PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, December 30, 2013

Rehlah Putatan

Rehlah kali ini membawa adik-adik ke Babagon Penampang bertarikhkan 21 disember . Tarikh yang cukup bermakna dan menyimpan pelbagai kenangan . Rehlah ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan juga .. mengadakan beberapa aktiviti yang menarik buat santapan minda dan jasmani . Hadirnya akal yang cerdas itu dari badan yang cergas .


sumber: http://kruputatan.blogspot.com/2013/12/rehlah-putatan.html

Monday, December 16, 2013

Riadah Badminton Muslimin KRU Putatan


Otak yang Cerdas itu datangnya dari badan yang Cergas . Aurat diutamakan Riadah didahulukan :)

sumber: http://kruputatan.blogspot.com/2013/12/riadah-badminton-muslimin-kru-putatan.html

Ukhuwah Pantai


Biarlah gambar yang berbicara , menukilkan kata yang bersulamkan iman dan takwa
Ahli KRUP mengerjakan solat Subuh berjema'ah di atas pasir pantai Tanjung Dumpil (Bukit Vor) dan riadah di pantai, Manisnya berUkhuwah andai ditauti dengan akhlak yang indah dan niat kerana Allah

sumber: http://kruputatan.blogspot.com/2013/12/ukhuwah-pantai.html

Kem Kepimpinan KRU Putatan

Inilah adalah diantara pimpinan KRU PUTATAN . Moga hati mereka kekal bernanung dengan kalimah ALLAH dan tidak pernah gentar dengan gertakan manusia melainkan Rabb yang Maha Esa ^^~

sumber: http://kruputatan.blogspot.com/2013/12/kem-kepimpinan-kru-putatan.html

Wednesday, December 4, 2013

Alhamdulillah Jalan Orang Mukmin (JOM) telah melabuh tirai nya.

JOM merupakan sebuah program dibawah kesinambungan usrah-usrah yang telah dijalankan oleh Naqibah . Dalam program kali ini ini, JOM meletakan 2 objektif utama yang perlu dicapai oleh peserta iaitu pemahaman tajuk usrah iaitu “apa erti nya saya menganut islam dalam sudut aqidah” dan kepentingan al-Quran dan ukhuwah dalam memantapkan aqidah. Menerusi program ini, peserta dan ajk yang terlibat adalah seramai 20 orang yang terdiri dalam kalangan muslimat sahaja. Program JOM berjalan pada 13 oktober 2013 di Jabatan Perhutanan Kinabatangan.

Sedikit perkongsian yang boleh kita cedok menerusi pengisian utama yang telah diberikan oleh Abg Samsul Asmara wakil PSS Kinabatangan iaitu Aqidah merupakan sesuatu perkara yang mudah difahami namun sukar untuk dirasai. Dizaman Rasulullah SAW , apa yang dapat kita lihat para sahabat yang memeluk islam terdiri daripada pelbagai level. Nak tahu kenapa? Kerana AQIDAH Adalah perkara yang SIMPLE. Kita kena faham dan yakin sepenuh hati bahawa ALLAH SWT mempunyai sifat yang SEMPURNA.  Terima Kasih kepada semua pihak.. Insya’allah kita akan berjumpa lagi untuk siri kedua bagi JOM…

Pembahagian Kumpulan dan Pengisian bersama Nur Shahirah

Perbincangan dalam kumpulan Al –Quran Pedoman hidup

Pengukuhan Apa erti nya saya menganut islam dari sudut Aqidah

Abang Samsul Asmara memberikan sedikit perkongsian tentang Aqidah

Terima Kasih Abang Samsul..^_^

Latihan dalam kumpulan (LDK 2 ) bersama fasilitator

JOM bincang =)

Adik-adik melakukan perbentangan terbaik.. !!

Resolusi untuk LDK 2

Tapak Program JOM… Semoga bertemu kembali.. ^_^

Kembara Kru Putatan ke Keningau

Daripada Abu Hurairah ra :
Rasulullah saw bersabda maksudnya : Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia,Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat.Dan siapa yang memudahkan orang yang susah,Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.Siapa yang menutup keaiban orang islam , Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya
(Riwayat Muslim) 

Alhamdulillah, beberapa ahli KRU Putatan mengembara ke Keningau bagi mengikuti Qiamullail Perdana PSS & KRU Keningau di Masjid Al Takwa dari 30 Nov hingga 1 Dis 2013 dengan hanya menaiki Exora yang dimuatkan 10 orang penumpang

Kembara Malam Cinta Rasul Kru Putatan

Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih,seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya.Justeru apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah saw,maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda saw.

Alhamdulillah kali ini  beberapa ahli KRU Putatan melakukan pengembaraan ke Papar untuk mengikuti Program Malam Cinta Rasul di Dewan Masyarat Papar.
Kembara Malam cinta Rasul      

  Selawat Salam buat Rasulullah..Beberapa adik KRUP bersama KRU kawasan yang lain menghadiri Malam Cinta Rasul di Masjid Bandaraya 22 November 2013 dengan alunan Qasidah bersama Habib Najmuddin, AlMawlid dan Kumpulan Qasidah Nurul Musthofa..
Gambar bersama adik kecil yang pernah disiarkan di dalam TV AlHijrah dalam Program Cinta Masjid sebagai permain alat Muzik

Bengkel Smart Solat

Alhamdulillah di atas keizinan Rabb yang Esa anjuran NISA' Putatan telah mengadakan bengkel smart solat yang turut dibantu oleh KRU Putatan dalam menjayakan program tersebut.

Ibadah solat merupakan ibadah yang penting dan wajib dilaksanakan bahkan ketika sedang berperang sekalipun solat tidak boleh ditinggalkan.Solat merupakan tiang agama.

Imam Al Baihaqi meriwayatkan nabi bersabda : Solat Itu tiang agama sesiapa yang meninggalkanya di meruntuhkan agama .
Justeru itu hadirnya , program ini untuk mengisi masa cuti adik-adik dengan mempelajari Ibadah Solat.Seterusnya, membentuk disiplin diri ketika mengerjakan solat dan juga mengetahui kesalahan yang sering dilakukan semasa solat
Bengkel Smart Solat anjuran NISA' Putatan dengan kerjasama KRU Putatan pada 29 November 2013 di Masjid Daerah Putatan dengan penyertaan seramai 63 peserta dan 12 orang Fasilitator serta 3 orang AJK pelaksana.

"Solat Tonggak Akhlak Islamiah"


sumber: http://kruputatan.blogspot.com/2013/11/bengkel-smart-solat.html

Usrah Muslimat PSS & KRU Putatan

Alhamdulillah, Usrah Muslimat kini kembali mengisi -masa cuti adik-adik KRU Putatan.
Kali ini membawa adik-adik KRU Putatan ke Taman Momorial Tun Datu Mustapha, Kg Ulu, Jalan Putatan Ramayah, Kota Kinabalu Sabah.
Photo: [#MediaKRUP] Usrah Muslimat PSS & KRU Putatan. 23 November 2013. Taman Momorial Tun Datu Mustapha, Kg Ulu, Putatan, Sabah.
Syabas dan Tahniah adik-adik menikmati cuti dengan santapan Usrah :)

Usrah Musimin PSS & KRU Putatan

Alhamdulillah, Sujud Syukur di atas keizinanMu adik-adik Muslimin KRU Putatan dihidangi dengan Usrah di Masjid Daerah Putatan mengupas isu dan sejarah ketamadunan zaman dahulu yang berlaku di bulan Islam yakni Bulan Zulhijjah untuk dijadikan ikhtibar dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Tanpa masa lalu takkan mampu kita perbaiki diri untuk masa hadapan :)

Qiamullail Perdana Pss & Kru Putatan November 2013


 Alhamdulillah atas limpah kurnia dan keizinan daripada Rabb yang Esa . Hadir kembali Qiamullail Perdana yang dinanti-nanti , hadirnya kali ini bertemakan "Demi Masa"

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3
Memetik kata-kata Imam Nawawi di dalam kitab a-Majmuk.Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia iaitu masa lapang dan sihat , kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit 
Nasihat Imam Asy-Syafie berkenaan dengan masa
Memang fitrah setiap insani seringkali alpa dengan setiap nikmat yang ALLAH berikan , memang fitrah kadangkala insani itu tidak mampu untuk menundukkan nafsu agar tunduk kepada iman . Namun sudah tanggungjawab kita bergelar hamba ALLAH yang perlu mentaati perintahnya.Sekiranya alpa dan hanyut dek terbuai dengan arus nikmat duniawi . Sedarkanlah diri , bisikkanlah di qalbu
bahawasanya nikmat yang ALLAH berikan ini hanyalah sementara ,tanyalah pada diri mengapakah kita
 diciptakan ke dunia oleh Rabb yang Esa ? Sedarilah sebelum kita menyesali .
Sekitar jam 4:OO pm kaunter pendaftaran dibuka 
Kaunter pendaftaran bagi Muslimin
kaunter pendaftaran bagi muslimat
Dianggarkan bilangan perserta muslimin 44 . Manakala peserta muslimat 43 . Tujuan kaunter pendaftaran ini dibuka adalah untuk mengetahui bilangan peserta yang menghadiri Qiamullail .

Jam 5.00 pm 
Sesi taaruf diantara AJK dan Peserta
Sesi taaruf muslimin

Perincian tentang perjalanan program dan sesi ta'aruf kepada peserta. Rasa tidak lengkap andai tidak melaksanakan sesi taaruf di antara AJK dan Peserta . Sesi Taaruf ini bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan ukhuwah . Sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mengenali dan mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri . 
Seperti mana apa yang dijelaskan di dalam hadith riwayat Bukhari Muslim : 
(La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi.”)
“None of you will have faith till he wishes
for his brother what he likes for himself.”
Reporter: Hadhrat Anas (r)
Source: Sahih al-Bukhari, Vol. 1: #12
Alhamdulillah setelah selesai sesi taaruf , muslimin dan muslimat solat maghrib berjemaah .Seterusnya program dilanjutkan lagi dengan tazkirah magrib , setelah masuk waktu isya'
solat berjemaah . Setelah selesai solat isya' berjemaah ,

muslimat menikmati makanan yang dihidangkan >.<

seorang peserta membacakan bacaan doa sebelum makan dan menjamah makanan yang dihidangkan oleh AJK makanan dan hidangan 
Modul menarik kali ini istimewa kerana mengandungi empat checkpoint , para peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan . Setiap checkpoint mempunyai tugasan berbeza . Para peserta diminta untuk melaksanakan setiap checkpoint maksimum 15 minit . checkpoint yg ptma
setiap ahli dikehendaki naik ke atas kerusi dan merebahkan badan. Sementara itu, ahli pesta yg lain haruslah menyambut ahli yg merebahkan dirinya tanpa bersuara. Hanya ketua yg berhak memberi arahan. . Checkpoint kedua adalah , setiap kumpulan diminta untuk mencari sampul yang mengandungi soalan . Tempoh masa yang diberikan untuk mencari sampul maksimum 7  minit setelah menjumpai sampul tersebut diminta setiap kumpulan menjawab soalan yang terdapat di dalam sampul dalam masa 5 minit . 

Checkpoint ketiga adalah , setiap ahli perlu teka ahli kumpulan.Checkpoint terakhir adalah setiap kumpulan diminta untuk menulis WE LOVE KRU PUTATAN .
Checkpoint ke 4 muslimin 
Kira-Kira jam 11 malam p.m modul menarik berakhir dan sedikit minum malam disediakan.Keesokan harinya , para peserta diminta untuk bangun am 3.30am untuk Qiamullaill dan Solat Subuh serta Kuliah Subuh.

Para peserta diberikan taklimat berkenaan dengan riadah


Game ini sebenarnya lebih kepada kerjasama, semangat berpasukan, kepercayaan kpd kawan, kepimpinan. Belon di dalam game ini diumpamakan sebagai amanah . Amanah mahupun tanggungjawab yang perlu dipikul bersama . Andai wujud insani yang tidak wujur dalam melaksanakan tugas maka rapuhlah iman dan kepercayaaan terhadap insani yang tidak berlaku jujur itu akan berkurang. 


Selesai Riadah peserta dibawa bersarapan dan kemudian urus diri dan solat Dhuha
Sekitar jam 9.00am sesi pergulungan kesulurhan program.
 Do'a Wehdah dan bersalam-salaman bagi memperkukuhkan ukhuwwah

Sorotan Menarik Sepanjang Qiamullail November 2013 PSS & KRU Tuaran

Alhamdulillah dipanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya terlaksanalah program Qiamullail kali ke-11 bertempat di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli. Qiamullail kali ini bertemakan "hijrah" bersesuaian dengan sambutan maal hijrah 1435H membawakan Ustaz Azim selaku penyampai kuliah dasar.

Seterusnya, biarkan gambar berbicara..

Qiam bulanan terakhir di Masjid Ubudiyyah Tamparuli 2013. 
Bergambar kenangan bersama salah seorang Imam Masjid Ubudiyyah (Barisan hadapan: Tengah)
Gandingan mantap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRUT. 
Setelah lama terpisah.

Kuliah Hijrah oleh Ustaz Azim

Program terakhir tahun ini bersama kakak-kakak Kent sebelum mereka balik bercuti ke kampung halaman masing-masing.
 Pengorbanan kalian amat berharga buat kami. (^___^)
Al-Mulk sebelum tidur


Kumpulan Bulatan Gembira 1: Pra ISC 2

Pra ISC 2: Kakak Titit memulakan modulnya.
Pra ISC 2

Pra ISC 2: Pindah tempat akibat diserang oleh pemain bola.
Pra ISC 2
Pra ISC 2
Pra ISC 2
Kumpulan Bulatan Gembira 2: Pemikir

Kumpulan Bulatan Gembira 3: Bersedia untuk bermain bola selepas berdiskusi.

Detik-detik Kumpulan Bulatan Gembira 3 menyerang kawasan Kumpulan Bulatan Gembira 1.

Kumpulan Bulatan Gembira 4: Jom riadah selepas senaman minda!

Rutin bulanan: Mesyuarat Pagi.

Program Qiamullail Bulanan Disember + Jelajah Dakwah akan dilaksanakan di Kampung Bongol, Tamparuli bertarikh 7-8 Disember 2013. Setakat ini seramai 25 orang telah mendaftar untuk menyertai program ini. Jika ada yang berminat untuk turut serta sila hubungi AJK Penyertaan 0105870678.
Kepada yang berhasrat untuk menyertai Program Titian Kasih (Kg. Angkat) pula, sila berhubung terus dengan Kak Noor 0138705257. Lokasi pilihan Program Titian Kasih tahun ini ialah Kampung Bunga, Tenghilan, Tamparuli yang akan berlangsung pada tanggal 21-22 Disember 2013.

sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2013/11/sorotan-menarik-sepanjang-qiamullail.html

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons