PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, December 25, 2011

Mengimbas Kembali ISCKB'11

Assalamualaikum warahmatullah.. Masa terus bergerak dan tidak pernah menunggu kita. Sudah dua minggu tahun 2011 meninggalkan kita. Jika diimbas kembali, terlalu banyak nikmat kurniaan Allah terhadap kita. Nikmat iman dan Islam, nikmat rezeki, nikmat dan ukhuwwah dan pelbagai lagi nikmat yang pastinya tidak akan pernah mampu dihitung oleh kita. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk bersyukur. Alhamdulillah. Detik-detik terakhir 2011 yang lalu telahpun ditutup dengan program Islamic Summer Camp Gabungan Kota Belud-Kota Marudu pada tanggal 23 Disember hingga 25 Disember yang lepas. Rumah Anak Yatim Darul Bakti telah menjadi saksi berkumpulnya anak-anak muda dari sekolah menengah sekitar Kota Belud yang mantap-mantap belaka. Turut bergabung...

Sunday, December 18, 2011

Islamic Summer Camp (ISC) G5 2011

Kenangan ISC G5 Ikrar Remaja Islam! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sekali lagi, tahun 2011 mencatatkan penganjuran Islamic Summer Camp Generasi 5 (G5). Satu pembaharuan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah nama program. Namun demikian, objektif dan matlamat program tetap sama iaitu bagi membentuk remaja Muslim yang mampu berdakwah dan berkepimpinan. ISC G5 pada tahun ini telah diadakan di KK Adventure Park, Beringgis, Papar pada 16-18 Disember 2011. Tahun ini juga merupakan tahun kedua ISC dijalankan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Penyertaan kawasan yang terlibat dalam ISC G5 ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Sipitang dan Kundasang.Peserta muslimin yang tiba awal di tapak program. Semangat!'Kami datang...

Friday, November 25, 2011

Usrah Pertama KRU Beaufort

Alhamdulillah, empat hari seusai penubuhan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Beaufort, Allah berikan kekuatan dan kesempatan untuk mengadakan usrah pertama. Usrah bermula pada 1.30 pm hingga 4.00 pm. Pada paginya, sempat berjumpa dan mengadakan mesyuarat pertama bersama Majlis Tertinggi KRU Beaufort untuk berbincang dan merancang gerak kerja KRU Beaufort seterusnya.Kehadiran memberansangkan daripada adik-adik KRU Beaufort dengan bantuan tiga orang ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu Ustaz Syahriul Ismail, Kak Azlinah Awang dan Hasmadi Hasbi sebagai Nuqaba' pada usrah kali ini.Yang menariknya, usrah pada kali ini diadakan di bawah Jambatan Gergasi Beaufort. Antara pengisian dalam usrah kali ini ialah membincangkan tentang pengenalan kepada usrah...

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011

Alhamdulillah, setelah tamat Kem Transformasi Remaja, nampaknya, marathon program masih belum tamat, Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011 pula menyusul. Menariknya, KRIS kali ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di daerah Beaufort, Sabah. KRIS Beaufort diadakan pada 11-13 November 2011 di SMK Beaufort.Seramai lebih kurang 60 orang peserta telah mengikuti KRIS. Banyak aktivit menarik telah dijalankan sepanjang kem ini. Antaranya, perkongsian ilmu, LDK, riadah, Qiamullail, Explorace dan banyak lagi.Ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) juga turut padang untuk menjayakan kem ini yang bertindak sebagai fasilitator. Sebelum penutupan kem pada hari terakhir program, Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Beaufort telah berjaya ditubuhkanBerikut...

Kem Transformasi Remaja.

Alhamdulillah, pada 9-10 November 2011 yang lepas, berkesempatan untuk mengendalikan program Kem Transformasi Remaja, anjuran SMKA Tun Datu Mustapha, Kawang,Papar, SABAH dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bertempat di Hutan Hilir Kawang, Papar, SABAH.Peserta kem ini terdiri daripada lebih kurang 60 pelajar=pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara modul menarik yang diramuankan dalam kem ini adalah seperti Langkah Senada, Aeroplane, Di mana ku berdiri? , Slot Muhasabah, Kembara Malam dan banyak lagi..Pada hari kedua, salah seorang fasilitator iaitu Abg Amin dikejutkan dengan nyanyian Doa Selamat sempena tahun kelahirannya yang ke-25 tahun.Semoga adik-adik dapat manfaat...

Saturday, November 19, 2011

Qiamullail November 2011 KRU Beaufort

Pendaftaran juga boleh dibuat di si...

Thursday, November 17, 2011

Islamic Summer Camp 2011

...

Thursday, November 3, 2011

Kem Remaja Islam Beaufort

&nbs...

Friday, October 14, 2011

Qiam Datang Lagi!!!

Assalamualaikum wrt wbt..Insya'ALLAH, QIAM KB akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22- 23 0kT (Sabtu-Ahad)Masa daftar : 2 pm (22 Okt)Tempat : Masjid KBYuran : RM2"Apabila kamu berasa letih kerana berbuat KEBAIKAN, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan KEBAIKAN yang dilakukan akan terus KEKAL.Sekiranya kamu berseronok dgn DOSA, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan DOSA yang dilakukan akan terus KEKAL." (Saidina Ali r.a)Terbuka kpd SEMUA... Sesiapa yang berminat, sila hubungi : Mohd Haq Azhar (0143533107) bagi Muslimin, Sarah @ Roha (0135527307) bagi Muslimat.~Jom Ramai2 mengImarahkan Masjid Kita~...

Wednesday, September 28, 2011

Program Qurban & Aqiqah Persatuan Siswazah Sabah 2011 ~ PSS KK

Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu. Kini Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang tiba. Ayuh lipatgandakan amal ibadah kita dengan menyertai kami, Persatuan Sisawazah Sabah dalam Program Qurban & Aqiqah PSS 2011. Apa tunggu lagi? Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut....

Friday, August 12, 2011

Jom menyumbang : 1 KAMPIT BERAS, 1 KG GULA, 1 KG TEPUNG

...

Wednesday, August 3, 2011

Kem Remaja Cemerlang : Saya muslim berjaya!

Alhamdulillah, pada 30-31 julai yang lepas bersamaan dengan 28 dan 29 Syaban 1432 Hijrah, PSS dan KRU Cawangan Kota Belud telah mengadakan program Kem Remaja Cemerlang kali ketiga dengan jayanya. Segala syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dengan kekuatan yang Allah berikan kepada semua ajk KRC2011 ini, program kali ini berlangsung dengan baik. Program dua hari satu malam ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari semua sekolah sekitar Kota Belud. PSS dan KRU KB juga mengucapkan terima kasih diatas kesudiaan para peserta dari Pitas seramai 16 orang yang sanggup datang bagi menjayakan program.Tidak lupa juga kepada Tahfiz AlQuran Bestari Kota Belud yang sudi menerima kedatangan kami, besar tapak tangan insyaAllah syurga Allah janjikan. KD...

Wednesday, June 15, 2011

Usrah : Nadi Jemaah

Salam Bumi dibawah bayu. Alhamdulillah, pelbagai nikmat masih lagi dirasai. Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Mudah-mudahan itu yang diharapkan. Cuti sekolah adik-adik pun telah berahkhir, cuti ini pelbagai program diadakan untuk membantu dan membentuk kefahaman sahabat dan adik-adik tentang Islam. Dari KRIS ke Program Kem sayangi daku semuanya mengajak kita kembali pada fikrah agama yang sebenar. Alhamdulillah dan Insya Allah KRIS Sepitang bakal menyusul pada 17-19 Jun 2011 ini. Jadi kepada yang berkelapangan bolehlah ringankan badan mudahkan langkah ramai-ramai join KRIS Sepitang. Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi dalam mood cuti kampus, semoga masih setia untuk turun ke usrah. Cuti bukanlah rehat untuk jasadiah semata-mata, namun manfaatkan ia untuk kepentingan Islam. Ana yakin...

Friday, May 27, 2011

CUTI OH CUTI!!!!!

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang dengan izinNya memberi begitu banyak nikmat yang tidak terhingga. Kepada sahabat-sahabat, adik-adik dan rakan pembaca, didoakan semoga dalam keadaan sihat fizikal dan rohani. Sihat iman dan meningkat taqwa. Bahawa liku perjuangan ini satu jalan yang bukan untuk dipermainkan, satu jalan yang belum ada penghujungannya setelah ia bermula ribuan tahun yang lalu. Lalu itulah pesan Syed Qutb kepada adiknya saat syahid menunggu ditali gantung dalam kalam warkah terakhirnya. "Wahai adikku, perjuangan ini akan menjadi berat dan menakutkan andai kau merasakan dirimulah sebagai pemula dan pengakhirnya perjuangan, ketahuilah kita ini hanya mata rantai yang apabila tiba masanya akan pergi, akan...

Tuesday, May 17, 2011

Kem Sayangi Daku : Siapa Sayang Saya? Siapa Saya Sayang?

Alhamdulillah, nampaknya keberadaan & kredibiliti Persatuan Siswazah Sabah (PSS) sekali lagi teruji dan dirasai dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama terutama di bumi Sabah.Baru-baru ini pada 13-15 Mei 2011, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Likas, Sabah telah meletakkan kepercayaan kepada pihak PSS untuk bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam dan Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS) SMKP Likas menganjurkan Kem Sayangi Daku (Fasa 1/2011) dengan bertemakan "Ke Arah Pembentukan Insan Solehah."Kem ini telah disertai lebih daripada 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMKP Likas sendiri. Ia juga dijayakan dengan bantuan daripada ahli PSS dan BALKIS.Pelbagai aktiviti telah...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons