Alhamdulillah, apabila hamba-hambaNya yang beriman kepada Tuhannya dan
yakin bahawa Allah sebaik-baik tempat bergantung, Allah kurniakan nikmat
yang kadangkala kita rasa ia adalah lebih daripada cukup. Terima kasih
ya Allah. Bertalu-talu bibir mengucapkan kesyukuran kepada Sang
Penciptanya.
Alhamdulillah, bulan ini Allah mengizinkan PSS dan KRU Tuaran melaksanakan program Qiamullail dan Annual Grand Meeting
(AGM) di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran (SRI Al-Hafidz). Tempat
yang selesa dan suasana yang nyaman. 22-23 Februari ini juga merupakan
tarikh keramat pada tahun ini dengan menyaksikan pertukaran saf
kepimpinan baru PSS dan KRU Tuaran.
Program Qiamullail berjalan seperti biasa sebelum AGM menyusul.
Kehadiran adik-adik KRU cilik menambahkan kemeriahan Qiamullail kali
ini.
Kesinambungan daripada Valentines Day yang cuba merasuk minda anak-anak
muda Islam, maka kali ini PSST dan KRUT membawa tema pengurusan cinta
buat remaja yang cintakan majlis ilmu. Memberi perspektif baru diminda
anak muda yang baru hendak mengenal cinta dan bagaimana menguruskan
cinta dengan baik dan menepati syariah. Apabila disebut tentang cinta,
kelihatan adik-adik KRU yang khusyuk mendengar forum senyum tersipu-sipu
malu.
Forum Pengurusan Cinta yang berjalan selama hampir sejam setengah tidak
membuatkan para pendengar bosan, kupasan dan pandangan daripada tiga
ahli panel yang didatangkan dari IPG Kent amat baik dan santai.
Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat dijadikan panduan buat kita
semua, khususnya buat pendengar forum tersebut.
Remaja khusyuk dengan forum, adik-adik KRU Tunas juga dengan aktiviti mereka. Jom ikuti sedutan Program Qiammullail dan AGM kali ini.
Remaja khusyuk dengan forum, adik-adik KRU Tunas juga dengan aktiviti mereka. Jom ikuti sedutan Program Qiammullail dan AGM kali ini.
Forum Pengurusan Cinta
"Si Baju Melayu vs Si Baju Kurung"
Mendengar dengan tekun
Slot Muhasabah buat adik-adik KRU Tunas
Surah Al-Mulk sebelum tidur
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Saudara Faris Hamizan
Qasidah: Gandingan mantap SRI Al-Hafidz dengan IPG Kent
Ucapan Saudara Shah Rizal selaku Pengerusi KRUT bagi sesi 2013/2014
Pencatat minit
Laporan aktiviti 2013/2014 oleh Setiausaha KRUT
Laporan kewangan 2013/2014 oleh Bendahari KRUT
Ucapan Saudara Norfarizan selaku Pengerusi KRUT bagi sesi kepimpinan 2014/2015
Barisan MT/ME KRUT muslimin bagi sesi 2014/2015
Barisan MT/ME KRUT muslimat bagi sesi 2014/2015
Pembentangan Takwim KRUT bagi sesi 2014/2015
Seusainya AGM KRU, majlis diteruskan dengan AGM PSS Tuaran.
Ucapan Saudara Mohd Fairuz selaku Pengerusi PSS sesi 2014/2015
Antara Pimpinan PSST sesi 2014/2015
Barisan hadapan dari kiri: Mohd Sha Rizal (EPP), Mohd Fairuz (Pengerusi), Mohd Syazwan (Tim. Pengerusi 1) dan Mohd Izwan (Pengerusi Tetap)
Barisan belakang dari kiri:
Siti Sarah (Tim. Pengerusi 2), Noor (EPP), Roslidiana (Tim. Bendahari
1), Khairunnisa (Tim. Setiausaha 2), Nurul Zannah (EUM), Julaiqah (Tim.
Setiausaha 1) dan Nor Shaidah (EE)
Tiada dalam gambar: Ekhwan (Setiausaha), Mohd Sazali (Bendahari), Misran (EMS), Najwa (Tim. Bendahari 2)
Kepimpinan baru ini diberi kepercayaan untuk membawa perubahan yang
lebih baik khususnya dalam mentadbir organisasi, dan memastikan ahli
yang dilantik dalam lajnah menjalankan tanggungjawab masing-masing
dengan baik.
Kepimpinan itu bukannya kegiatan sampingan untuk satu kesukaan, atau
mencari kekayaan tapi adalah tanggungjawab dan amanah. Amanah yang
menyebabkan pelaksananya berletihan kerananya. Amanah yang akan
menyebabkan terkorbannya kerehatan. Amanah yang akan ditanya di akhirat
kelak.
Justeru, marilah kita bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah
dengan penuh komitmen. Mudah-mudahan usaha ini mendapat redha dan rahmat
disisi Allah. Amin...
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ
فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan
berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian
itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Renungan:
“Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta-minta jadi pemimpin. Maka jika engkau dipilih-beri BUKAN kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan, dan jika diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2014/02/qiamullail-agm-pss-dan-kru-tuaran-sesi.html