Melangkah masuk ke dalam kedai buku mata tidak berkelip terpandang topik utama cover
majalah Solusi isu 65 'Sementara AYAH Masih Ada'. Minda menerawang
terbayang wajah sahabat KRUT yang baru diziarahi sebentar tadi, 28
Februari 2014 di Kampung Simpangan. Ayahnya telah kembali ke rahmatullah
pada 21 Februari 2014. Kemudian wajah seorang lagi sahabat KRUT yang
berada nun jauh di Keningau sejak awal tahun ini. Ayahnya pula telah
menemui Maha Pencipta pada 18 Februari 2014. Kami bekesempatan
menziarahinya di Taman Sri Rugading, pagi 2 Mac 2014 sebelum dia balik
ke SMK Agama Keningau. Dan yang pasti, pertama kali melihat baris ayat
tersebut pasti kita akan terbayang wajah ayah masing-masing.
Ya, berbaktilah selagi ayah masih ada.
"Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)" (Surah Al-Isra' : Ayat 23 - 24)
Dan teruskan berbakti meskipun ayah telah tiada.
Daripada
Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu
meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara,
sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan
untuknya. (Riwayat Muslim)
Ya, berbaktilah selagi ayah masih ada.
"Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)" (Surah Al-Isra' : Ayat 23 - 24)
Dan teruskan berbakti meskipun ayah telah tiada.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ
الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ
يَدْعُو لَهُ
Solusi tersebut dicapai dari rak, dibelek perlahan-lahan. Belekan
terhenti pada muka surat 24, 'Tinta Ayah yang Sayang dan Marah'. Kuamati
seketika bait-bait ayat demi ayat. Macam pernah baca artikel ini. Ya,
di blog penulis http://genta-rasa.com/2014/01/20/guru-penulisan-ku-yang-pertama/
'GURU PENULISAN KU YANG PERTAMA'. Tak sama, tapi serupa. Pengorbanan,
kesungguhan, cara, kaedah dan teknik seorang ayah mendidik anaknya agar
menjadi insan yang berilmu diadun kemas oleh penulis.
Namun terkadang kita tidak mengerti 'cara' ayah. Dek tak mengerti kita
memberontak dan 'marah-marah'. Kita jadi buta. Buta mata hati.
Pada tarikh yang sama 21 Februari, nenek salah seorang ahli PSST juga
pergi menyahut panggilan Ilahi di Kampung Kuoluan. Sewaktu pergi ziarah
pada 23 Februari 2014, kami bersembang dengan emak sahabat sementara
menanti sahabat pulang ke rumah selepas berurusan di pekan berhampiran.
"Pada hari ibu meninggal makcik tiada di rumah. Makcik berada di
lapangan terbang. Makcik mahu ke Sandakan untuk melawat anak yang
dimasukkan ke wad kerana masalah kandungan. Sebelum berangkat ke KKIA
makcik jumpa ibu dan bagi ibu minum. Melihat keadaan ibu yang agak lemah
dalam hati makcik berbisik 'janganlah ibu meninggal ketika makcik tiada
di sini'. Penerbangan makcik sepatutnya jam 12 lebih namun, sehingga
jam satu lebih penerbangan makcik tidak dipangil-pangil. Lantas makcik
rujuk kepada pihak yang berkenaan. Rupanya makcik tersalah tempat
menunggu, ke Tawau. Makcik diberi tiket baru penerbangan jam enam lebih.
Jam lima lebih makcik menerima panggilan telefon dari anak di rumah
yang memaklumkan ibu dah meninggal. Makcik terdiam sketika. Innalillahi
wa inna ilaihi raji'un. Makcik membatalkan niat ke sandakan. Makcik
balik ke rumah menemui sekujur tubuh ibu yang sudah tidak bernyawa lagi". Emak sahabat bercerita dengan suara yang sayu.
"Makcik bersyukur ibu diberi hidayah memeluk Islam dua minggu sebelum
ibu meninggal. Hasrat ini pernah kami usahakan dua tahun sebelum ini.
Namun usaha tersebut terhenti begitu sahaja apabila ibu jatuh sakit". Tambah emak sahabat lagi dengan wajah yang lebih ceria.
Tazkiah, buat ketiga-tiga sahabat yang terbabit. Semoga roh ayahanda/nenda kalian
dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tabahlah menghadapi ujian ini.
Terima kasih tuan rumah
Meeting....meeting...meeting....di mana jua, ambil kesempatan...
Renungan:
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
( Surah Ali Imran ayat 185 )
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah al-A'raf ayat 34)
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun
kamu berada dalam
kubu yang
kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2014/03/takziah.html
0 comments:
Post a Comment