Sunday, April 29, 2012
Persatuan Siswazah Sabah
No comments
Kami, KRU Tuaran tidak ada program khas hujung minggu lepas. Pun begitu, usrah tetap berjalan, kecuali dimaklumkan tidak ada usrah. Siapa yang istiqamah datang usrah?
Jadi apalah yang KRUT buat hujung minggu lepas? Duduk diam-diam?
Lepas usrah, bermesyuarat dengan Abang Hasmadi. Bincang program ke Kampung Sambah hujung minggu ini, 5-6 Mei 2012. Boleh memancing lagilah ni. Pengerusi KRUT tidak ada. Ke manakah dia menghilangkan diri? Tahu dah. Membantu Kem Smart Solat di SMKB.
Habis mesyuarat, baru teringat ada Kuliah Maghrib di SRI Al-Hafidz Tuaran. Peluang menambah ilmu ni. Kami pun pakat-pakatlah pergi sana. Siap tidur sana lagi.
28-29 April 2012 ada dikalangan kami memilih untuk menghadiri Qiamullail Perdana KRUKK. Berbalas-balas kunjungan. Meriah suasana ukhuwwah.
Hujung minggu ni, siapa yang tidak dapat pergi ke Kampung Sambah, jangan menangis. Duduk diam-diam, belajar. Selamat menduduki peperiksaan semester 1, bermula 7 Mei 2012. Buat yang terbaik.
Sunday, April 29, 2012
Persatuan Siswazah Sabah
No comments
Pada 28-29 april lepas,KRUKB telah mengadakan Qiamullail kali ke-3 dengan jayanya.Lokasi Qiam kali masih sama seperti qiam-qiam lepas yang bertempatkan di Masjid Pekan Kota Belud. Penyertaan kali ini sebanyak 57 orang peserta daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar kota belud menghadirkan diri untuk turut serta dalam program bulanan qiamullail.Seramai 25 orang ajk yang terdiri daripada ahli-ahli KRU terlibat dalam menjayakan program ini.
Pendaftaran peserta
Ahlan Wasahlah Adik-adik... :)
Qiamullail kali ini bertemakan ‘‘HAYYA ALASOLAH’’yang bermaksud menyeru kita untuk mendirikan sembahyang.Tujuan KRUKB meletakkan tema HAYYA ALASOLAH ini kerana untuk mendedahkan kepada para peserta bahawasanya solat itu tersangat penting dalam hidup kita. Sepertimana yang kita tahu solat ini merupakan rukun islam yang kedua .Selain itu,solat juga merupakan tiang agama. KRUKB juga ingin mendedahkan kepada para peserta tentang kelebihan solat.
Qiamullail kali ini lebih kepada praktikal daripada qiam yang sebelumnya.Pada Slot LDK & USRAH ,ajk pengisian telah merancang untuk memperlihatkan kepada para peserta betapa pentingnya solat itu sebagai tiang agama. Setelah selesai menunaikan solat maghrib,para peserta dikumpulkan mengikut kumpulan yang diberi semasa USRAH & LDK.Para Naqib/Naqibah memainkan peranan setiap kumpulan masing-masing.Tajuk yang diberi pada masa itu ialah MUHASABAH SOLAT.Para Naqib/Naqibah menanyakan soalan kepada para peserta bagaimana solat mereka,keluarga mereka solat kah,apa perasaan meningalkan solat,apa perasaan menunaikan solat & apa yang mereka faham tentang solat????
Para peserta muslimin sedang khusyuk mendengar Usrah & Ldk yang disampaikan oleh Naqib mereka.
Adik-adik muslimat..wajah-wajah baru yang hadir dalam Qiam kali ini
Muhasabah solat yang dipimpin oleh Ukhti Nisa
Program ini diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk”HAYYA ALASOLAH”.Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Saiffuddin.Ceramah ini memberikan pengisian yang menarik untuk para peserta,yang mana pengisiannya tentang kewajipan solat,hukum meninggalkan solat,ibadat yang pertama dihitung di akhirat dan banyak lagi.Alhamdullilah penceramah dapat menyampaikan pengisian yang begitu menarik untuk para peserta.Setelah selesai ceremah disampaikan,para peserta disediakan dengan slot”BOTOL BERACUN”.Slot ini begitu mendebarkan hati para peserta.Apabila botol terhenti di antara peserta maka peserta itu akan disoal oleh ajk qiam.
Ceramah "HAYYA ALASOLAH" yang disampaikan oleh Ustaz Saifuddin.
Ceramah yang disampaikan oleh Us. Saifuddin banyak memberi ilmu baru berkenaan solat kepada adik-adik yang hadir. Kewajipan kita sebagai muslim untuk mendirikan solat ,cara solat yang betul , dan kesan meninggalkan solat disentuh dalam ceramah kali ini. Ustaz Saifuddin yang kerap memasukkan unsur-unsur kecindan dalam penyampaian mencuit hati adik-adik. Walaupun penat dan mengantu, mereka tetap memberikan perhatian pada ceramah yang disampaikan.
Selepas sesi ceramah, satu lagi slot khas yang diadakan ialah aktiviti "botol beracun" , ramai di kalangan peserta yang sudah pernah bermain permainan ini, tapi uniknya kali ini.. soalan/denda yang dikenakan adalah berkisar tentang solat. Soalan akan diajukan oleh fasilitator dan rakan-rakan peserta yang lain.
Seorang adik muslimin tekun mencari jawapan soalan diajukan oleh abang fasinya
Adik kepada pengerusi KRUKB.. jadi pserta bertuah pada malam itu
Alhamdulillah .. dapat juga jawab.. ^_^
Pada keesokan harinya, Slot ”KEMBARA FARDHU AIN’’ diadakan. Ia hampir serupa dengan permainan explorace. Permainan ini menguji kebijaksanaan para peserta untuk menjawab semua soalan-soalan yang disediakan serta dapat mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan dalam slot-slot sebelum itu. Para peserta didedahkan tentang rukun solat,cara-cara mengambil wuduk yang sempurna,praktikal solat ,syarat sah solat dan banyak lagi tentang solat yang diselitkan didalam kembara ini.Harap apa yang telah diberi dalam program kali ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta.
Stesen yang banyak menguji kefahaman para peserta.
Amali solat
Akhi Hashim mengajukan soalan kepada adik-adik berkaitan solat
Disebabkan muslimin awal meninggalkan tapak program selepas habis majlis penutupan. Tinggallah srikandi-srikandi Islam yang sempat mengambil gambar dengan kakak-kakak Fasilitator dan AJK..
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim
Sunday, April 29, 2012
Persatuan Siswazah Sabah
No comments
Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan KRU Kota Kinabalu 2012
KRUKK pimpinan 2011/2012 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-5 pada 29 April 2012 bagi menggantikan pimpinan baharu yang menguruskan KRUKK. Mesyuarat ini bermula tepat pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi hari ahad.
Beberapa agenda dalam mesyuarat agung kali ini ialah Ucapan dasar dari Pengerusi KRUKK iaitu Saudara Azmeer, Ucapan dari Perasmi Mesyuarat iaitu Saudara Hasmadi, dan Pembentangan dari Setiausaha dan Bendahari program.
Selepas kesemua agenda itu berakhir, pimpinan lama telah dibubarkan dan pimpinan baru yang dilantik telah dipanggil menuju ke hadapan.
Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK Kali ke 5 (Muslimah)
Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK Kali ke 5 (Muslimin)
Berikut adalah tanzim terbaru pimpinan KRUKK sesi 2012/2013 :
PENGERUSI
SARIP WAHAB
TIMBALAN PENGERUSI
SHUWATIE MAIDIN
SETIAUSAHA
AZREE MUNIR
BENDAHARI
RADIA MUAMMAR
LAJNAH KEPIMPINAN & ORGANISASI
NAZREE MUNIR
NANDA ZAINAL
LAJNAH TARBIYAH & DAKWAH
FARIZ AMIRUL MOHD FAUZI
HAFIZAH MARZUFAH IBRAHIM
LAJNAH PENERBITAN & INFORMASI
SYAZWAN DAUT
MARNI BINTI MALIK
Selesainya perlantikan pimpinan baharu, majlis diteruskan kepada sebarang cadangan dan penambahbaikan daripada para peserta yang hadir.
Cadangan dibuka bagi menambahbaik program KRUKK pada masa yang aka datang. Beberapa peserta yang aktif melontarkan cadangan-cadangan mereka untuk dibuat pada program yang akan datang.
Justeru, segala cadangan mereka telah dicatat dan diambil kira sebagai satu usul yang akan dibawa dan dibincangkan di peringkat pimpinan KRUKK sendiri.
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-5 ini diakhiri dengan pemberian bookmark dan Tinta Remaja hasil KRUKK sebagai cenderahati kepada mereka. Tepat pada jam 11.00 pagi, semua peserta dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan lambaian ukhuwwah antara peserta dan ajk adalah penutup bagi program ini.
Selain itu, penghargaan juga kepada Persatuan Siswazah Sabah yang membantu dan menyokong KRUKK untuk menjalankan program Qiamullail ini.
Semoga perlantikan pimpinan baharu dalam KRUKK ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan teratur. Harapan pemuda seperti mereka inilah yang dicari-cari. InsyaAllah.
Sumber : http://krukotakinabalu.wordpress.com/2012/05/07/aishiteru-muhammad-agm-krukk/
Saturday, April 28, 2012
Persatuan Siswazah Sabah
No comments
Bengkel 1- Praktikal Solat Qasar dan Jamak
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan belas kasih dariNya program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama dari Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dibuat dengan lancarnya.
Program ini telah dibuat pada tarikh 28-29 April 2012 yang bertempat di Masjid UMS, KK.
Program April ini telah diberi tajuk Aishiteru Muhammad dengan bertemakan Akhlak Rasulullah. Program kali ini telah dihadiri dengan 47 peserta muslimat dan 2 orang peserta muslimin yang berumur diantara 15-18 tahun yang berlainan sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Objektif yang dibawakan dalam program ini ialah
Memberi garis panduan kepada para pelajar berkaitan kaedah kepimpinan yang sesuai dilaksanakan dan diamalkan dalam mengendalikan sesebuah organisasi
Melahirkan remaja yang mampu menyeimbangkan antara gerakerja dakwah dengan akademik untuk dijadikan sebagai contoh kepada golongan remaja bagi mengubah perspektif buruk mereka.
Menyedarkan individu bahawa semua adalah pemimpin bukan hanya yang berjawatan sahaja kerana setiap individu menjadi pemimpin untuk diri sendiri sebagai pemandu kepada diri sendiri kearah kebaikan.
Membubarkan Saff Pimpinan KRUKK sesi 2011 / 2012 dan melantik Saff Pimpinan KRUKK sesi 2012 / 2013 bagi meneruskan gerakerja dakwah Islam dan menyebarkan risalah Islam ke hati-hati golongan remaja.
Sedikit gambaran sepanjang program,
Persediaan Makan
Taklimat Kem KomAnden
Kuliah Lapangan selepas solat maghrib
Slot Fardu Ain – Solat Qasar & Jamak
Pameran Badge
Poster Aishiteru Muhammad
Beberapa aktiviti yang dibuat sepanjang program ini ialah seperti 2 slot Tayangan Video yang bertajukTutup Aurat itu Wajib & Tanda Cinta Ibadah yang disampaikan oleh Kak Hasnidar Iskandar dan Abg Renifezri Mohd. Selain itu, satu Slot Fardu Ain dibuat selepas solat isyak yang disampaikan oleh Ust.Suhaidi yang bertajuk Solat Qasar dan Jamak
2 slot Bengkel pula dibuat selepas slot fardu ain dan slot tayangan video. Bengkel ini bertujuan untuk memberi para peserta belajar melalui praktikal selepas mendengar secara teorinya.
Semua aktiviti ini telah dibuat pada hari hari pertama program iaitu pada hari sabtu bersamaan dengan 28 April 2012, Sabtu.
Sekalung penghargaan diberikan kepada semua para peserta yang hadir ke program ini dan jutaan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa yang turut menjayakan program Qiamullail ini seperti Ahli Jawatankuasa Surau Nur Bahari kerana membenarkan KRUKK membuat program di surau ini.
Sepuluh jari disusun mohon maaf dipinta andai ada tersilap mahupun terkasar bahasa sepanjang program ini. Mohon segala salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja dimaafkan.
Semoga program-program seperti ini terus dapat dilaksanakan dan tidak berhenti disini sahaja. Harapan juga kepada semua para peserta agar dapat mengambil ibrah disebalik pengisian yang dibawakan dalam program ini. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah. InsyaAllah, ada masa dan waktu, kita semua JUMPA LAGI di program yang akan datang. Nantikan ..
Assalamualaikum w.b.t.
“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”
Sumber : http://krukotakinabalu.wordpress.com/2012/05/07/aishiteru-muhammad-agm-krukk/
Sunday, April 22, 2012
Persatuan Siswazah Sabah
No comments
Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort
Alhamdulillah .. PSS dan KRU Beaufort telah selamat menjalankan Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-5 .. Alhamdulillah ..
Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort pada kali ini bertemakan "Di Gerbang Kematian" di mana program ini telah dijalankan di Masjid Pekan Beaufort pada 21 dan 22 April 2012 dan telah dihadiri seramai 212++ orang peserta .. Selain itu , kedatangan 3 orang dari KRU Kota Kinabalu dan seorang PSS Kunak telah memeriahkan lagi Qiamullail pada kali ini .. Alhamdulillah ..
Pendaftaran Muslimin
AJK pendaftaran muslimat
KRU KK ^^
Peserta yang bersemangat ^^
Kaunter jualan ^^
Peendaftaran Muslimat
Pendaftaran pada Qiamullail pada kali ini telah dimulakan pada jam 1 petang iaitu selepas solat zuhur berlangsung .. Sekitar jam 2 petang , sesi taklimat telah diberikan kepada para peserta .. Usai sahaja sesi taklimat , slot pengurusan jenazah pun dimulakan .. Slot pengurusan jenazah ini dikendalikan oleh Tetamu Jemputan .. Slot pengurusan jenazah bagi muslimin dilakukan di ruang solat (muslimin) manakala bagi muslimat pula , slot ini dijalankan di dalam sebuah bilik ..
sesi taklimat
Slot pengurusan jenazah (Muslimin)
Slot pengurusan jenazah (Muslimat)
Selesai sahaja slot pengurusan jenazah , solat asar pun berkumandang dan para peserta diarahkan untuk bersiap-siap menunaikan solat asar .. Selepas solat asar , para peserta dihidangkan dengan minum petang dan slot seterusnya telah dikendalikan oleh Kak Azlinah ..
Menjelang maghrib , seperti biasa para peserta diarahkan untuk berwudhu dan menunaikan solat maghrib secara berjemaah .. Setelah selesainya solat maghrib , Ustaz Awang (Pegawai JHEAINS Beaufort) memulakan kuliah ilmunya .. Alhamdulillah , banyak yang para peserta serta PSS dan AJK KRU Beaufort perolehi daripada kuliah yang telah Ustaz Awang berikan ..
Para peserta telah dihidangkan makan malam selesai sahaja solat Isyak selamat didirikan .. Tradisi makan dalam talam dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para peserta yang lama dan baru menyertai program ini .. Alhamdulillah ..
Terpancar kegembiraan di wajah-wajah mereka ^^
Ukhuwwah ^^
makan-makan ^^
Alhamdulillah .. Usai sahaja makan malam , para peserta mengemaskan tempat makan mereka .. Seterusnya , sementara menunggu slot muhasabah , para peserta telah diarahkan untuk menyanyikan lagu tema mereka yang bertajuk "Pedoman-Nora" .. Terpancar semangat keislaman tatkala mereka menyanyikan lagu tersebut .. ^^
Nyanyian lagu tema ^^
Antara peserta Muslimin
Selesai sahaja nyanyian lagu tema , slot muhasabah pun dimulakan .. Slot muhasabah ini telah dikendalikan oleh penceramah khas yang dijemput dari Kota Kinabalu .. Ramai peserta yang mengalirkan air mata keinsafan tatkala melihat tayangan video yang disampaikan oleh penceramah .. Alhadmullillah .. Slot muhasabah telah selesai sekitar jam 10 malam , dan para peserta sekali lagi dihidangkan minum malam sebelum mereka masuk tidur ..
Alhamdullillah , sekitar jam 2.30 pagi , Qiamullail telah dijalankan .. Usai sahaja Qiamullail , slot 'Kembara Seorang Hamba' pun dimulakan .. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan Alhamdulillah slot ini telah dihabiskan beberapa minit sebelum subuh menjelang tiba .. Slot selepas solat subuh ialah slot 'Tayangan Video' yang telah dipersembahkan oleh seorang AJK KRU Beaufort .. Pembahagian 'bookmark' juga diberikan selesai sahaja slot 'Tayangan Video' ..
Setelah itu , para peserta diarahkan untuk hemat diri dan selepas itu , mereka telah dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum sesi penutupan bermula ..
Sarapan Pagi ^^
Alhamdulillah , selesai sahaja sarapan pagi , majlis penutupan pun bermula .. Majlis penutupan telah dikendalikan oleh Ustaz Syahriul .. Tiga wakil peserta telah dijemput untuk menyatakan pengalaman mereka sepanjang program ini berlangsung .. Alhamdulillah , respon yang diberikan oleh wakil peserta semuanya baik-baik belaka .. Selanjutnya , KRU KK , PSS Kunak , AJK KRU Beaufort serta PSS Beaufort telah memperkenalkan diri masing-masing dan menyatakan harapan mereka kepada para peserta Qiamullail pada kali ini .. Dengan tidak diduga juga , kemunculan Abang Hasmadi pada hari penutupan amat mengembirakan para peserta yang mengenali dan menunggunya dari bermulanya program ^^ .. Alhamdulillah .. Program Penutupan kami diakhiri dengan bacaan doa dari Ustaz Syahriul dan sesi fotografi ^^ ..