PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, December 25, 2008

Setiausaha PSS Turun Padang


24 Disember - Setiausaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS), mengambil inisiatif menggerakkan dakwah di peringkat akar-umbi dengan menghidupkan kuliah maghrib di surau-surau kampung sekitar Kota Kinabalu. Kelmarin, beliau memulakan kuliah maghrib di Surau Kampung Bundung, Tuaran. Kampung Bundung terletak kira-kira 15km dari Pekan Tuaran dan kampung di pinggiran bebukit ini didiami oleh suku Dusun-Bajau. Jumlah penduduk yang hadir tidak sampai sepuluh orang, tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam kesibukan menguruskan organisasi PSS.

Apabila ditanya, beliau mengulas, “Tuntutan dakwah di bumi Sabah terlalu banyak sehinggakan kadangkala kita terpaksa menggerakkan banyak perkara dalam satu-satu masa. Tetapi siapa kita untuk mengeluh, sedangkan pada masa sama kita mengharapkan untuk kekal di dalam syurga Allah suatu masa nanti? Keseronokan dan kebahagiaan yang sebenar, apabila hidup kita menjadi milik orang lain.” Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa dakwah adalah peranan setiap individu. Malah, beliau meyakinkan bahawa PSS mampu membuka saluran kepada mana-mana individu yang berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Syaratnya ialah keazaman, bekalan asas ilmu Islam dan kehendak yang tinggi. Jika tidak mampu berkhutbah dan berceramah, cukup dengan mengajar iqra’. Jika tidak dapat menghasilkan kitab, cukup dengan membantu menaip risalah. Yang penting, ialah adanya usaha walaupun sedikit.” Penduduk kampung yang hadir ke kuliah maghrib tersebut menyatakan bahawa mereka senang dengan cara penyampaian Ustaz Fairuz yang santai. “Kalau begini, mesti nak lagi!” ujar seorang remaja Kampung Bundung sambil tersenyum.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons