PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, December 31, 2008

Lawatan PSS Sempena Maal Hijrah


29 Disember - Sempena Ma'al Hijrah Persatuan Ulama' Malaysia, dengan dibimbing Cikgu Jamil sekali lagi mengatur lawatan ke Hospital Queen Elizabeth. Sahabat-sahabat daripada Yayasan Amal, yang diketuai Setiausaha, Ustaz Ridhuan dan Persatuan Siswazah Sabah yang diketuai Setiausaha persatuan juga, Saudara Fairuz Bend turut menghantar anggota buat memeriahkan program. Ahli PSS lain yang hadir ialah Sdra Salman, Sdra Ashrulmuzanie, Sdra Nadir dan Sdra Zulzaim.

Sebelum bergerak ke wad sasaran iaitu wad lelaki A7, kami menyinggah ke wad Perempuan A6 untuk mencari seorang adik yang telah beberapa kali dilawat oleh PUM sebelumnya. Ternyata adik Norshilla Abtara masih berada di wad yang sama. Beliau yang menghidap penyakit transverse myelitis, penyakit yang disebabkan pembengkakan pada saraf tunjang dan diffuse muscular atrophy telah bergantung hidup pada ventilator, alat bantuan pernafasan selama lapan tahun! Beliau yang berasal dari Kudat dan berusia 14 tahun, berkali-kali mengucapkan terima kasih apabila kami menghulurkan sebuah hamper, kismis dan sedikit sumbangan wang.

Kami seterusnya bergerak ke wad lelaki A7. Bermula dari wad ICU kami mendekati pesakit satu demi satu, tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa, jauh sekali fahaman politik. Semua pesakit yang kami ziarahi gembira menyambut kami. Seperti perihalnya kebanyakan orang yang sedang berdepan ujian, beberapa patah kata dan setulus senyuman sudah mampu mengubati sedikit sebanyak jiwa yang kehausan. Sampai ke hujung wad, seorang budak lelaki memandang jauh dengan wajah yang menyedihkan. Nama beliau tertera, Adik Elfion Christopher, berbangsa Kadazan dan berumur 13 tahun.

Salah seorang ahli PSS (sdr Nadir) mendekati pesakit tersebut dan tanpa diduga, ibu kepada Alfion menceritakan perihal anak perempuannya, kakak kepada Adik Elfion yang menganut agama Islam kerana berkahwin dengan seorang lelaki Brunei. Malangnya, mereka telah bercerai kerana si suami tidak menyediakan nafkah. Isteri dibiarkan menjaga seorang anak perempuan bersendirian. Dakwa sdr Nadir "Terkejut juga tiba-tiba si ibu menceritakan kisah anaknya. Mungkin tersentuh kerana masih ada orang Islam yang baik, sudi menziarahi mereka di hospital. Keluarga ini tidak boleh dikecewakan untuk kali kedua oleh orang Islam".

(Kepada yang berhasrat membantu Adik Shilla dan Adik Elfion, boleh menghubungi 0198110964 secepat mungkin...Semoga Allah memberikan kesihatan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka semua)

Thursday, December 25, 2008

Setiausaha PSS Turun Padang


24 Disember - Setiausaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS), mengambil inisiatif menggerakkan dakwah di peringkat akar-umbi dengan menghidupkan kuliah maghrib di surau-surau kampung sekitar Kota Kinabalu. Kelmarin, beliau memulakan kuliah maghrib di Surau Kampung Bundung, Tuaran. Kampung Bundung terletak kira-kira 15km dari Pekan Tuaran dan kampung di pinggiran bebukit ini didiami oleh suku Dusun-Bajau. Jumlah penduduk yang hadir tidak sampai sepuluh orang, tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam kesibukan menguruskan organisasi PSS.

Apabila ditanya, beliau mengulas, “Tuntutan dakwah di bumi Sabah terlalu banyak sehinggakan kadangkala kita terpaksa menggerakkan banyak perkara dalam satu-satu masa. Tetapi siapa kita untuk mengeluh, sedangkan pada masa sama kita mengharapkan untuk kekal di dalam syurga Allah suatu masa nanti? Keseronokan dan kebahagiaan yang sebenar, apabila hidup kita menjadi milik orang lain.” Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa dakwah adalah peranan setiap individu. Malah, beliau meyakinkan bahawa PSS mampu membuka saluran kepada mana-mana individu yang berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Syaratnya ialah keazaman, bekalan asas ilmu Islam dan kehendak yang tinggi. Jika tidak mampu berkhutbah dan berceramah, cukup dengan mengajar iqra’. Jika tidak dapat menghasilkan kitab, cukup dengan membantu menaip risalah. Yang penting, ialah adanya usaha walaupun sedikit.” Penduduk kampung yang hadir ke kuliah maghrib tersebut menyatakan bahawa mereka senang dengan cara penyampaian Ustaz Fairuz yang santai. “Kalau begini, mesti nak lagi!” ujar seorang remaja Kampung Bundung sambil tersenyum.

Monday, December 22, 2008

Retreat CONCERN 2008

Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 20-21 hb Disember yg lalu...3 orang Wakil PSS telah menyertai Retreat CONCERN 2008 yang diadakan di Beringis Beach Resort.

Wakil PSS yang hadir menyertai RETREAT CONCERN ini :

  • Mohd Fairuz Bend
  • Mohd Syafizam Sedik
  • Ashrul Muzanie

Antara agenda utama Retreat CONCERN ini adalah untuk mendraf perlembagaan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti NGOs Islam Sabah.

Mudah2han dengan adanya RETREAT ini, Islam akan terus terbela dan tersebar di Malaysia khususnya di bumi Sabah yang tercinta ini....^_^





Progresif Prihatin Professional


Saturday, December 20, 2008

Tahniah Islamic Summer Camp 2008 (ISC '08)!!!


Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 12 - 15 hb Disember yg lepas...PSS telah menganjurkan Program Islamic Summer Camp 2008.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua adik2 yg menyertai program ini...

Ucapan terima kasih juga kepada semua Ajk2 dan individu2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Insya Allah, program ini kita akan teruskan pada tahun depan....^_^

Detail laporan program, sila layari blog KRU - http://d-kru.blogspot.com

Progresif Prihatin Professional

Pertemuan Dengan Mahasiswa...


Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 6 hb Disember yg lepas...PSS telah mengadakan pertemuan dengan Mahasiswa Sabah.

Agenda utama pertemuan ini ialah, PSS mengharapkan agar mahasiswa Sabah dapat membantu memperkukuhkan lagi organisasi PSS supaya golongan intelek ini dapat menjadi Duta dan Agen Islam kepada masyarakat...

Insya Allah,kita akan tingkatkan lagi pertemuan-pertemuan seperti ini....^_^


Progresif Prihatin Professional

PSS Bersama Remaja Masjid Kg Kindu...



Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 8 hb Disember yg lepas...Wakil PSS telah mengadakan pertemuan dengan remaja masjid di Kg Kindu, Tuaran.

Jawatankuasa masjid Kg Kindu meminta jasa baik PSS agar dapat membantu & meyumbang tenaga untuk mengadakan program untuk remaja di sana.

Insya Allah,kita akan usahakan....^_^


Progresif Prihatin Professional

Wednesday, December 3, 2008

Mesyuarat CONCERN!!!



CONCERN adalah satu platform yang mengabungkan NGO-NGO Islam di seluruh Sabah. Setakat ini, 16 buah NGO terlibat dalam CONCERN ini termasuklah Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Baru-baru ini, telah diadakan mesyuarat CONCERN (Gabungan NGO Islam) seperti maklumat berikut :
  1. Perkara : Mesyuarat CONCERN
  2. Tempat : Tingkat 4, Bangunan USIA, Sembulan
  3. Tarikh : 28 November 2008 (Jumaat)

Di antara agenda mesyuarat pada malam itu ialah :

-Post mortem program DOTT
-Perkampungan CONCERN (Draft Resolusi)
-Program CONCERN 2009

Di antara NGO yang hadir pada malam itu adalah :

-Yayasan Amal Malaysia Cawanagan Sabah
-Persatuan Siswazah Sabah (PSS)
-Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah (PUM)
-Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT)
-Jemaah Islah Malaysia Cawangan Sabah (JIM)
-Angkatan Belia Islam Cawangan Sabah (ABIM)
-Persatuan Perubatan Islam Ibnu Sina (PAPISMA)

Progresif Prihatin Professional

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons