PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, January 2, 2012

Happy Circle KRUKK

Muslimin KRUKK dan PSS 

Alhamdulillah, selang beberapa hari selepas Tahun Baru 2012 disambut, Kelab Remaja Ukhuwwah(KRUKK) bersama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah membuat satu program khas untuk ahli KRUKK dan PSS bagi merapatkan ukhuwwah dan membina sillaturrahim baru bersama ahli dan pimpinan baru dalam KRUKK dan PSS.

Program ini telah dinamakan sebagai “Happy Circle” dan membawa maksud iaitu satu keluarga Islam yang bersaudara tidak kira warna kulit, pangkat, darjat, umur, bahasa dan bangsa. Program ini telah dibuat pada 2 Januari 2012 bertempat di Taman Awam Teluk Likas yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Kehadiran ahli KRUKK dan PSS memang memberansangkan. Beberapa aktiviti yang dibawakan ialah aktiviti Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS, Tazkirah Pagi, Puzzle, Orang Buta dan BBQ.

Beberapa ahli PSS yang hadir iaitu Saudara Mohd Zulhilmey, Saudara Azizul, Saudara Mohd Fanshuri, Saudara Fezri, Saudara Arif, Saudara Arif dan Saudara Akmal.

Program ini bermula dengan aktiviti Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Tazkirah yang bertajuk Jihad dibawakan. Muslimin dan muslimat yang hadir khusyuk mendengar tazkirah dari beliau. Dengan perwatakan Saudara Mohd Zulhilmey yang lawak spontan, memang tak kering gusi setiap ahli yang mendengarnya.

Tamatnya Tazkirah, slot Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS pada jam 8.30 pagi diteruskan dan diketuai oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Sesi Ta’ruf ini dibuat secara berasingan antara muslimin dan muslimat. Saudari Rusneyni mengendalikan ta’ruf muslimat dan Saudara Mohd Zulhilmey pula mengendalikan ta’ruf muslimin.

Setelah sesi ta’ruf selesai. Aktiviti seterusnya diikuti dengan aktiviti BBQ yang diketuai oleh Saudara Azizul dan Saudara Fanshuri. Mereka sangat tekun memanggang ayam-ayam yang sudah siap dengan ramuannya.

Aktiviti Puzzle dan Orang Buta pula dibuat sementara menunggu ayam yang dipanggang itu siap. Aktiviti Puzzle ini diketuai oleh Saudari Rusneyni bagi muslimat dan Saudara Renifezri bagi muslimin. Pelaksanaan aktiviti iaitu sekeping kertas mahjong dan satu pen maker diberikan kepada setiap kumpulan.

Seterus itu, ahli kumpulan diarahkan untuk lukis apa sahaja karakter dalam kertas tersebut. Setelah itu, ahli kumpulan akan bertukar kertas dan kertas itu akan dikoyakkan secara keping-kepingan oleh ahli kumpulan yang lain. Dan diberikan semula kepada ahli kumpulan yang asal dan setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk memasang semula keping-kepingan tersebut.

Dengan angin yang membayu di dasar laut, memang mencabar kesabaran setiap ahli kumpulan untuk menyelesaikan Puzzle ciptaan mereka sendiri.

Aktiviti Orang Buta pula dibuat sejurus tamatnya aktiviti Puzzle. Cara pelaksanaan aktiviti ini ialah setiap ahli kumpulan diberi 5 biji gula-gula. Seterusnya, seorang dari ahli kumpulan dipilih untuk dijadikan sebagai Orang Buta. Orang yang dipilih perlu berada di tengah bulatan dan ditutup matanya dengan kain selendang atau dengan apa cara sekalipun.

Selepas itu, Orang Buta tersebut akan dipusingkan selama 3 kali. 5 biji gula-gula tersebut ditabur disekeliling bulatan dan Orang Buta diminta untuk mencari. Arahan untuk Orang Buta mencari gula-gula tersebut dengan mendengar arahan dari ahli kumpulan yang lain. Allahuakhbar ke depan, Alhamdulillah ke belakang, Lailllahaillallah ke kanan dan Subhanallah ke kiri. Ahli kumpulan akan memberi arahan dan Orang Buta perlu mendengar arahan.

Selesainya kesemua aktiviti tersebut, tepat pada jam 11 pagi semua ahli yang hadir menjamu selera ayam panggang yang sudah selesai dipanggang. Pelbagai gelagat yang lucu dapat dilihat tidak kira dari abang-abang mahupun kakak-kakak yang hadir.

Jam 12 tengah hari, persiapan untuk solat dibuat. Kanvas dibentangkan dan kesemua ahli mengambil wudu’ samaada di tandas awam mahupun di laut. Solat zohor diteruskan tepat pada jam 12.17 tengah hari.

Setelah solat, kesemua yang hadir bersiap untuk mengemaskan segala peralatan kerana program bakal berakhir. Jam 1 petang, sesi fotografi dibuat dan diakhiri dengan ucapan dari Saudara Mohd Zulhilmey dan lambaian ukhuwwah.

Alhamdulillah, program yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Segala kerjasama yang diberikan amat-amat dihargai. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.

Terima kasih kepada PSS KK yang bersama kami dalam program ini. Semoga ikatan ukhuwwah yang dibina tidak pernah putus. Semoga Allah lihat dan makbulkan segala nilai dan niat murni ini.
Sesi Ta'ruf
Aktviti Puzzle
Pengerusi KRUKK bersama Abg PSS
BBQ
Aktiviti BBQ
Muslimat KRUKK dan PSS
Ucapan akhir dari Abg Zulhilmey

Sunday, December 25, 2011

Mengimbas Kembali ISCKB'11


Assalamualaikum warahmatullah..

Masa terus bergerak dan tidak pernah menunggu kita. Sudah dua minggu tahun 2011 meninggalkan kita. Jika diimbas kembali, terlalu banyak nikmat kurniaan Allah terhadap kita. Nikmat iman dan Islam, nikmat rezeki, nikmat dan ukhuwwah dan pelbagai lagi nikmat yang pastinya tidak akan pernah mampu dihitung oleh kita. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk bersyukur. Alhamdulillah.


Detik-detik terakhir 2011 yang lalu telahpun ditutup dengan program Islamic Summer Camp Gabungan Kota Belud-Kota Marudu pada tanggal 23 Disember hingga 25 Disember yang lepas. Rumah Anak Yatim Darul Bakti telah menjadi saksi berkumpulnya anak-anak muda dari sekolah menengah sekitar Kota Belud yang mantap-mantap belaka. Turut bergabung dengan anak-anak muda dari Kota Marudu yang kehebatan dan semangat juang mereka tidak dapat disangkal lagi. Islamic Summer Camp atau lebih mesra dipanggil ISC pada kali ini bertemakan "Remaja Cinta Dakwah, Penentu Tamadun Ummah".


Para peserta, barisan ahli jawatankuasa dan fasilitator telah berkampung selama tiga hari dua malam di Rumah Anak Yatim Darul Bakti. Tapak asal program sebenarnya terletak di Sekolah Agama Rakyat Tambulion tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksa diubah ke Rumah Anak Yatim Darul Bakti di Bobot. Syukur kepada Allah kerana masih memberikan kami tempat untuk berprogram. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Darul Bakti kerana sudi membenarkan kami menjalankan program di tempat mereka.


ISC merupakan suatu program yang membentuk kepimpinan dan melatih kita untuk menjadi seorang pemimpin. Pada hari pertama program, para peserta telah didedahkan dengan kuliah dasar pertama yang bertajuk "Aku Cinta Dakwah" dan telah disampaikan oleh Encik Fairuz Bend iaitu Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah.



Antara intisari kuliah dasar pertama ialah:
  1. Tugas dakwah tidak hanya terletak di bahu ustaz, ustazah, mufti, JAKIM dan JHEINS tetapi menjadi tanggungjawab semua orang yang beriman.
  2. Dakwah bertujuan menyeru orang yang belum beriman kepada beriman.
  3. Ia juga bertujuan menyeru orang yang telah beriman agar menghayati Islam yang benar dan lengkap.
LDK bertajuk "Ana Sayang Antum" berkisarkan kuliah dasar pertama

"Dakwah itu adalah nafas kehidupan manakala tarbiyah pula adalah sendi perjuangannya. Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah. Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari fikiran kita, perhatian kita, berjalan kita, duduk kita dan tidur kita."
-As Syahid Hassan Al Banna-


Kuliah dasar kedua pula bertajuk "Bestnya Ada Geng" yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaifuddin. Antara intisari kuliah ialah:

  1. Dakwah merupakan satu jalan yang jauh dan penuh dengan onak duri serta menuntut kita untuk berjemaah.
  2. Mustahil tugas dakwah dapat dijalankan secara bersendirian.
  3. Antara rahsia kejayaan dalam berjemaah ialah ikhlas, istiqamah, taat dan wala' (setia) kepada Allah, Rasul dan pemimpin Islam yang ikhlas berjuang kecuali pada perkara maksiat serta berdisiplin dan berakhlak mulia.

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya. Tetapi hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula! Andai terluka, ingatlah janji-Nya."
-As Syahid Hassan Al Banna-

Para peserta begitu bersemangat menjalankan LDK ke-2 yang bertajuk "Stick Together Team"


Sementara itu, kuliah dasar ketiga yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi Saifudin bertajuk "Saya Seorang Daie." Antara intisari kuliah ialah:

  1. Antara persiapan yang perlu dibuat oleh seorang daie (pendakwah) ialah persiapan rohani dan kepimpinan, persiapan ilmu, persiapan jasmani dan persiapan mentaliti.
  2. Seorang daie hendaklah mempersiapkan dirinya dengan ilmu keimanan, ilmu Al-Quran, ilmu sunnah, ilmu usul fiqh, ilmu sejarah umat Islam dan kekiniannya, ilmu bahasa Arab dan beberapa konspirasi musuh Islam.
  3. Peribadi seorang daie ialah mengenal jiwa, ikhlas, mempunyai kefahaman yang baik dalam agama, beramal dengan ilmu, selalu muraqabah dan muhasabah, mempunyai hubungan yang baik dengan Allah dan makhluk-Nya serta pergaulan yang baik dengan mad'u.
  4. Dakwah hanya akan tertegak dengan keazaman dan kesungguhan.

"Berikan aku 300 pasukan yang dada mereka tersurat ilmu pengetahuan, hati mereka berkilau-kilau dengan simbahan cahaya rohani, jasad mereka terlatih, maka ketika itu kamu ajaklah aku menembusi langit 7 lapisan, menembusi Bumi 7 petala atau menghancurkan kepala penjajah. Aku sanggup!"
-As Syahid Hassan Al Banna-


Intihanya, jazakallahu khairan kathira buat barisan ahli jawatankuasa, fasilitator, penceramah dan semua yang terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir dalam menjayakan ISC pada kali ini. Jutaan terima kasih kepada para peserta dan mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang program dijalankan. Tidak kira barisan ahli jawatankuasa mahupun peserta, manfaatkanlah mutiara ilmu yang dikutip sepanjang program dan ayuh kita mengepung dunia dengan kebaikan. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/01/mengimbas-kembali-isckb11.html

Sunday, December 18, 2011

Islamic Summer Camp (ISC) G5 2011

Kenangan ISC G5

Ikrar Remaja Islam!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekali lagi, tahun 2011 mencatatkan penganjuran Islamic Summer Camp Generasi 5 (G5). Satu pembaharuan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah nama program. Namun demikian, objektif dan matlamat program tetap sama iaitu bagi membentuk remaja Muslim yang mampu berdakwah dan berkepimpinan.

ISC G5 pada tahun ini telah diadakan di KK Adventure Park, Beringgis, Papar pada 16-18 Disember 2011. Tahun ini juga merupakan tahun kedua ISC dijalankan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Penyertaan kawasan yang terlibat dalam ISC G5 ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Sipitang dan Kundasang.
Peserta muslimin yang tiba awal di tapak program. Semangat!
'Kami datang dengan harapan!'

Untuk melahirkan kepimpinan pada masa hadapan, kita perlu melalui pelbagai suasana yang luar biasa dari kebiasaan yang ada. Program sebegini; ISC adalah salah satu cara dan kaedahnya. Segala kesusahan, kepenatan dan bermacam lagi cabaran akan mengajar kita untuk sentiasa bersabar, berkeperibadian dan optimis untuk memperbaiki sahsiah diri.

Lima tahun penganjuran ISC telah banyak melahirkan insan-insan yang mampu berdakwah dan menjadi role model kepada masyarakat di luar sana. Bukan mudah untuk berada di atas jalan ini, apatah lagi untuk terus istiqamah dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun, semua itu bukan sesuatu yang mustahil andai kita tekad dan saling ingat-mengingati antara satu dengan yang lain.
Mendengar taklimat program.
'Suapan pertama untuk sahabat'. Indahnya ukhuwah!
Malam 1 Bintang! Siok tau.
Saff yang tersusun kukuh!
Penampilan istimewa ISC, Imam Muda Ali.

Buat barisan Ahli Jawatankuasa ISC G5, fasilitator dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,jazakallah khairan kathira. Pengorbanan kalian sama ada dalam bentuk tenaga, buah fikiran, masa mahupun wang ringgit amat kami hargai. Moga Allah membalas pengorbanan kalian dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.

Sebahagian AJK yang bertungkus-lumus dalam gerak kerja.

Buat para peserta ISC G5, manfaatkanlah ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua! Once again, tahniah buat semua yang terlibat!


ISC! Dakwah itu C.I.N.T.A!

Friday, November 25, 2011

Usrah Pertama KRU Beaufort

Alhamdulillah, empat hari seusai penubuhan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Beaufort, Allah berikan kekuatan dan kesempatan untuk mengadakan usrah pertama. Usrah bermula pada 1.30 pm hingga 4.00 pm. Pada paginya, sempat berjumpa dan mengadakan mesyuarat pertama bersama Majlis Tertinggi KRU Beaufort untuk berbincang dan merancang gerak kerja KRU Beaufort seterusnya.

Kehadiran memberansangkan daripada adik-adik KRU Beaufort dengan bantuan tiga orang ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu Ustaz Syahriul Ismail, Kak Azlinah Awang dan Hasmadi Hasbi sebagai Nuqaba' pada usrah kali ini.

Yang menariknya, usrah pada kali ini diadakan di bawah Jambatan Gergasi Beaufort. Antara pengisian dalam usrah kali ini ialah membincangkan tentang pengenalan kepada usrah seperti definisi Usrah, sirah, rukun, matlamat dan adab usrah. Ianya dilaksanakan dalam format yang sangat santai.

Semoga usrah ini akan terus menjadi tunjang tarbiyyah dalam melahirkan generasi Rabbani.

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011

Alhamdulillah, setelah tamat Kem Transformasi Remaja, nampaknya, marathon program masih belum tamat, Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011 pula menyusul. Menariknya, KRIS kali ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di daerah Beaufort, Sabah. KRIS Beaufort diadakan pada 11-13 November 2011 di SMK Beaufort.

Seramai lebih kurang 60 orang peserta telah mengikuti KRIS. Banyak aktivit menarik telah dijalankan sepanjang kem ini. Antaranya, perkongsian ilmu, LDK, riadah, Qiamullail, Explorace dan banyak lagi.

Ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) juga turut padang untuk menjayakan kem ini yang bertindak sebagai fasilitator. Sebelum penutupan kem pada hari terakhir program, Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Beaufort telah berjaya ditubuhkan

Berikut merupakan organisasi KRU Beaufort :

Pengerusi : Mohd Aiman Aliming
Timb Pengerusi : Siti Nor Nabila Nadila Hassan
Setiausaha : Khadijah Hj Abdul Jais
Bendahari : Asraf Aziz
Timbalan Bendahari : Rahmah Ibrahim

Semoga KRU Beaufort terus MAJU!!
Tekan di sini & sini untuk koleksi gambar.

Kem Transformasi Remaja.

Alhamdulillah, pada 9-10 November 2011 yang lepas, berkesempatan untuk mengendalikan program Kem Transformasi Remaja, anjuran SMKA Tun Datu Mustapha, Kawang,Papar, SABAH dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bertempat di Hutan Hilir Kawang, Papar, SABAH.

Peserta kem ini terdiri daripada lebih kurang 60 pelajar=pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara modul menarik yang diramuankan dalam kem ini adalah seperti Langkah Senada, Aeroplane, Di mana ku berdiri? , Slot Muhasabah, Kembara Malam dan banyak lagi..

Pada hari kedua, salah seorang fasilitator iaitu Abg Amin dikejutkan dengan nyanyian Doa Selamat sempena tahun kelahirannya yang ke-25 tahun.

Semoga adik-adik dapat manfaat dari program seringkas dua hari, tapi padat dengan galian ilmu ini. Semua fasilitator mendoakan semoga adik-adik menjadi Muslim yang berjaya. Amin..


Tekan di sini untuk Koleksi Gambar.

Saturday, November 19, 2011

Qiamullail November 2011 KRU Beaufort

Pendaftaran juga boleh dibuat di sini.

Thursday, November 17, 2011

Islamic Summer Camp 2011

Thursday, November 3, 2011

Kem Remaja Islam Beaufort

Friday, October 14, 2011

Qiam Datang Lagi!!!

Assalamualaikum wrt wbt..

Insya'ALLAH, QIAM KB akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22- 23 0kT (Sabtu-Ahad)
Masa daftar : 2 pm (22 Okt)
Tempat : Masjid KB
Yuran : RM2

"Apabila kamu berasa letih kerana berbuat KEBAIKAN, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan KEBAIKAN yang dilakukan akan terus KEKAL.
Sekiranya kamu berseronok dgn DOSA, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan DOSA yang dilakukan akan terus KEKAL."
(Saidina Ali r.a)
Terbuka kpd SEMUA...
Sesiapa yang berminat, sila hubungi :
Mohd Haq Azhar (0143533107) bagi Muslimin,
Sarah @ Roha (0135527307) bagi Muslimat.
~Jom Ramai2 mengImarahkan Masjid Kita~ =D

Wednesday, September 28, 2011

Program Qurban & Aqiqah Persatuan Siswazah Sabah 2011 ~ PSS KK


Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu. Kini Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang tiba. Ayuh lipatgandakan amal ibadah kita dengan menyertai kami, Persatuan Sisawazah Sabah dalam Program Qurban & Aqiqah PSS 2011. Apa tunggu lagi? Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Friday, August 12, 2011

Jom menyumbang : 1 KAMPIT BERAS, 1 KG GULA, 1 KG TEPUNG




Wednesday, August 3, 2011

Kem Remaja Cemerlang : Saya muslim berjaya!

Alhamdulillah, pada 30-31 julai yang lepas bersamaan dengan 28 dan 29 Syaban 1432 Hijrah, PSS dan KRU Cawangan Kota Belud telah mengadakan program Kem Remaja Cemerlang kali ketiga dengan jayanya. Segala syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dengan kekuatan yang Allah berikan kepada semua ajk KRC2011 ini, program kali ini berlangsung dengan baik.

Program dua hari satu malam ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari semua sekolah sekitar Kota Belud. PSS dan KRU KB juga mengucapkan terima kasih diatas kesudiaan para peserta dari Pitas seramai 16 orang yang sanggup datang bagi menjayakan program.Tidak lupa juga kepada Tahfiz AlQuran Bestari Kota Belud yang sudi menerima kedatangan kami, besar tapak tangan insyaAllah syurga Allah janjikan.

KD 1 : Kembali Gemilang

KD 2 : Study SMART bersama Ust Hakim

LDK 


Kami datang dengan harapan, kami pulang dengan kejayaan, InsyaALLAH


Wednesday, June 15, 2011

Usrah : Nadi Jemaah

Salam Bumi dibawah bayu.
Alhamdulillah, pelbagai nikmat masih lagi dirasai. Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Mudah-mudahan itu yang diharapkan. Cuti sekolah adik-adik pun telah berahkhir, cuti ini pelbagai program diadakan untuk membantu dan membentuk kefahaman sahabat dan adik-adik tentang Islam. Dari KRIS ke Program Kem sayangi daku semuanya mengajak kita kembali pada fikrah agama yang sebenar. Alhamdulillah dan Insya Allah KRIS Sepitang bakal menyusul pada 17-19 Jun 2011 ini. Jadi kepada yang berkelapangan bolehlah ringankan badan mudahkan langkah ramai-ramai join KRIS Sepitang.

Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi dalam mood cuti kampus, semoga masih setia untuk turun ke usrah. Cuti bukanlah rehat untuk jasadiah semata-mata, namun manfaatkan ia untuk kepentingan Islam. Ana yakin dan percaya, disekitar kawasan kita masih banyak usrah-usrah yang belum digerakkan lantaran kekangan masa dan komitmen ahlinya sendiri. ana teringat pesan seorang sahabat katanya dengan menggerakkan usrah InsyaAllah banyak perkara yang berada didalam Jemaah akan dapat diselesaikan.

Usrah ruang untuk kita memimpin, mendidik diri, membentuk jati diri dan sekali gus membina ukhuwah Islami yang utuh. Usrah peluang untuk kita berbincang dan berkongsi. Kemampuan Usrah dalam membentuk jiwa yang utuh bukan lagi satu keraguan. Bermula dari Usrah yang kecil inilah terbentuknya Negara Islam yang pertama 1400 tahun dahulu. Melalui Usrah inilah, wujudnya Gerakan Islam yang digeruni Dunia sehingga kini.

Sahabat yang dimuliakan Allah, Usrah: nadi jemaah. Usrah yang efektif akan memberi kesan dan melahirkan individu yang hebat dunia dan akhirat. Usrah mengikat kita untuk sentiasa meletakkan taqwa dihadapan. Bersama sahabat yang cintakan Islam dan usrah, ana yakin dan percaya kita menjadi kuat dan ragu untuk melakukan maksiat. Pebentukan nilai dalaman melalui peringatan demi peringatan yang disampaikan dalam usrah memberi kesan yang positif kepada diri dan banyak mengubah jiwa yang dahulunya cenderung kepada yang batil kembali kepada yang Haq kerana misi Islam yang paling besar adalah menyelamat aqidah manusia.

Kesimpulannya, semoga semua sidang pembaca dan sahabat-sahabat khususnya sahabat PSS agar kita memainkan peranan kita sebagai ahli usrah. Sumbangkanlah sedikit untuk pulangan yang besar. Andai kita nuqobo' diharapkan mula menggerakkan Usrah sedia ada, andai kita ahli jangan memilih siapa nuqaba kita, tegur kak dan abang naqib seandainya lama tidak menjalankan usrah. Kempen Usrah Nadi Jemaah!!!!!!!!! Jom Usrah!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, May 27, 2011

CUTI OH CUTI!!!!!

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang dengan izinNya memberi begitu banyak nikmat yang tidak terhingga. Kepada sahabat-sahabat, adik-adik dan rakan pembaca, didoakan semoga dalam keadaan sihat fizikal dan rohani. Sihat iman dan meningkat taqwa. Bahawa liku perjuangan ini satu jalan yang bukan untuk dipermainkan, satu jalan yang belum ada penghujungannya setelah ia bermula ribuan tahun yang lalu. Lalu itulah pesan Syed Qutb kepada adiknya saat syahid menunggu ditali gantung dalam kalam warkah terakhirnya.

"Wahai adikku, perjuangan ini akan menjadi berat dan menakutkan andai kau merasakan dirimulah sebagai pemula dan pengakhirnya perjuangan, ketahuilah kita ini hanya mata rantai yang apabila tiba masanya akan pergi, akan diganti dengan mata rantai yang lain, lalu janganlah engkau berasa gentar pada tali yang bakal meragutnya nyawaku."

Alhamdulillah, cuti semester untuk kampus juga telah bermula dan akan berakhir pada September ini. Ruang dan peluang ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan bolehlah menghubungi kawasan masing-masing dan merujuk taqwim untuk program-program PSS kawasan.
JOM sama-sama manfaatkan cuti kita!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons