PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, March 20, 2014

Qiamullail Mac & BPO KRU Tuaran 2014

Sewaktu sampai ke SMK Badin kami berselisih dengan Timbalan Pengarah Qiamulllail Mac dan krew-krewnya hendak pergi ke pekan. Ada barang keperluan yang hendak dibeli agaknya.

Seperti yang dirancang jam 5.30 petang masa makan untuk semua peserta dan AJK qiamullail di dewan makan. Kena ikut waqi' setempat.

Waktu Maghrib dah sampai namun bayang peserta yang ada masih tidak seperti yang diharapkan. Mana semua penghuni asrama? Dah Maghrib masih tak turun ke surau lagi? Pelik.

Lantas beberapa orang penghuni asrama memaklumkan semua penghuni asrama dah balik kampung kecuali mereka. Ada pengumuman sehari sebelum tarikh qiamullail, pelajar asrama dibenarkan balik kampung atas sebab-sebab tertentu. Patutlah. Pasrah.

Apa pun aktiviti qiamullail berlangsung seperti yang telah dirancang. Alhamdulillah.
 
Namun hati hiba mendengar perkhabaran MH370. Moga semua anak kapal dan penumpang berada dalam keadaan selamat. Allah jugalah sebaik-baik tempat bergantung.

Kuliah Maghrib daripada Ustaz Razlie
 Syukran Ustaz Nawwar atas ceramahnya :
"Tanggungjawab sebagai Remaja Islam"
  Slot Muhasabah
Mesyuarat Post-moterm
Rehat sebentar selepas beriadah pagi itu..
Syukran kak Titit atas sarapan pagi yang sungguh menyelerakan itu :)


Seusai program Qiamullail, Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRU Tuaran pula diteruskan.

Penyerahan fail kepada Pengerusi KRUT 2014/15
Penyerahan fail kepada Setiausaha KRUT 2014/15
Penyerahan fail kepada Bendahari KRUT 2014/15
Penyerahan fail kepada Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan KRUT 2014/15
Penyerahan fail kepada Lajnah Penerbitan & Informasi KRUT 2014/15
Penyerahan fail kepada Lajnah Sukan & Kebudayaan KRUT 2014/15
  Penyerahan fail kepada Lajnah Ekonomi KRUT 2014/15
Jom berta'aruf...


Kesimpulan daripada modul Ta'aruf. Syukran kak Eva  :)
Sesi forum : Berkongsi pengalaman dan harapan. Moga ada manfaatnya :)
Sesi penerangan tugas sebagai MT dan Lajnah KRUT
Setiap lajnah diberi peluang merancang aktiviti mereka untuk setahun ni.
 Pembentangan daripada Lajnah Ekonomi
Pembentangan daripada Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan
Pembentangan daripada Lajnah Penerbitan & Informasi
Pembentangan daripada Lajnah Sukan & Kebudayaan
Minum pagi yang sangat special daripada AJK Makanan :)
Ucapan Pengarah Program
Ucapan Perasmian & Penutupan
Ucapan Pengerusi KRUT 2014/15. Agak sempoi di situ..
Tahniah & Takziah kepada semua MT & Lajnah KRUT 2014/15


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

(As-Saff : 4)


sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2014/03/qiamullail-mac-bpo-kru-tuaran-2014-smk.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons