PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Saturday, February 16, 2013

Nadwah Kepimpinan KRU Beaufort 2013


Assalamualaikum. Alhamdulillah, KRU Beaufort telah selamat menjalankan suatu program berkisarkan kepimpinan yang dikendalikan oleh Saudara PSS Hasmadi Hasbi. Nadwah kepimpinan ini adalah salah satu program di mana perancangannya dilakukan last-minute iaitu 2 hari sebelum program berjalan , namun dengan kuasa Allah yang Maha Esa , program ini mendapat sambutan yang agak di luar jangkaan pihak KRUB. Program ini mendapat penyertaan seramai 35 orang dan telah dilakukan di Masjid Daerah Pekan Beaufort pada 9 Februari 2013.Pasti tertanya-tanya juga dalam diri apakan maksud 'Nadwah' itu ? Menurut yang diberitahu kepada kami , nadwah itu bermaksud mesyuarat atau program. Perkataan Nadwah ini lebih unik digunakan kerana lebih nampak spesifik dan menarik.Seterusnya , saksikanlah segala gelagat yang ada dalam Nadwah Kepimpinan KRU Beaufort.Masa pendaftaran.

AJK Pendaftaran. Harap jangan keliru, mereka bukan 'kembar'. hee~

Pendaftaran awal peserta.

Sepanjang sesi perkongsian ilmu berlangsung.

" THE 360' LEADER " modul yang telah disediakan oleh penceramah kami pada hari tersebut. Antara isi-isi kandungan yang terdapat dalam modul tersebut ialah :
  1. 7 mitos memimpin.
  2. Cabaran pemimpin 360'.
  3. Prinsip pemimpin 360' memimpin pegawai atasan.
  4. Prinsip amalan pemimpin 360' memimpin rakan sejawat.
  5. Prinsip amalan pemimpin 360' memimpin orang bawahan.
  6. Nilai pemimpin 360'.
  7. Bonus : Wujudkan suasana yang membolehkan pemimpin 360' beraksi.
Untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam tajuk-tajuk kecil tersebut , bolehlah hubungi saudara PSS Hasmadi Hasbi di talian laman muka buku beliau. 
Sesi Kenal-Mengenali. 

Sebelum kuliah dimulakan , Fasi kami mengarahkan kami untuk saling mengenali antara satu sama lain. Cara bertaaruf kami pada kali ini agak menyeronokkan apabila kami diberikan sekeping kertas , lalu diarahkan untuk menulis nama di atas kertas tersebut , dan mengarahkan orang lain untuk menulis kebaikan dan keburukan diri kami di atas kertas tersebut sewaktu sesi taaruf berlangsung.

Sesi Taaruf.* fikir , fikir ! ^^
Sesi Kuliah bermula.

Selepas sahaja sesi bertaaruf selesai , maka Fasi kami pun memulakan modul 'THE 360' LEADER'.

Cikgu kami (:

Sepanjang sesi kuliah berlangsung. *kuliah ek.

Masing-masing tekun mendengar kata-kata cikgu.
Gelak ketawa menceriakan Nadwah Kepimpinan KRUB pada hari tersebut. Nadwah kepimpinan ini tidak hanya setakat kuliah , kuliah dan kuliah. Fasi kami telah menyelitkan sedikit 'game' sepanjang sesi perkongsian ilmu kepimpinan. 

'Game' 3 orang pemberita menceriakan program pada hari tersebut. Tiga orang pemberita dalam kalangan peserta menggamitkan suasana program dengan berita-berita yang pelik dan lucu. 

3 orang pemberita.

Pemberita 1

Pemberita ke-2

Pemberita ke-3
Usai sahaja game tersebut , program diteruskan dengan pengisian pula. 

Sebelum waktu rehat diberikan , sekeping kertas soal selidik " Inventori Minat Belajar " telah diagihkan kepada kami dan kami diarahkan untuk menjawabnya dalam masa 10 minit. Selepas 10 minit , perbincangan mengenai soal selidik pun dimulakan. Habis sahaja perbicangan dilakukan , sedikit lagi modul pengisian dilakukan lalu para peserta diberi rehat dan kembali ke bilik kuliah selesai sahaja solat Zuhur dan makan tengahari.

Makan Tengahari.

Usai solat Zuhur dan makan tengahari, sesi fotografi diadakan.

Sesi fotografi. Gelak tawa ceria kami (:
Seperti biasa, selesai sahaja sesi fotografi , fasi kami pun memulakan kembali sesi perkongsian ilmu.

Program Nadwah kepimpinan KRUB telah berkakhir pada selepas penutupan dilakukan setelah solat asar dilakukan.

Keseluruhannya,

Nadwah kepimpinan ini bukanlah satu program yang membosankan malah menyeronokkan. Banyak ilmu kepimpinan yang diperolehi daripada program ini. Alhamdulillah. Tidak rugi menyertainya. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi amalan para peserta yang datang pada hari tersebut. InsyaAllah , aaminn.

* Untuk melihat koleksi gambar Nadwah Kepimpinan , sila klik LINK INI.

Sekian sahajalah sesi perkongsian sepanjang program Nadwah Kepimpinan. Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum.

Thursday, February 7, 2013

Kem Kerohanian SM St. Michael Penampang



Pada 18-20 Januari yang lepas, satu Kem Kerohanian telah dianjurkan oleh SM St. Michael Penampang. Kem Kerohanian ini dianjurkan bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 5 terlibat dalam program tiga hari 2 malam ini. 5 orang fasilitator daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah dijemput untuk mengendalikan pengisian kepada 24 pelajar muslim yang terlibat.

Pengisian untuk pelajar Muslim bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Us Mohd Yaakob. Selesai sesi ceramah, slot seterusnya dikendalikan oleh barisan fasilitator daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Sdr. Azizul Julirin merangkap setiausaha Agung PSS Pusat memberikan sedikit taklimat kepada peserta program.

Pada hari kedua, program dimulakan dengan Qiamullail. Slot ini dikendalikan oleh saudari Syahmi. Walaupun ada di kalangan peserta yang pertama kali mendirikan Qiamullail. Namun agak mudah mengajak mereka kerana ramai di kalangan peserta yang begitu seronok melakukan sesuatu perkara yang baru bagi mereka. Selepas selesai solat subuh, sesi riadah dikendalikan oleh fasilitator. Riadah pada pagi itu mendedahkan kepada para peserta tentang syariat di dalam Islam. Beberapa permainan telah dirancang untuk memudahkan lagi kefahaman mereka tentang syariat yang perlu dipatuhi dalam agama Islam.

Dua Kuliah Dasar yang berkisar tentang akidah dan akhlak sebagai seorang muslim telah disampaikan kepada peserta. Selepas kuliah dasar, mereka diberikan latihan dalam kumpulan (LDK) untuk menambah lagi kefahaman mereka. Pada malam terakhir program ini, malam kebudayaan telah diadakan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta tentang kesenian dan adab berhibur dalam Islam. Dalam setiap persembahan, diselitkan juga pengajaran-pengajaran yang perlu untuk mereka fahami.

Aktiviti terakhir yang diadakan dalam program ini ialah explorace. Explorace yang menggabungkan 4 stesen ini telah menguji dan memberi kefahaman peserta berkenaan taharah, ibadah, akidah dan akhlah muslim. Para peserta sangat seronok menjalankan aktiviti explorace disamping mendapat pelbagai input berkenaan agama Islam. Selesai aktiviti explorace, majlis penutupan ringkas didadakan bersama pelajar-pelajar Muslim sahaja. Beberapa anugerah telah disampaikan seperti anugerah peserta progresif, peserta berdisiplin, dan anugerah peserta terbaik keseluruhan. Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada mereka disamping memberi motivasi kepada peserta lain.

Persatuan Siswazah Sabah (PSS) merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada SM St Michael Penampang atas kesudian menjemput pihak kami untuk mengendalikan pengisian dalam Kem Kerohanian pada tahun ini. Semoga para peserta dapat menghadam sedikit sebanyak segala ilmu yang telah disampaikan dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.


 


  







Monday, February 4, 2013

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Januari 2013.


Assalamu'alaikum, Maulidul Rasul merupakan hari yang amat bermakna buat seluruh umat islam, diatas kelahiran insan yang amat bermakna dan wajar kita contohi, kecintaan dan kerinduan itu perlu kita sematkkan dalam jiwa, kerana dialah Rasul persuruh Allah yang telah banyak berkorban demi Islam.

Qiamullail kali ini bertemakan "Demimu Rasulullah SAW" bersempena dengan Maulidul Rasul, yang akan berlangsung bulan ini pada 24 Januari 2013, mendalami bagaimana pejuangan Rasulullah serta pegorbanannya dalam berjihad menegakkan Islam, dan melahirkan rasa Cinta dan Rindu akan Rasulullah, agar kita sedar batapa pentingnya kita memperingati Rasulullah.

Qiamullail kali ini diadakan pada 19-20 Januari bertempat di SMK Tansaupenyertaan kali ini adalah seramai 80 peserta.

Ayuh kita ikuti perjalan program ini~

Seperti biasa pendaftaran amatlah diperlukan sebelum memulakan program Qiam nhe..

Bahagian Pendaftaran. Para AJK Pendaftaran siap sedia menjalankan tugas :)

Peserta mula mendaftar dan penyertaan bersih secara keseluruhan adalah 80 peserta yang mendaftar Alhamdulillah~ :)

Melalukan sesuatu tugasan secara jema'ah lebih baik daripada bersendirian. Sesi pembahagian kumpulan setiap peserta.

Bagi melancarkan program peserta perlu diberikan sedikit taklimat tentang program ini yang akan disampaikan oleh kemkom program [abg Hasmadi].

Tentatif berikutnya sembang Ilmiah yang bertajuk 'Rasulullah Pembawa Rahmat' bersama penceramah jemputan Ustaz Nazri dari Sekolah Pekan Putatan.
Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah.

Nyanyian lagu tema amatlah penting dalam memastikan pelajar lebih semangat dalam mengikuti program ini dan menjadi satu simbol perjalanan tema kali ini.

Bacaan Al-Mathurat banyak khafiatnya para peserta dibimbing membaca al-Mathurat moga-moga mereka menjadikan bacaan al-Mathuat ini sebgai rutin harian mereka :)

Tidak ketinggalan perkara paling penting adalah menyediakan makan untuk para peserta dan AJK
tanpa AJK Makanan ini peserta dan AJK yang lainnya tidak akan kelaparan. Terima Kasih atas penyedian makanannya. Alhamdulillah~ no komen cuma pujian sahaja, sangat sedap :)

Masa untuk makan malam ^0^


Sedikit perkongsian dan pengisian buat peserta untuk menghayati sajak bertemakan Rasulullah :'(
sangat menyentuh hati para peserta dan AJK, SubhanAllah, kami Cintamu Rasulullah~

click here for more photo
Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Januari 2013

Selawat ke atas nabi wajar kita amalkan, moga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak, sekali kita berselawat kepadanya 10 kali Allah berselawat kepada kita. Sesi Pergulungan & Refleksi diserikan lagi dengan Persembahan Qasidah dari Non-Stop Da'ie Anthem (NSDA) dengan gabungan Nasyid dari SMK Tansau. Selawat "Solatun Bissalmil Mubin".

Jadikanlah Rasulullah sebagai Idola kita, ikuti segala perbuatan dan percakapan baginda,
ikuti sunnahnya dan hadisnya, kerana semua itu adalah dari Allah SWT.

Sumber : http://kruputatan.blogspot.com/2013/01/qiamullail-perdana-januari-2013.html

Friday, February 1, 2013

Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRU Tuaran 2013

27 Januari 2013 - Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi program anjuran PSS dan KRU Tuaran iaitu Bengkel Pengurusan Organisasi(BPO) KRUT. Program BPO ini merupakan satu program tahunan yang terpahat pada takwim tahunan KRUT. Seramai kira-kira 15 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang muslimat dan hanya 3 orang muslimin."Apa sudah jadi?". Begitulah ungkapan yang diucapkan oleh sesetengah pihak yang kesal dengan bilangan penyertaan muslimin dalam BPO kali ini. Peserta BPO adalah terdiri daripada pemegang-pemegang amanah dalam setiap lajnah di dalam carta organisasi KRUT.

Berlainan dengan program-program KRUT yang lain, BPO merupakan satu program khas yang bertujuan untuk memberi penerangan, penekanandan melatih para ahli yang dilantik dalam setiap lajnah untuk menjalankan tugas masing-masing dengan lebih teratur. Terdapat empat lajnah ataupun badan utama dalam carta organisasi KRUT. Antaranya ialah Lajnah Sukan dan Kesenian, Lajnah Media dan Informasi, Lajnah Ekonomi, dan Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan yang merupakan lajnah terpenting dan merupakan tunggak utama dalam organisasi KRUT selepas Majlis Tertinggi KRUT (MT KRUT).

Menyedari akan hakikat pentingnya sebuah sistem pentadbiran yang sistematik dan tersusun, KRUT sebagai sebuah NGO dan juga merupakan sebuah badan dakwah terbesar di Sabah ini tidak ketinggalan untuk mengambil inisiatif ini untuk memperkemaskan lagi pengurusan organisasi. Atas dasar itu, BPO yang telah dijalankan ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menjadikan KRUT khususnya sebuah organisasi yang tersusun dan cemerlang.Hal ini bertepatan dengan ayat Al-Quran didalam surah as-Saff ayat 4 :
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Bengkel Pengurusan Organisasi(BPO) pada tahun ini dimulakan dengan ceramah kepimpinan yang telah disampaikan oleh ustaz Zaiem Al-Hilmee yang bertajuk"3 in 1" (Kepimpinan, Pengurusan Organisasi & Komunikasi Berkesan). Terdapat tiga aspek utama untuk melahirkan sebuah pentadbiran ataupun pengurusan yang sistematik yang dikupas di dalam ceramah ini iaitu
1.Jihad yang berterusan
2.Iman yang mendalam
3.perancangan yang rapi

Ketiga-tiga aspek ini penting untuk melahirkan sebuah Tanzim(organisasi) yang cemerlang yang dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan hasil kerja yang cemerlang untuk tunduk kepada perintah Yang Maha Esa.

Terdapat juga beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang program seperti Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang bertajuk "Simpulan Mahabbah". Dalam aktiviti ini, setiap peserta diarahkan untuk duduk di dalam sebuah bulatan. Seterusnya, setiap peserta diminta untuk melilitkan benang yang telah disediakan di jari masing-masing setiap kali soalan diajukan kepada individu tersebut. Selesai soalan, benang hendaklah dibaling kehadapan untuk giliran peserta yang seterusnya. Akhir sekali, setelah kesemua peserta selesai melalui proses yang dijelaskan sebentar tadi, fasilitator yang dilantik akan meletakkan kerusi pada jaringan bebenang yang tercipta pada aktiviti tersebut.Bilangan kerusi akan terus ditambah selagi bebenang tadi tidak putus. Proses ini menyaksikan beberapa siri kesakiran yang dirasai oleh peserta akibat menanggung berat kerusi tersebut sekaligus menguji ukhuwwah diantara peserta. Pada akhir aktiviti ini, pengajaran yang dapat diambil oleh setiap peserta ialah 'sebuah kerja yang berat dan tidak mampu untuk dibuat berseorang diri akan terlaksana jika dilakukan secara beramai-ramai'.

Akhirukalam, KRUT berharap agar segala usaha yang dilakukan ini akan membuahkan hasil dan juga mendapat keredhaan Allah kerana inilah matlamat sebenar sesebuah perjuangan.

Sekian, wassalam.
Ceramah oleh Ustaz Zaiem
Sakit tak?
Tahan,,,,,tahan,,,,,
Hah,benang dah putus,,,,,
AJK
Sibuk menguruskan fail MT & lajnah masing-masing
Apa cogan kata kita?
Para juri

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons