Salam Bumi dibawah bayu.
Alhamdulillah, pelbagai nikmat masih lagi dirasai. Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Mudah-mudahan itu yang diharapkan. Cuti sekolah adik-adik pun telah berahkhir, cuti ini pelbagai program diadakan untuk membantu dan membentuk kefahaman sahabat dan adik-adik tentang Islam. Dari KRIS ke Program Kem sayangi daku semuanya mengajak kita kembali pada fikrah agama yang sebenar. Alhamdulillah dan Insya Allah KRIS Sepitang bakal menyusul pada 17-19 Jun 2011 ini. Jadi kepada yang berkelapangan bolehlah ringankan badan mudahkan langkah ramai-ramai join KRIS Sepitang.
Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi dalam mood cuti kampus, semoga masih setia untuk turun ke usrah. Cuti bukanlah rehat untuk jasadiah semata-mata, namun manfaatkan ia untuk kepentingan Islam. Ana yakin dan percaya, disekitar kawasan kita masih banyak usrah-usrah yang belum digerakkan lantaran kekangan masa dan komitmen ahlinya sendiri. ana teringat pesan seorang sahabat katanya dengan menggerakkan usrah InsyaAllah banyak perkara yang berada didalam Jemaah akan dapat diselesaikan.
Usrah ruang untuk kita memimpin, mendidik diri, membentuk jati diri dan sekali gus membina ukhuwah Islami yang utuh. Usrah peluang untuk kita berbincang dan berkongsi. Kemampuan Usrah dalam membentuk jiwa yang utuh bukan lagi satu keraguan. Bermula dari Usrah yang kecil inilah terbentuknya Negara Islam yang pertama 1400 tahun dahulu. Melalui Usrah inilah, wujudnya Gerakan Islam yang digeruni Dunia sehingga kini.
Sahabat yang dimuliakan Allah, Usrah: nadi jemaah. Usrah yang efektif akan memberi kesan dan melahirkan individu yang hebat dunia dan akhirat. Usrah mengikat kita untuk sentiasa meletakkan taqwa dihadapan. Bersama sahabat yang cintakan Islam dan usrah, ana yakin dan percaya kita menjadi kuat dan ragu untuk melakukan maksiat. Pebentukan nilai dalaman melalui peringatan demi peringatan yang disampaikan dalam usrah memberi kesan yang positif kepada diri dan banyak mengubah jiwa yang dahulunya cenderung kepada yang batil kembali kepada yang Haq kerana misi Islam yang paling besar adalah menyelamat aqidah manusia.
Kesimpulannya, semoga semua sidang pembaca dan sahabat-sahabat khususnya sahabat PSS agar kita memainkan peranan kita sebagai ahli usrah. Sumbangkanlah sedikit untuk pulangan yang besar. Andai kita nuqobo' diharapkan mula menggerakkan Usrah sedia ada, andai kita ahli jangan memilih siapa nuqaba kita, tegur kak dan abang naqib seandainya lama tidak menjalankan usrah. Kempen Usrah Nadi Jemaah!!!!!!!!! Jom Usrah!!!!!!!!!!!!!!!
Roadshow Ramadan 2017 PSS KRU Kota Belud
7 years ago
0 comments:
Post a Comment