PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, July 17, 2009

PSS Berdemonstrasi Isu Xianjiang

Persatuan Siswazah Sabah dengan beberapa NGO lain, antara lain Yayasan Amal dan Persatuan Ulama Malaysia Sabah, berhimpun mengadakan unjuk rasa terhadap isu pembunuhan kaum minoriti Muslim Uighur di wilayah Xianjang, China. Unjuk rasa yang diadakan seusai solat Jumaat di Masjid Bandaran, Kota Kinabalu berjaya membuka mata kariah masjid dan masyarakat setempat untuk lebih peka terhadap insiden pencabulan hak asasi dan ketidakadilan yang melanda kaum majoriti Islam tersebut. Selain edaran risalah berhubung isu berkaitan dan ucapan oleh beberapa wakil persatuan, laungan 'Hidup Islam, Hancur Kezaliman' turut membakar jiwa umat yang cintakan perpaduan dan keamanan.




Islam adalah agama yang membawa mesej persefahaman dan permuafakatan kepada semua manusia tanpa mengira latar-belakang bangsa, fahaman politik dan kelas sosial. Justeru Islam sanagt wajar dijulang sebagai wadah yang mampu mengumpul dan menyatukan semua pihak bersatu-padu dan berdepan cabaran yang mendatang secara baik dan profesional. PSS menyeru pihak yang terbabit menyelesaikan segala pertelingkahan dan huru-hara yang berlaku melalui meja perundingan, dan pada masa sama meyakinkan mana-mana pihak bahawa seperti penganut agama lain, umat Islam tidak akan merelakan maruah agama mereka dipermain dan diperkotak-katikkan.

1 comments:

annisaNazifa said...

Selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji Jalan Ampang hari ini juga diadakan tunjuk perasaan atau bahasa popularnya 'demonstrasi' berkenaan selatan Tahiland.

Beberapa orang mahasiswa telah menjadi mangsa polis yang dua daripada mereka adalah mahasiswi.

Salahkah kita menunjukkan rasa prihatin kita terhadap apa yang berlaku di dunia? Seluruh dunia mengecam penindasan...salahkah kita menunjukkan rasa protes kita terhadap penindasan? lebih-lebih lagi ini melibatkan sentimen agama.

'spekulasi mudah dan kelihatan tepat' : Mungkin kerajaan Malaysia lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan tak profesional.

Apa yang pasti...Rakyat perlu bangkit. Sabah juga perlu bangkit. Tahniah kepada pelaksana dan yang menjayakan demonstrasi ini walau secara langsung atau tak langsung...Semoga semangat dan kesedaran akan cepat menular di jiwa-jiwa anak-anak Sabah.

Saya suka untuk mencadangkan agar PSS Sabah, Yayasan Amal dan juga yang berkenaan lebih agresif membuat kenyataan media di akhbar

-Belajar melihat dunia-
http://fikrahnazifa.blogspot.com

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons