PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, December 4, 2013

Qiamullail Perdana Pss & Kru Putatan November 2013


 Alhamdulillah atas limpah kurnia dan keizinan daripada Rabb yang Esa . Hadir kembali Qiamullail Perdana yang dinanti-nanti , hadirnya kali ini bertemakan "Demi Masa"

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3
Memetik kata-kata Imam Nawawi di dalam kitab a-Majmuk.Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia iaitu masa lapang dan sihat , kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit 
Nasihat Imam Asy-Syafie berkenaan dengan masa
Memang fitrah setiap insani seringkali alpa dengan setiap nikmat yang ALLAH berikan , memang fitrah kadangkala insani itu tidak mampu untuk menundukkan nafsu agar tunduk kepada iman . Namun sudah tanggungjawab kita bergelar hamba ALLAH yang perlu mentaati perintahnya.Sekiranya alpa dan hanyut dek terbuai dengan arus nikmat duniawi . Sedarkanlah diri , bisikkanlah di qalbu
bahawasanya nikmat yang ALLAH berikan ini hanyalah sementara ,tanyalah pada diri mengapakah kita
 diciptakan ke dunia oleh Rabb yang Esa ? Sedarilah sebelum kita menyesali .
Sekitar jam 4:OO pm kaunter pendaftaran dibuka 
Kaunter pendaftaran bagi Muslimin
kaunter pendaftaran bagi muslimat
Dianggarkan bilangan perserta muslimin 44 . Manakala peserta muslimat 43 . Tujuan kaunter pendaftaran ini dibuka adalah untuk mengetahui bilangan peserta yang menghadiri Qiamullail .

Jam 5.00 pm 
Sesi taaruf diantara AJK dan Peserta
Sesi taaruf muslimin

Perincian tentang perjalanan program dan sesi ta'aruf kepada peserta. Rasa tidak lengkap andai tidak melaksanakan sesi taaruf di antara AJK dan Peserta . Sesi Taaruf ini bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan ukhuwah . Sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mengenali dan mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri . 
Seperti mana apa yang dijelaskan di dalam hadith riwayat Bukhari Muslim : 
(La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi.”)
“None of you will have faith till he wishes
for his brother what he likes for himself.”
Reporter: Hadhrat Anas (r)
Source: Sahih al-Bukhari, Vol. 1: #12
Alhamdulillah setelah selesai sesi taaruf , muslimin dan muslimat solat maghrib berjemaah .Seterusnya program dilanjutkan lagi dengan tazkirah magrib , setelah masuk waktu isya'
solat berjemaah . Setelah selesai solat isya' berjemaah ,

muslimat menikmati makanan yang dihidangkan >.<

seorang peserta membacakan bacaan doa sebelum makan dan menjamah makanan yang dihidangkan oleh AJK makanan dan hidangan 
Modul menarik kali ini istimewa kerana mengandungi empat checkpoint , para peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan . Setiap checkpoint mempunyai tugasan berbeza . Para peserta diminta untuk melaksanakan setiap checkpoint maksimum 15 minit . checkpoint yg ptma
setiap ahli dikehendaki naik ke atas kerusi dan merebahkan badan. Sementara itu, ahli pesta yg lain haruslah menyambut ahli yg merebahkan dirinya tanpa bersuara. Hanya ketua yg berhak memberi arahan. . Checkpoint kedua adalah , setiap kumpulan diminta untuk mencari sampul yang mengandungi soalan . Tempoh masa yang diberikan untuk mencari sampul maksimum 7  minit setelah menjumpai sampul tersebut diminta setiap kumpulan menjawab soalan yang terdapat di dalam sampul dalam masa 5 minit . 

Checkpoint ketiga adalah , setiap ahli perlu teka ahli kumpulan.Checkpoint terakhir adalah setiap kumpulan diminta untuk menulis WE LOVE KRU PUTATAN .
Checkpoint ke 4 muslimin 
Kira-Kira jam 11 malam p.m modul menarik berakhir dan sedikit minum malam disediakan.Keesokan harinya , para peserta diminta untuk bangun am 3.30am untuk Qiamullaill dan Solat Subuh serta Kuliah Subuh.

Para peserta diberikan taklimat berkenaan dengan riadah


Game ini sebenarnya lebih kepada kerjasama, semangat berpasukan, kepercayaan kpd kawan, kepimpinan. Belon di dalam game ini diumpamakan sebagai amanah . Amanah mahupun tanggungjawab yang perlu dipikul bersama . Andai wujud insani yang tidak wujur dalam melaksanakan tugas maka rapuhlah iman dan kepercayaaan terhadap insani yang tidak berlaku jujur itu akan berkurang. 


Selesai Riadah peserta dibawa bersarapan dan kemudian urus diri dan solat Dhuha
Sekitar jam 9.00am sesi pergulungan kesulurhan program.
 Do'a Wehdah dan bersalam-salaman bagi memperkukuhkan ukhuwwah

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons