PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, February 28, 2014

Qiamullail & AGM PSS dan KRU Tuaran sesi 2014/2015

Alhamdulillah, apabila hamba-hambaNya yang beriman kepada Tuhannya dan yakin bahawa Allah sebaik-baik tempat bergantung, Allah kurniakan nikmat yang kadangkala kita rasa ia adalah lebih daripada cukup. Terima kasih ya Allah. Bertalu-talu bibir mengucapkan kesyukuran kepada Sang Penciptanya.
Alhamdulillah, bulan ini Allah mengizinkan PSS dan KRU Tuaran melaksanakan program Qiamullail dan Annual Grand Meeting (AGM) di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran (SRI Al-Hafidz). Tempat yang selesa dan suasana yang nyaman. 22-23 Februari ini juga merupakan tarikh keramat pada tahun ini dengan menyaksikan pertukaran saf kepimpinan baru PSS dan KRU Tuaran.
Program Qiamullail berjalan seperti biasa sebelum AGM menyusul. Kehadiran adik-adik KRU cilik menambahkan kemeriahan Qiamullail kali ini.
Kesinambungan daripada Valentines Day yang cuba merasuk minda anak-anak muda Islam, maka kali ini PSST dan KRUT membawa tema pengurusan cinta buat remaja yang cintakan majlis ilmu. Memberi perspektif baru diminda anak muda yang baru hendak mengenal cinta dan bagaimana menguruskan cinta dengan baik dan menepati syariah. Apabila disebut tentang cinta, kelihatan adik-adik KRU yang khusyuk mendengar forum senyum tersipu-sipu malu.
Forum Pengurusan Cinta yang berjalan selama hampir sejam setengah tidak membuatkan para pendengar bosan, kupasan dan pandangan daripada tiga ahli panel yang didatangkan dari IPG Kent amat baik dan santai. Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat dijadikan panduan buat kita semua, khususnya buat pendengar forum tersebut.

Remaja khusyuk dengan forum, adik-adik KRU Tunas juga dengan aktiviti mereka. Jom ikuti sedutan Program Qiammullail dan AGM kali ini.

Forum Pengurusan Cinta
"Si Baju Melayu vs Si Baju Kurung"
Mendengar dengan tekun

Slot Muhasabah buat adik-adik KRU Tunas


Surah Al-Mulk sebelum tidur
Keesokan harinya, seusai bacaan al-mathurat, persembahan Qasidah daripada adik-adik SRI Al-Hafidz dan Abang-abang PSS dari IPG Kent sebagai pembuka tirai AGM.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Saudara Faris Hamizan

Qasidah: Gandingan mantap SRI Al-Hafidz dengan IPG Kent

Ucapan Saudara Shah Rizal selaku Pengerusi KRUT bagi sesi 2013/2014
Pencatat minit

Laporan aktiviti 2013/2014 oleh Setiausaha KRUT
Laporan kewangan 2013/2014 oleh Bendahari KRUT

Ucapan Saudara Norfarizan selaku Pengerusi KRUT bagi sesi kepimpinan 2014/2015
Barisan MT/ME KRUT muslimin bagi sesi 2014/2015
Barisan MT/ME KRUT muslimat bagi sesi 2014/2015
Pembentangan Takwim KRUT bagi sesi 2014/2015
Seusainya AGM KRU, majlis diteruskan dengan AGM PSS Tuaran.
Ucapan Saudara Mohd Fairuz selaku Pengerusi PSS sesi 2014/2015
Antara Pimpinan PSST sesi 2014/2015
 Barisan hadapan dari kiri: Mohd Sha Rizal (EPP), Mohd Fairuz (Pengerusi), Mohd Syazwan (Tim. Pengerusi 1) dan Mohd Izwan (Pengerusi Tetap)
Barisan belakang dari kiri: Siti Sarah (Tim. Pengerusi 2), Noor (EPP), Roslidiana (Tim. Bendahari 1), Khairunnisa (Tim. Setiausaha 2), Nurul Zannah (EUM), Julaiqah (Tim. Setiausaha 1) dan Nor Shaidah (EE)
Tiada dalam gambar: Ekhwan (Setiausaha), Mohd Sazali (Bendahari), Misran (EMS), Najwa (Tim. Bendahari 2)
Kepimpinan baru ini diberi kepercayaan untuk membawa perubahan yang lebih baik khususnya dalam mentadbir organisasi, dan memastikan ahli yang dilantik dalam lajnah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Kepimpinan itu bukannya kegiatan sampingan untuk satu kesukaan, atau mencari kekayaan tapi adalah tanggungjawab dan amanah. Amanah yang menyebabkan pelaksananya berletihan kerananya. Amanah yang akan menyebabkan terkorbannya kerehatan. Amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.
Justeru, marilah kita bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah dengan penuh komitmen. Mudah-mudahan usaha ini mendapat redha dan rahmat disisi Allah. Amin...
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Renungan:


“Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta-minta jadi pemimpin. Maka jika engkau dipilih-beri BUKAN kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan, dan jika diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
 
 sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2014/02/qiamullail-agm-pss-dan-kru-tuaran-sesi.html

1 comments:

truongmuunghenhan said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons