PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Saturday, January 17, 2009

PSS Tembusi SMK Bandaraya




Sebuah lagi sekolah berjaya ditembusi secara sah oleh Persatuan Siswazah Sabah(PSS), meningkatkan bilangan terkini tempat PSS menabur bakti kepada 20 buah sekolah. Rombongan yang terdiri daripada 7 orang ahli PSS, turut melibatkan Setiausaha PSS, Saudara Fairuz Bend, Bendahari Kelab Remaja Ukhwah(KRU), Saudara Al-Amin dan Penyelaras KRU Bahagian Kota Kinabalu, Saudara Renifezri. Kuliah maghrib disampaikan oleh Saudara Syukri daripada PSS Labuan, disusuli oleh sesi soal jawab dan aktiviti permainan oleh Saudara Al-Amin seusai Solat Isya'.

Dalam suasana serba kekurangan, pelajar-pelajar di sini menunjukkan kesungguhan yang sangat tinggi untuk mendalami Islam, dan mengharapkan supaya PSS dapat istiqamah mengadakan kuliah mingguan di sana. Pertemuan sulung diakhiri dengan sesi penggambaran dan bersalam-salaman.

Jelas sekali bahawa pelajar-pelajar sekolah di mana-mana pun begitu mengharapkan sedikit pengorbanan daripada 'golongan bijak pandai' supaya dapat bersama dengan mereka, sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi berkongsi ilmu dan bekalan, buat bekalan bukan sahaja untuk yang mendengar, tetapi juga yang menyampaikan.

Tahniah PSS!

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons