PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, December 30, 2010

Hari Keluarga PSSKB 2010

Hari Keluarga PSSKB 2010
25 Disember 2010 (Sabtu)
Simpang Mangayau Kudat

Alhamdulillah... sebagai penutup tabir tahun 2010, PSSKB telah mengadakan Hari Keluarga PSSKB bersama KRUKB seminggu sebelum munculnya tahun baru Masihi 2011. Semoga gerak kerja tahun 2010 ini di nilai di sisi Allah dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.

Taklimat dari pengarah program Sdr. Saibul

Menunggu Tuan Guru mengimamkan bacaan doa
Singgah sebentar membeli jagung bakaranak sapa tue?
AJK makanan sibuk membakar ikan. Jom makan!Bahagianya dapat menghabiskan nasi setalam... Khusyuk mendengar amanat dari Penaung PSSKB Cg. JumatDengar bebaik pesanan tue..Muslimat PSSKB.. Semoga istiqamah dalam perjuangan Islam!

Bertemu lagi pada program2 dan aktiviti2 PSS dan KRU KB pada tahun hadapan 2011.

Tuesday, December 28, 2010

Ziarah KML 2010' ..

Liqo' bersama pimpinan Surau Al-Irfaan,KML

Assalamualaikum wbt, segalanya berlaku dengan tidak disedari, pada 25 Disember 2010, 11 pagi, di sekitar Sepanggar,Sabah ketika itu tengah mesyuarat PSS KK, tiba-tiba Abg Fezri mengajak saya menziarahi adik-adik di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), saya tanpa memikir panjang terus memberikan persetujuan untuk menemaninya ke Labuan. Padahal, mengikut perancangan, sejurus selepas mesyuarat tu, saya telah berjanji untuk membantu seorang sahabat saya untuk pindah ke rumah barunya. Saya pun menyatakan hasrat saya untuk ke Labuan kepadanya, dan dia memberi lampu hijau kerana dia boleh meminta tolong sahabatnya lain untuk membantunya memindahkan barang-barang ke rumah barunya.

Selepas habis mesyuarat kira-kira pukul 12 tengah hari, saya bergegas balik ke rumah, solat Zohor, makan dan bergerak terus ke Menumbok dengan kereta bersama dengan Abg Fezri."Inilah umat Islam sekarang, hanya Islam pada nama, tetapi tidak pada pengamalan."Setelah sampai di Menumbok, kami singgah di Masjid Menumbok sebentar untuk solat Asar dan terus membeli tiket bot laju ke Pulau Labuan. Sedang menunggu bot bertolak, Abg Fezri sempat menegur sekumpulan perempuan yang sedang rancak berborak sesama mereka. Pada mulanya, Abg Fezri ingat mereka bukan Islam, dan hendak ke Labuan hendak menyambut Hari Natal yang kebetulan hari itu adalah Hari Natal kerana dari raut wajah dan cara pemakaian mereka seolah-olah mereka bukan Islam. Mereka terkedu dan terpaku dengan anggapan Abg Fezri itu. Dengan tersipu-sipu mereka menjawab, "Kami Islam, ramai yang ingat kami bukan Islam". Dalam hati saya bermonolog, "Inilah umat Islam sekarang, hanya Islam pada nama, tetapi tidak pada pengamalan."

Berada di Masjid Menumbok,Sabah

Selepas lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya, kami bertolak dari Menumbok, dan setelah sampai di Labuan, Abg Hafiz, sahabat Abg Fezri menyambut kami, dan menumpangkan kami ke KML. Selepas solat Jamak Qasar Maghrib di Terminal Labuan, kami ke satu restoran yang terkenal situ untuk makan malam pula. Tempatnya cantik tetapi servis kurangnya baik. Tempahan makanan lambat siap. Untuk menghilangkan lapar dan penat sementara menunggu tempahan makanan siap, kami bertanya khabar dan iman. Rupanya Abg Hafiz akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan Februari tahun depan (2011) dengan seorang serikandi dari orang seberang iaitu orang Terengganu. Pertunangan telah dibuat, dan sekarang sedang melangsaikan apa-apa yang tertinggal. Makin berdebar dan berminat pula saya mendengar perkongsian pengalaman Abg Hafiz itu.
Sedang menunggu tempahan makanan di sebuah restoran.

Setelah asyik berborak, tiba-tiba baru teringat dengan temu janji dengan pimpinan Surau Al-Irfaan pada pukul 8.00 malam. Kami pun bergegas makan dan ke KML. Sesampai ke KML, suasana KML dan Surau Al-Irfaan lengang sahaja, rupanya, ramai pelajar yang balik ke kampung masing-masing sempena cuti Hari Natal. Namun ramai juga pimpinan surau yang dapat bersama dalam liqo'(perjumpaan) tersebut. Abg Fezri memulakan bicara dengan berkongsi tentang 'Fiqh Awlawiyyat' (Fiqh Keutamaan). Dengan memberi contoh-contoh yang relevan dan praktikal, ia membuka kepada interaksi dua hala antara kami dan mereka secara ilmiah dan berkesan. Selepas itu, Abg Fezri memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit Taujihat tentang'Jihad dan Pengorbanan'. Dengan persediaan yang kurang dan sedikit penat, saya kuatkan semangat juga atas dasar perkongsian ilmu dan pengalaman tentang tajuk yang diberi. Dengan memberi rangsangan daripada ayat-ayat Quran seperti Surah An-Nisa, ayat 95, Surah At-Taubah ayat 111 dan surah At-Taubah ayat 41 ditambah dengan contoh sirah kisah Kaab bin Malik dan Mus'ab bin Umair, ternyata dapat membuka sedikit ruang perbincangan yang aktif di antara kami.


Masa berlalu terlalu pantas, keesokkan harinya sudah mahu balik. Rasa tidak puas berada di KML yang dicintai. Walaupun pertemuan yang sekejap, namun ianya tetap memberi banyak pengalaman dan pengajaran. Mudah-mudahan, KML mampu melahirkan lebih ramai produk-produk rabbani dan kompeten untuk kemaslahatan umat.

Berikut beberapa gambar yang sempat dikongsikan :
Berada di Jeti Menumbok berlatarbelakangkan Feri.
Berada di Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Gerbang KML
Bersiar-siar di sekitar Labuan
Pemandangan indah KML
Sarapan pagi di cafe KML
Pusat kegiatan pelajar KML
Bergambar dengan cermin surau yang cantik
Kenangan bersama Shahfieq (Bendahari AJK Surau & Pengerusi KRU KK)
Sedang menunggu saya.
Illal Liqo'

Untuk gambar yang lebih banyak, sila tekan di sini.

IT & PENERBITAN PSS KK

Seminar Pemantapan Dakwah 2010'

Dari Kiri : Azizul, Insyirah, Haslinah & Hasmadi (saya) wakil dari PSS

Assalamualaikum wbt, nampaknya tiada masa renggang untuk berehat cuti ini. Alhamdulillah saya berpeluang untuk mengikuti satu lagi seminar iaitu Seminar Pemantapan Dakwah 2010' yang bertempat di Hotel Taha (Tabung Haji) D'Bayu, Kota Kinabalu pada 23-24 Disember 2010 yang lalu. Seminar dua hari ini mengumpulkan banyak NGO Islam seperti Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), CONCERN, Persatuan Siswazah Sabah (PSS), ABIM, YaPEIM, Yayasan Amal, SAHABAT, Persatuan Ibu-ibu tunggal, IKRAM, JIM dan banyak lagi. Saya bersama tiga lagi sahabat saya menghadiri program ini atas kapasiti wakil kepada PSS.

PSS diwakili oleh Hasmadi Hasbi, Azizul Julirin, Insyirah dan Haslinah. Antara objektif seminar ini adalah untuk mewujudkan suasana interaksi antara pendakwah di Sabah, meningkatkan pengetahuan serta pengalaman berdakwah khususnya di Sabah, serta memugar dan memantapkan peranan yang perlu dimainkan oleh para pendakwah di Sabah.

Empat kertas kerja telah dibentangkan oleh empat orang penceramah yang telah diundang dan pakar dalam bidang masing-masing.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Dakwah dan Tarbiyyah asas pemantapan para Daie' yang telah disampaikan oleh Dr Abdullah Sudin bin Abdul Rahman, Presiden Rahman.
Kenangan bersama Dr Abdullah Sudin Abd Rahman (Batik Ungu)
& Ustaz Mohd Zamree Kautis Abdullah (Batik Hijau berkaca mata)

Kertas kerja kedua pula telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamree Kautis bin Abdullah, Penolong Pengarah Operasi j-QAF, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang bertajuk 'Ciri-ciri Pendakwah Abad ke-21'.

Kertas kerja ketiga pula mengupas tentang 'Peranan Para Daie dalam Kegiatan Dakwah di Malaysia' oleh Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman, Pengarah Dakwah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
PSS bersama Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman

Manakala, kertas kerja keempat bertajuk 'Cabaran,Permasalahan dan Penyelesaian kegiatan dakwah di Sabah' telah dibentangkan oleh Tuan Hj Awaluddin bin Nasution, Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah (JHEAINS).

Pada sebelah malam (23 Disember 2010), satu forum telah diadakan dengan membawa tajuk 'Dakwah di Sabah : Ke Mana Hala Tujunya?' yang telah menampilkan Dr Azizan bin Ahmad (HALUAN) sebagai moderator, Tuan Hj Awaluddin bin Nasution (JHEAINS) dan Tn Hj Sainuri bin Yahmin (Pengerusi CONCERN) sebagai ahli panel.
Dari Kiri : Dr Azizan bin Ahmad ,Tuan Hj Awaluddin bin Nasution
& Tn Hj Sainuri bin Yahmin

Sebelum majlis perasmian penutupan, satu bengkel tentang analisis SWOT Pemantapan Dakwah di Sabah telah dibuat. Para peserta seminar telah dibahagikan kepada kumpulan dan pembentangan dari kumpulan yang terpilih dilaksanakan. Banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh para peserta yang membuka minda semua orang.
Seminar berehat untuk makan tengah hari
Peserta seminar.
SAHABAT, PSS, ABIM, Yayasan Amal
Saudara baru dari SAHABAT
Alfi Kautsar (YaPEIM), Hasmadi (PSS), Sharrizal
Azizul, Ustaz Jumat (Jabatan Mufti Negeri), Hasmadi

Untuk melihat lebih banyak gambar sila tekan di sini.


IT & PENERBITAN PSS KK

Monday, December 27, 2010

Islamic Summer Camp 2010'

Assalamualaikum, Alhamdulillah, pada 17-19 Disember 2010 yang lalu, Islamic Summer Camp 2010' berjaya diadakan bertempat di Batangan Baru Lagoon, Tuaran, Sabah. Lebih daripada seratus orang peserta telah mengikuti program cuti sekolah yang sangat menarik ini. Program seumpama ini merupakan kali keempat diadakan setelah penganjuran julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2007 buat kali pertamanya. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Sabah seperti dari Daerah Tuaran, Kundasang, Bongawan, Papar, Sipitang dan banyak lagi. Program ini dianjurkan dengan kerjasma daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU).

Program yang santai dan kasual ini menghidangkan kepada para peserta dengan pelbagai modul yang menarik. Antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Malam Muhasabah, Jelajah Dakwah, Jalan Malam, Eksplorace dan banyak lagi.

Program kali ini juga mencatatkan rekod terbaik dengan menyaksikan penyertaan terbanyak sejak penganjurannya. Perkembangan yang positif ini menjadi indikasi bahawa golongan muda seawal usia sekolah rendah lagi mempunyai minat untuk memahami Islam yang sebenar dan memahami bahawa setiap dari mereka tidak mengira usia memikul tanggungjawab sebagai pendakwah mengikut lapangan masing-masing.

Ternyata dengan persiapan awal yang telah dibuat oleh AJK penganjur, ditambah dengan komitmen yang hebat dari para fasilitator dan diserikan lagi dengan penglibatan aktif para peserta dalam setiap slot aktiviti mewarnai lagi program ini dan sudah pasti ianya membekaskan satu kenangan dan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung lebih-lebih lagi AJK, fasilitator dan peserta program.

Program seumpama ini juga sebagai satu wadah terbaik kepada pelajar sekolah khususnya untuk memanfaatkan cuti sekolah mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mereka berpeluang untuk berkongsi inspirasi dan aspirasi dengan para fasilitator yang kebanyakkan mereka merupakan mahasiswa-mahasiswa ataupun lepasan siswazah yang berjaya. Program ini bukan sahaja memberikan pemahaman tentang konsep dan teori semata, tetapi para peserta juga berpeluang untuk turun kepada masyarakat di sekitar tapak perkhemahan untuk mendengar sendiri denyut nadi kehidupan dengan mengadakan perkongsian bahasa dan rasa melalui aktiviti seperti Jelajah Dakwah.
Selain itu, elemen-elemen kekuatan fizikal juga turut diasah melalui aktiviti seperti Jalan Malam dan Eksplorace. Ternyata, semangat dan tenaga org muda berjaya ditonjolkan oleh para peserta.

Melalui aktiviti LDK, para peserta diterapkan untuk sentiasa bekerja di dalam satu jemaah ataupun kumpulan. Sekali lagi, kombinasi dan kompilasi idea-idea bernas mereka mampu melontarkan cadangan dan pandangan yang matang dalam memberi reaksi kepada tugasan dan isu-isu yang diberikan kepada mereka.
Kami sangat berbangga dan kagum dengan komitmen, kerjasama, dan fokus mereka sepanjang program ini berlangsung. Mereka sanggup mengorbankan sedikit wang ringgit, masa cuti sekolah mereka, tenaga dan berjauhan dengan keluarga tercinta demi mencari satu pengembaraan pengalaman hidup dan ilmu yang berguna untuk mereka.

Cuba bayangkan lebih ramai anak muda yang komited dalam program-program kemasyarakatan seumpama ini, sudah pasti, masa depan bangsa kita semakin cerah dan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mempunyai sahsiah yang terpuji.

Kami mendoakan semoga adik-adik terus berjaya dan Istiqomah dalam perjuangan ini. Jadilah manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Berikut beberapa potret gambar yang sempat diabadikan, semoga gambar-gambar ini mendekatkan lagi ukhuwah sesama kita :
Azizul Julirin (Ketua Fasi) dgn DSLR nya..
Sungguh berdisiplin mereka.
Abg Amir Fadhli sedang memerhatikan kumpulan Muslimat yang berjaya menegakkan panji.
Fasilitator sedang memberikan panduan dan semangat kepada para peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Kayak juga disediakan.
Pemandangan menarik di tapak program.
Pantai di kawasan program.
Seseorang sedang mendayung perahu.
Jeti berhampiran tapak program.
Kenangan saya bersama ketua fasi, Azizul Julirin (Berkaca mata)
Gerbang ke tapak program.
Saudara Fanshuri Badaruddin dengan gaya bersahajanya.
Tapak perkhemahan Muslimin.
Laluan Muslimin untuk melicinkan perjalanan program
Setiap detik bermakna untuk diabadikan.
AJK yang menjaga PA System.
Bergambar di hadapan khemah.
Peserta yang bersemangat kental di tapak perkhemahan.
Tetap ceria walaupun letih.
Usia bukan penghalang untuk berukhuwah.
Bangga dengan kumpulan sendiri.
Ukhwah yang terjalin walaupun berasal dari tempat yang berbeza.
Perkongsian ilmu di tepi tasik.
Perbincangan sambil menikmati keindahan alam.
Bertaaruf asas dakwah.
Terus bersemangat walaupun penat.
Azizul, Abg Fezri & Abg Pai antara orang kuat ISC 2010' & PSS
Bersemangat membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
Berkeyakinan di hadapan sahabat-sahabat dari kumpulan lain.
Pembentangan dengan idea-idea yang segar.
Muslimat tidak kurang hebatnya melontarkan idea-idea yang bernas.
Hasil perbincangan disampaikan oleh wakil kumpulan.
Ustaz Akmal dengan gaya santainya berkongsi ilmu dengan peserta.
Peserta juga terdiri daripada pelbagai kaum & bangsa.
Umi turut turut padang untuk memberi inspirasi kepada golongan muda.
Hadiah turut disediakan kepada pemenang.
Saudara Fanshuri (Pengarah) tenang memotivasikan adik-adik jagaannya.
Saudara Azizul memberi semangat kepada peserta.
Fasilitator setia mendengar luahan hati para peserta.
Peserta berpuas hati dan gembira dengan program ini.
Kemesraan jelas terpancar di antara peserta dan fasilitator
Para peserta khusyuk mendengar nasihat daripada fasilitator.
Sesi luahan perasaan sebelum berpisah.
Amanat terakhir fasilitator sebelum program tamat.
Ruangan pameran turut disediakan.
Suasana syahdu menyelebungi sebelum berpisah.
Azizul Julirin menurunkan tandatangan di atas baju salah seorang peserta sebagai tanda kenang-kenangan.

p/s : Untuk gambar yang lebih banyak boleh tekan link di bawah :


Untuk menyaksikan video-video berkaitan dengan ISC 2010' , boleh tekan link di bawaj :


IT & PENERBITAN PSS KK

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons