Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang mencipta manusia yang begitu hebat sekali tidak ada siapa yang mampu menangini kekuasaannya yang begitu tidak terbatas.
Namun masih ada lagi sikap degil pada diri kita untuk tetap melakukan kemungkaran,
larangan Allah padahal kita tahu akan kebesaranya dan azabnya diakkhirat kelak.
Oleh itu, marilah kita kikis sikap degil dan bruuk kita dari kehidupan kejahilan dan kegelapan kita ini,
yang tak lekang dek panas berterusan menghasut diri kita melakukan dosa-dosa dan kemaksiatan,
ditambahkan lagi pemangkin yang semangnya akan menenggelamkan kita lagi untuk terus,
melakukan larangan Allah yakni Syaitan dan Iblis Laknatullah.
Maka dengan itu kita seharusnya sentiasa memperbaiki diri dan mengupdate Imn kita senantiasa kerana Syaitan tidak akan pernah putus asa untuk menjatuhkan kita ke dalam lembah Api Neraka yang perit.
Dalam kita menjalani kehidupan ini perlu ada pembimbing yang mampu kita ikut dan menjadi penasihat dan teguran kita yang sentiasa leka dan lalai mengingati Allah. Justeru itu, berada dalam sebuah Jema'ah atau kumpulan yang ingin dekatkan diri padaNya.
Remaja hari ini pemimpin hari esok,
setiap kehidupan memerlukan perjalan dan moga2 kita berada didalam jalan yang betul,
salah satu cara untuk memastikan kita sentiasa melintasi jalan yang lurus,
hendaklah memerlukan panduan dan panduan itulah al-Quran dan as-Sunnah,
jikas kita lakukan semua ini InshaAllah kita tergolong dalam orang-orang yang beriman.
Usrah juga adalah merupakan satu medium yang terbaik dalam permulaan kita membentuk diri menjadi seorang yang mempunyai peribadi akhlak yang baik dan sahsiah yang terpuji yang disayangi Allah,
terutama sekali diperingkat kanak-kanak dan remaja lagi agar tidak tenggelam dek arus kejahartan,
yang dapat kita lihat pada masa ini isu-isu yang jelas kelihatan merosakkan sahsiah anak-anak sekarang.
Alhamdulillah, sekali lagi usrah KRU Putatan dapat dilaksanakan di Masjid Daerah Putatan yang menyentuh berkenaan dengan Ikhtilat. Apakah itu Ikhtilat?, Cara menjaga Ikhtilat?, Ikhtilat bagaimanakah yang dimaksudkan?, Apakah contoh Ikhitilat?. Inilah antara perkongsian untuk usrah kali ini.
Ikhtilat dari sudut bahasa Campuran. Apa yang kita faham bila sebut sahaja perkataan ikhtilat ia berkenaan dengan lelaki dan perempuan atau mslimin dan muslimat penjagaan dalam segi semua aspek batas-batas meraka dan lain-lain. Sedikit perkongsian apa yang diperbincangkan tadi dalam usrah tadi. Kita faham secara lazimnya bagaimana batas-batas diantara muslimin dan muslimat namun kita tidak akan terlepas dari membuat kesilapan dan sentiasa lupa itulah perkara yang tidak akan lari dari kehidupan kita seorang manusia.
“katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan-pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat.Katakanlah kpd wanita-wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”
(surah an-nur:30-31)
"Pandangan mata itu adalah sebuah anak panah daripada panah-panah Iblis. Maka barangsiapa meninggalkannya (mengelakkannya daripada melihat wanita) kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku ganti dengan iman yang dirasakan lazat-manisnya dalam hatinya."
Riwayat Thabrani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud.
Lihatlah betapa bahayna mata ini dapat dispimpulkan secara tuntasnya pandangan mata kita apabila melihat seseorang yang bukan mahram seperti panahan iblis. Bila dha kata panahan iblis. anak panah yang bila sudah tercucuk pada targetnya dha tak dapat dibuka aptah lagi panahan iblis yang sememangnya dasyat dari panah-panah yang kita guna sekarang ini untuk bermain atau bersukan.
Permulaan maksiat jelas kelihatan disini. Peringkat paling popular atau tren zaman sekarang mula-mula berpandangan, kemudian senyum-senyum dan beranikan diri sikit memberi salam atau menegur, lalu bercerita atau bercakap yang cover-cover istilah orang dan akhirnya..bermulalah????
Begitu juga kita ketika berada dalam sesebuah program mahupun organisasi. Sebagai contoh paling dekat disini adalah organisasi KRU Putatan sudah pastinya tidak akan lari dari perkara ikhtilat ini. Perkara inilah yang paling penting perlu dipegang bila kita dalam sesuatu jema'ah dan terdapat percampuran lelaki dan perempuan dan salah satu cara yang paling berkesan hendaklah mempunyai orang tengah ketika mana muslimin dan muslimat hendak berjumpa.
Naqib yang mengendalikan usrah ini ada menceritakan pengalamannya dalam mengendali sesuatu program. Beliau merupakan seorang AJK dalam program tersebut. Program ini melibatkan peserta yang kurangnya pendekatan terhadap islam dan ada yang seringkali berdua-duaan dalam hotel dan sebagainya. Bila mana program ini dilaksanakan sudah pastinya objektif utama untuk menyerdarkan mereka tntang isu lelaki dan perempuan ini. Oleh itu, setiap AJK telah diberi taklimat oleh seorang ustaz yang turut mengendalikan program tersebut mengatakan apabila kamu hendak berurusan antara muslimin dan muslimat pastikan ada ustaz sebagai orang tengahlah ceritanya. Namun malangnya, masih ada AJK yang tidak ambil peduli dengan arahan ini yang mana terdapat seroang muslimin bahagian AJK pengurusan PA System berurusan dengan seorang muslimat dan kedapatan dilihat oleh ustaz tapi dibiarkan sahaja lalu disuruhnya berkumpul semua AJK dan mengatakan bahawa Program ini diBatalkan sedangkan program ini adalah program yang besar dan kalau dibatalkan buruk padahnya kita tak nak kerana nila setitik rosak susu sebelanga ustaz itu mengatakan kita sekarag dalam program sebegini untuk mendidik oeserta-peserta untuk menjaga ikhtilat tapi bila kita yang tidak menjaganya rosaklah image kita. Program ini boleh diteruskan dengan satu syarat dua orang AJK itu tadi keluar dari program ini.
Kita dapat lihat di sini bagaimana pentingnya dalam bab ikhtilat yang ditekankan ustaz ini. Tidak mustahillah bila kita ada orang tengah yang mampu menjaga ikhtilat kita kita akan bebas daripada melakukan perkara yang kita tidak inginkan dan ingatlah kamu syaitan ini banyak ilmunya dan ada yang paling alim yakni mempunyai banyak ilmu iaitu Iblis segala ilmu dia ada namun disebabkan sikapnya yang tidak tawadu' tidak patuh akan perintah Allah setelah terciptanya nabi Adam dia menjadi jahat.
Wallahu'alam inilah sedikit perkongsian yang mampu diberikan salah dan silap mahupun kurang harap dimaafkan segala baik datangnya dari Allah dan diri ini hanya menyampaikan sahaja dan yang buruk itu datang dari diri sendiri agar dapat perbaiki diri lagi bermuhasabah diri lagi untuk terus menutup keburukan itu ingin mengetahui lebih banyak berkenaan dengan bab ini segalanya terletak dijari anda. Encik Google mampu membantu :)
sumber : http://kruputatan.blogspot.com/2013/05/usrah-gabungan-pss-kru-putatan.html
0 comments:
Post a Comment