanafi sedang membentangkan pengucapannya.
Tenang berkongsi pengalaman kepada peserta lain.
Perkongsian Pengalaman oleh Adik Nik.
Tidak gentar di hadapan sahabat lain.
Seorang peserta sedang membuat perkongsian dengan sahabat sahabiah.
Amir sedang berbicara sesuatu kepada Hanafi.
Peserta Muslimat sedang beriadah pagi.
Beriadah dalam suasana dingin pagi.
Peserta setia mengikuti setiap slot yang disediakan.
Akh Azizul sedang mempamerkan seni mempertahankan diri kepada para peserta.
Selepas lakonan.
Sedang mendengar komen dari pengkritik selepas selesai berlakon.
Membuat ulasan selepas berlakon.
Mendapat pujian daripada pengkritik.
Menarik nafas lega selepas mempersembahkan lakonan mereka.
Pengkritik yang memberi kritikan membina kepada para peserta.
Berdebar menanti ulasan dari pengkritik.
Memilih angka giliran untuk membuat persembahan.
Peserta dibantu oleh para fasi untuk membuat persiapan sebelum persembahan dibuat.
Abg Arif memberi idea untuk gaya persembahan kepada peserta.
Peserta Muslimat yang diuji minda oleh fasilitator.
Peserta Muslimin yang tetap gembira mengikuti program.

ICT & PENERANGAN PSS KK

Thursday, January 6, 2011

[VIDEO] Official Montage of ISC 2010'

[VIDEO] Mujahid Setia

[VIDEO] Tribute To ISC 2010'.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons