PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, December 19, 2010

QIAMULLAIL DISSEMBER, JELAJAH DAKWAH DAN PROGRAM TITIAN KASIH (ANAK ANGKAT KRU TUARAN

11-12 Disember 2010
Qiamullail KRU Tuaran


Alhamdulillah syukur ke atas segala rahmat yang Allah kurniakan. Qiamullail berjalan dengan lancar walaupun agak sedikit peserta yang hadir pada Qiam kali ini, mungkin disebabkan hujan yang turun sejak petang lagi.
Kuliah dasar yang telah disampaikan oleh Abang Salman yang bertemakan Hijrah mengupaskan tentang penghijrahan rohani dan jasmani kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman haruslah disertakan dengan pelaksanaan.(percakapan seiring dengan perbuatan)

Abang Salman juga telah memberikan tips untuk mengatasi 'cakap tidak serupa bikin' berkenaan dengan niat seseorang yang hendak berhijrah ke arah kebaikan:

  1. Sseorang perlu memasang niat terlebih dahulu.(niat tentang matlamat yang ingin dicapai)
  2. Tanyakan kepada diri apakah manfaatnya kepada diri sendiri, masyarakat dan agama.
  3. Kena yakin pada diri sendiri. Kerana apabila yakin maka timbullah kekuatan dalam diri. Apabila ada kekuatan maka timbullah keikhlasan dalam diri untuk mencapai sesuatu yang diinginkan.

12 Dis 2010
Program Jelajah Dakwah

Alhamdulillah setelah selesai program Qiamullail, Program Jelajah Dakwah menyusul. Selesai sahaja taklimat yang diberikan oleh pengarah program adik-adik peserta mula bergerak ke pekan Tuaran untuk jelajah dakwah.

Target jelajah dakwah kali ini ialah untuk memberi kefahaman tentang keindahan Islam kepada masyarakat Islam mahupun bukan Islam dengan risalah yang diedarkan kepada masyarakat sekitar Tuaran. Disamping itu, ahli kelab Remaja Ukhuwwah juga disuruh meminta sumbangan daripada masyarakat untuk menjana ekonomi Kelab Remaja Ukhuwwah bagi menjayakan program-program yang akan datang.


13-14 Disember 2010
Program Titian Kasih, Kg. Saradan, Tenghilan

Alhamdulillah program Titian Kasih akhirnya berjaya juga dilaksanakan di kg. Saradan, Tenghilan. Peserta-peserta yang menjadi anak angkat termasuklah kakak-kakak dan abang-abang lepasan Universiti dan adik-adik KRU. Antara peserta muslimin ialah abang Fairuz, abang Junaidi, abang Yusuf, abang ahmad, abang Nik, amiruddin, dan Misran. Peserta muslimat pula kak Siti Zubaidah, kak Fauziah, kak Farah, kak haslina, kak Zuraini, Sarah, Noor, Julaiqah, Sofia, dan Nurmina.

Cenderahati buat keluarga angkat






Pertandingan mengikat Ketam@kabau muslimin










keluarga angkat sofia & kak fauziah


keluarga angkat abang Fairuz & Misran(pengarah Program)


Keluarga angkat abang Nik & abang Junaidi


keluarga angkat kak Zuraini


Keluarga angkat abang Ahmad, Abang Yusuf & Amiruddin


Keluarga angkat kak Haslina & Noor


Keluarga angkat kak Siti Zubaidah & Sarah


keluarga angkat kak Farah & Julaiqah


Keluarga angkat Nurmina



Sedikit pengisian dari abang Yusuf

Penerangan tentang haram halal makanan & kesan kepada tubuh manusia

Ucapan Pengarah Program

Ucapan Ketua Kampung


Sesi bergambar beramai-ramai bersama keluarga angkat.


Adik-adik yang berminat menjadi ahli Kelab Remaja Ukhuwwah sibuk mengisi borang


Masing-masing bersiap untuk berangkat pulang ke destinasi masing-masing


Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti.
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kami menimpang mandi.
Kalau dikurniakan rezeki yang panjang,
beloh kita berjumpa lagi.



Wallahu 'alam....

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons