"Kalau masuk Islam,kena potong tu bawah!" lawak yang sering dibuat oleh penceramah yang bercakap tentang pendekatan dakwah kepada bukan Islam, khususnya yang baru mahu memeluk Islam, dan biasanya diiringi dengan tegahan membuat kenyataan sedemikian, agar madhu'u tidak lari. Selama ini saya hanya memikirkan ia sebagai suatu gurauan, tetapi minggu lepas, terbukti ia bukan sekadar itu.
Kami sedang duduk di hadapan pegawai JHEAINS yang agak berumur. Semua dokumen telah tersedia untuk mengislamkan Christopher, seorang kenalan dari kampung Log Poring. Bersama saya ketika itu ialah abangnya yang sudah memeluk Islam 12 tahun lepas, beserta Timbalan Pengerusi ISEUMS, Saudara Asyraf yang menemani. Ustaz di hadapan telahpun memberikan sedikit pengenalan, bertanyakan tujuan menganut Islam dan sebagainya. Christopher membetulkan duduk, bersedia untuk melafazkan akad memeluk agam Islam. Tak semena-mena, ustaz JHEAINS tersebut membuat lawak terakhir sebelum mengajarkan dua kalimah syahadah,
"Kalau masuk Islam ni tu kepala bawah kena potong tau, bagi dia berbentuk-bentuk sikit."
Saya, Asyraf dan abang kepada Christopher, James ketawa berderai, cuba meringankan suasana. Tapi Christopher kelihatan kaget. Daripada kaget bertukar cemas. Setelah diam beberapa ketika dia memandang saya.
"Sunat tu wajib ke Ustaz?"
"Ya," saya menjawab ringkas. Christopher mula tak senang duduk. Dia memandang ke kiri dan kanan. Ustaz JHEAINS pun kelihatan terpinga-pinga. Tak sangka lawaknya akan meninggalkan kesan sebegitu kepada saudara yang baru hendak memeluk Islam. Christopher memandang saya semula.
"Ustaz, saya rasa kena bagi masa dengan saya seminggu dulu untuk berfikir."
Astaghfirullahala'azim. Kami beristighfar panjang.
"Takkan gara-gara itu saja kamu mahu tangguhkan masuk Islam? Sunat tu tak sakit pun, macam kena gigit semut ja," ustaz JHEAINS memujuk.
"Potong tu untuk kesihatan juga, kulit bahagian depan ja, bukan potong semua sampai habis," Asyraf meningkah.
"Kamu masuklah Islam dulu, kalau bertangguh nanti mati, tak sempat masuk Islam, macam mana?" saya berhujah.
"Nokuro ko? Au oku ngarati kau ti. Kada begitu!" abangnya memangkah.
Tetapi puas kami memujuk, Christopher tetap dengan pendiriannya. Dia tetap tidak mahu mengucapkan dua kalimah syahadah. Daripada satu alsan muncul alasan yang lain, sehinggalah akhirnya kami terpaksa akur dengan kehendaknya. Pulang dengan agak kecewa.
Mudah-mudahan hatinya akan terbuka juga nanti, dan mudah-mudahan para pendakwah akan lebih menjaga apa yang keluar daripada mulut kita!
Teringat Ustaz Nasaruddin bercerita perihal pendekatan dakwah penceramah tersohor Terengganu, Ustaz Azhar Idrus, bila dia ditanya oleh seorang mat rempit, adakah boleh dia membawa makwanya naik motor, merempit bersama-sama dengannya. Ustaz Azhar menjawab boleh, lalu seluruh audiens tercengang, kecuali mat rempit tersebut yang tersenyum lebar. Lalu Ustaz Azhar menambah,
"Tapi ada satu syarat. Syaratnya, bapak makwa kamu kena letak kat tengah-tengah seat tu, antara kamu dengan dia!" Audiens ketawa, termasuk mat rempit tersebut. Ustaz Nasaruddin mengulas,
Skil mengajar yang halus, mencapai matlamat dan dapat diterima semua pihak. Sebab tu, kuliah dia ribuan orang datang. Dan sebab tu juga, Facebook Ustaz Azhar lagi ramai fans dari saya!

0 comments:
Post a Comment