PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, March 20, 2014

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan

Poster Qiamullail Perdana Februari PSS & KRU Putatan

Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah. Qiamullail Perdana Februari baru sahaja melabuhkan tirainya.
Pada bulan ini jumlah peserta mencatat sebanyak 197 orang peserta termasuk AJK yang terlibat dalam menyertai Qiamullail Februari kali ini. Qiamullail kali ini membawa tajuk Kuch Kuch Hota Hai bersempena dengan bulan kecintaan.

Seperti biasa, pada hari Sabtu (22/2/14), peserta mula mendaftar pada jam 4 petang.


Peserta Muslimat mendaftar.

AJK Pendaftaran & Jualan Muslimin.

Seterusnya, pada jam 5:15 petang, peserta dikumpulkan di ruang utama dan diberi sedikit taklimat tentang tentatif program sepanjang 2 hari 1 malam oleh Abang Azlan.




Kemudian taklimat berakhir dan semua peserta dan AJK menunaikan solat Maghrib berjemaah.


Selepas solat Maghrib, peserta dan semua yang terlibat membaca Mathurat secara berjemaah sementara menunggu waktu solat Isya'.

Seusai solat Isya', peserta menikmati makanan yang disediakan oleh AJK Makanan.



Program diteruskan lagi dengan slot yang ditunggu-tunggu iaitu Forum 'Sweetnya Cinta!' yang berpanelkan ustaz jemputan iaitu Ustaz Jumat dan isteri beliau Puan Normi. Manakala dimoderator oleh Pengerusi PSS  Cawangan Putatan iaitu Akhi Hasmadi Hasbi.

Sedikit penerangan mengenai latar belakang ahli panel jemputan yang disampaikan oleh Pengerusi KRU Putatan,

Ketibaan ahli panel dan moderator.

Forum santai yang disampaikan oleh Ustaz Jumat & isterinya, Puan Normi.


Para peserta yang khusyuk menghayati apa yang disampaikan semasa forum berlangsung.

Cenderamata yang disediakan khas untuk ahli panel & maderator. >,<

Sesi Q&A di akhir slot forum.



Penyampaian cenderahati kepada moderator & ahli panel jemputan.

Seterusnya, sebelum peserta tidur dan bersedia untuk berqiamullail pada keesokan harinya, slot terkakhir pada malam itu ialah slot muhasabah yang disampaikan oleh Kak Shahidatul Maisarah, PSS Putatan.


Kemudian peserta diminta tidur dan bersedia untuk bangun berqiamullail pada jam 2.30 pagi. Bagi Qiamullail Februari, KRU Putatan membuat sedikit kelainan dengan meghidupkan qiamullail di kawasan luar masjid mengikut kumpulan. Pelbagai pengalaman telah diperolehi oleh peserta-peserta Qiamullail Februari.

Keesokan harinya, selepas solat subuh, peserta diberi kelonggaran masa untuk berehat seketika sebelum menyambung slot seterusnya iaitu slot riadah.



Slot Riadah Muslimin.

Slot Riadah Muslimat.

Dan akhir sekali, slot fotografi sebelum bersurai.



Tahniah semua! Semoga istiqamah! :)


Album penuh Qiamullail Perdana Februari PSS & KRU Putatan, KLIK SINI

Takbir!!


sumber: http://kruputatan.blogspot.com/2014/03/qiamullail-perdana-pss-kru-putatan.html



0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons