PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, March 13, 2013

Program Ibadah Ohsem Perisai Virus Valentine PSS & KRU KK (Qiamullail Febuari)


KOTAKINABALU- Pada 23-24 februari yang lalu, Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu telah menganjurkan program Qiamullail bulanan yang bertajuk Ibadah Ohsem Perisai Virus Valentine. Program ini berlangsung di Masjid UMS. antara aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan ialah senamrobik, talkshow ‘Cafe Cinta Remaja’, LDK, dan lain-lain lagi. bilangan peserta melebihi 100 orang yang terdiri dari sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar KK.

aktiviti kemuncak program ini ialah talkshow cafe cinta Remaja. moderator talkshow ini ialah saudari Marni dan ahli-ahli panelnya ialah saudara Renifezri, Saudara Azizul dan saudara Nazree. peserta memberikan respon yang amat baik sepanjang talkshow ini.
Image
selain talkshow, aktiviti lain seperti senamrobik juga disediakan untuk peserta. instruktor senamrobik pada masa itu ialah peserta-peserta yang terdiri dari kadet pertahanan awam dan saudara Arfizan.
selain itu, kuliah dasar tentang solat jamak dan qasar dari Saudara Jubair Juhinin iaitu ahli persatuan siswazah sabah cawangan kundasang juga diadakan untuk peserta kali ini. untuk peserta sekolah rendah pula, kuliah dasar tentang solat masbuq dan muaffiq telah disampaikan oleh saudari Nor Farah Hani Hafiz.
sebagai penutup, program kali ini bertujuan untuk membuka minda tentang bahaya virus valentine day ini dan memberikan antidote kepada peserta iaitu dengan pengisian-pengisian ilmiah daripada virus cinta berlandaskan nafsu itu.
Montaj Program:: http://www.youtube.com/watch?v=epSqDeulKcw
ImageImageImageImageImageImageImageImage

ImageImage


Thursday, March 7, 2013

Konvoi Motorsikal PSS & KRU Kota Belud November 2012.


29 November 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kawasan Penaja Kota Belud telah mengadakan Konvoi motor ke Kg. Sayap Kota Bele. Konvoi ini telah disertai oleh 8 orang muslimin yang merupakan ahli PSS dan KRU Kota Belud dan enam buah motor telah digunakan untuk berkonvoi pada kali ini. Antara objektif penganjuran aktiviti ini ialah mengukuhkan silaturrahim dan ukhwah antara ahli. Semoga dengan aktiviti serupa ini, semangat ahli PSS dan KRU akan terus kuat untuk bergerak kerja.

Cebisan memori Konvoi Motor PSS dan KRU Kota Belud (Muslimin)




Ukhuwwah itu sangan manis.
semoga bertemu di konvoi yang akan datang

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2013/01/konvoi-motor-pss-dan-kru-kota-belud.html

Qiamullail Perdana PSS & KRU Kota Belud November 2012

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..
Alhamdulillah.. Pada november yang lalu,kelab remaja ukhuwwah dan persatuan siswazah sabah kota belud (KRU&PSSKB) telah mengadakan Qiamulail yang dilakukan pada musim cuti sekolah. Program Qiamulail bulan ini bertemakan Jom Hijrah dimana ianya bersempena awal hijrah 1434.

Program Qiamulail kali ini dihadiri sebanyak 33 orang peserta dari muslimin dan muslimat. Alhamdulillah,walaupun musim cuti sekolah dapat juga peserta-peserta yang mengikuti program ini meluangkan masa dengan menghadirkan diri ke taman-taman syurga.
Qiamulail kali ini berbeza daripada qiamulail yang sebelumnya kerana program kali ini mengajak semua peserta untuk berjelajah iaitu turun ke pekan mengedarkan risalah tentang hijrah sekaligus mengajar peserta-peserta kali ini cara berdakwah kepada masyarakat dan aktiviti ini dinamakan jelajah dakwah.

Seterusnya,selepas bersolat maghrib secara jemaah kami telah melakukan usrah secara berkumpulan.Usrah kali ini lebih kepada perbincangan tentang penghijrahan diri peserta.Selepas itu,kami solat isyak berjemaah dan sesudah siap mendirikan solat isyak terdapaat slot seterusnya iaitu ceramah agama yang bertajuk tentang hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Bonsu iaitu mufti JAKIM. Pengisian ceramah kali ini banyak menceritakan tentang penghijrahan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga ukhuwwah yang terjalin antara muhajirin dan ansar.

Usrah dilakukan selepas slot ceramah,peserta bersama Fasililator kumpulan masing-masing membuat bulatan cinta mereka yang mana intisari cerita tentang hijrah dan juga perjalanan setiap peserta semasa mengedarkan risalah kepada masyarakat.

Hari kedua peserta diisi dengan melakukan qiamulail pada 2/3 malam.Selepas qiamulail,solat subuh berjemaah dan membaca Al-mathurat. Slot seterusnya ialah peserta melakukan LDK di perkarangan kawasan masjid dengan melakukan 1 aktiviti yang memerlukan idea peserta-peserta untuk memikirkan cara penyelesaian bagi aktiviti tersebut.Selepas slot LDK,peserta dijamu dengan sarapan seterusnya melakukan kerja-kerja amal iaitu membersihkan kawasan masjid.Selepas selesai melakukan amal kebajikan, peserta berkumpul di dalam masjid untuk slot resolusi dan seterusnya lambaian ukhuwwah dari peserta dan ajk .

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2013/01/qiamullail-bulanan-pss-dan-kru-kota.html

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Februari 2013

Penyertaan Qiamullail kali ini seramai 82 peserta ^_^

Bismillahirrohmanirrohim,
Curahan Cinta dan kasih buat-Mu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
sentiasa memberi nikmat dan pengampunan kepada tiap-tiap hamba-Mu,
tabahkanlah hati kami dalam memperjuangkan menegakkan agama-Mu,
dan Mencintai-Mu dengan setulus hati dan ikhlas dalam sanubari kami.

Tidak ada Cinta yang terAgung melainkan Cinta-Mu,
Engkaulah memiliki Cinta yang paling mulia lagi suci murni,
Cinta-Mu takkan putus kepada hamba-hamba-Mu yang soleh,
Sesungguhnya Engkaulah Kekasih pemberi Cinta yang sejati.

Jadikanlah kami diantara orang-orang yang mencari Cinta-Mu,
agar dapat kami mencintai-Mu dengan sepenuh hati dan jiwa,
membenci kepada iblis-iblis, syaitan-syaitan dan segala kemungkaran,
dan menyanyangi dan mencintai sepenuh jiwa akan diri-Mu dan segala suruhan-Mu,
untuk membawaku pergi ke julang Jannah tempat paling indah. ^_^

Berkat izin-Mu dan Cinta dan kasih-Mu,
panjatkan syukur ke hadrat-Mu Ilahi,
dapat juga kami laksanakan Qiamullail kali ini,
dengan tema yang sangat menyusuk hati para hamba-Mu,
pada 23-24 Februari 2013 di Masjid Jamek, Putatan, Sabah,
dengan temanya "I Love You".

Mengupas isu berkenaan dengan Fitrah Cinta manusia,
Cinta yang sebenar yang disyariatkan dalam Islam,
adab Pergaulan dan peghubungan diantara muslimin dan muslimat,
yang kini hanyut dibuai alam percintaan dunia yang tidak sepatutnya,
dan kembali ke alam Fitrah Cinta sebenar iaitu mencintai-Mu.

Assalamu'alaikum adik-adik dan para muslimin dan muslimat,
Qiamullail kali ini berlangsung lagi untuk bulan Februari ini,
Jom ikuti perjalan mereka dalam Qiam kali ini :)

Jam 4:00pm
Sesi Pendaftaran KRU Putatan
Seperti biasa Sesi Pendaftaran perlu ada untuk mengetahui bilangan peserta yang mengikuti Qiam ini :)
Jam 5:00pm
Taklimat KRU Putatan
Para peserta kemudiannya mengikuti sesi taklimat pergerakan Qiam ini agar lebih memahami perjalanan dan tentaif Qiam ini dan diselitkan juga pembuka rohani dan intelektual mereka dengan sedikit modul sebagai perangsang minda dan jiwa mereka agar lebih bersemangat dalam diri mereka mengikuti program ini.
Jam 6:00pm ; Urus Diri
Jam 6:30pm ; Solat Maghrib
                     ; Kuliah Maghrib
Hasmadi Hasbi PSS Putatan
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Akh Hasmadi Hasbi
Mendengar Kuliah Maghrib
Adik-adik peserta mendengar apa yang disampaikan ^_^
Jam 7:39pm ; Solay Isyak
                     ; Makan Malam
Makan Ikut Sunnah Nabi berkongsi dan berjema'ah makan
Masa untuk makan malam ^_^
Jam 8:30pm ; Sembang Ilmiah bertajuk "Fitrah Cinta"
Sembang Ilmiah bertajuk "Fitrah Cinta"
Selepas isi perut dengan makan sekarang isi rohani dengan Sembang Ilmiah bertajuk "Fitrah Cinta"


Salin nota
Peserta menyalin nota-nota isi yang disampaikan penceramah :)

Sesi Penyampaian Cendrahati buat penceramah Jemputan
Sesi Penyampaian Cendrahati buat penceramah Jemputan
Jam 9.30pm ; Modul Menarik
Modul Menarik
Menghiburkan para peserta dengan modul yang menarik buat mereka ^_^
Jam 10.30pm ; Minum Malam 
Minum Malam dan Sambut Bufday Februari
Masa untuk minum malam dan kali ini peserta yang lahir pada bulan Februari dengan sambutan yang amat mengejutkan [AJK buat-buat marah kepad peserta dan suruh berdiri yang disebut namanya (peserta yang lahir bulan Februari)] 
Jam 10:45 ; Slot Muhasabah
Muhasabah Diri
Slot Muhasabah buat peserta memberi sedikit keinsafan dengan menyentuh hati para peserta untuk kembali mengingati Allah dan melembutkan hati mereka kembali dengan zikrullah kepada Allah :'(
Jam 11:30pm ; Baca 3 Kul
                       ; Tidur

_______________________________Kesokan Hari_____________________________
Jam 3:30am ; Bangun
Jam 4:00am ; Munajat & Qiamullail
Jam 5:12am ; Solat Subuh
                     ; Al-Mathurat
Bacaan Al-Mathurat
Membaca Al-Mathurat setelah Solat Subuh 
Jam 5:45am ; Sembang Subuh bertajuk"Adab Pergaulan"
Santapan rohani dengan pengisian ilmu bersema penceramah bersembang Subuh tentang Adab Pergaulan 
Cendrahati penceramah
Cendrahati buat Penceramah
Jam 6:45am ; Cergas-Cerdas
Cergas-Cerds "Air dan Surat Khabar"
Mehidupkan Jasmani dalam diri para peserta dengan permainan yang menyeronokkan ^_^
Jam 7:30am ; Urus Diri
                     ; Sarapan Pagi
Masa untuk bersarapan Pagi, pasti ad yang lapar sangat kerana terlalu letih berpamin tadi ^o^
Jam 8:15am ; Solat Dhuha
Jam 8:30am ; Pergulungan & Releksi
Pergulungan & Releksi
Temubual bersama peserta dan ucapan pimpinan/ajk/fasi KRU Putatan dan Amanat PSS serta makluman tarikh Qiamullail Perdana Bulan Mac 2013 akan datang
                    ; Do'a Wehdah
Lambaian Ukhuwwah Peserta, Ajk, Fasi dan PSS & KRU Putatan bagu memantapkan lagi ukhuwwah bersama :)
Jam 10:00am ; Sesi Fotografi dan bersurai
Persiapan Tag Nama Peserta dan Printing Modul dan lain-lain
Mempersiapkan segala urusan Media seperti tag nama, printing paper dan lain-lain
Persiapan Makanan buat Peserta dan AJK Qiam
Ucapan ribuatn terima kasih buat AJK Makan yang telah menyediakan makan buat para peserta dan AJK, tanpa korank kami akan kebuluran :)

Click here for more photo Qiamullail


Cintai Allah sedalam-dalamnya,
jadikan Dia kekasih yang utama,
ikuti segala yang Dia suruhi,
dan jauhi apa yang Dia larangi.

AKU MENCINTAI ALLAH!!! ^_^

Sumber : http://kruputatan.blogspot.com/2013/02/qiamullail-perdana-pss-kru-putatan.html

Usrah Gabungan (Muslimin & Muslimat) PSS & KRU Putatan

Bismillahirrohmanirrohim,
Bersyukur kehadrat Ilahi segalanya hanya mampu dipermudahkan dengan izinnya,
setiap perancangan hanya terlaksana dengan keizinannya,


Usrah kali ini diteruskan lagi dan selalunya usrah seperti ini diadakan sebulab sekali,
bagi memastikan ikatan ukhuwwah diantara ahli-ahli KRU Putatan,
bukan sahaja kepada muslimin-muslimin dan muslimat-muslimat sahaja malah perlu bersatu,
persatuan itu amatlah penting bagi memastikan ikatan dan organisasi itu lebih erat,
dan memastikan setiap apa yang dilakukan hendaklah bersempendapat dengan yang lain,
agar kerjasama itu lebih terserlah dan dapat membantu para ahli KRU Putatan,
dapat mempelajari serba sedikit usrah dari muslimin dan seterusnya muslimat.

*Turut diadakan mesyuarat akhir penyelarasan Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Februari 2013. Qiamullail akan diadakan pada 23-24 Februari 2013 bertempat di Masjid Jamek Putatan, SABAH.


Semoga para ahli-ahli KRU Putatan ini terus istiqomah dalam berjuang menyebarkan islam,
selaras dengan hasrat dan tujuan penubuhan KRU Putatan ini,
moga Allah memberkati setiap kebaikan yang kita buat,
dan apa yang dilakukan ini terus diteruskan dalam medan dakwah ini ^_^

Sumber : http://kruputatan.blogspot.com/2013/02/usrah-gabungan-muslimin-muslimat-pss.html

Program Jil Ul Islam, Kali Ke-4 (2013) PSS Tuaran

Hati menanti saat-saat untuk bersama mereka. Alhamdulillah tahun ini berpeluang "Membina Generasi Islam" di Sekolah Agama Negeri, Tamparuli. Hanya bersebelahan dengan Masjid Ubudiyyah dan sekaligus menjadikan masjid sebagai medan bersama mereka petang itu, 01 Mac 2013.

Ya, petang itu satu lagi memori tercatat bersama geng KRUT dan adik-adik peserta KRU Tunas. Seramai 140 orang peserta melibatkan diri. Menyantuni jiwa-jiwa yang suci ini membuatkan setiap gerak dituntun supaya lebih bermujahadah di jalanNya. Harapan agar generasi inilah yang bakal menjulang Islam kelak.

Para fasi kali ini menampilkan wajah-wajah baru yang bakal menggantikan kepimpinan KRUT. Mentarbiyah sambil ditarbiyah. Moga terus istiqamah hendaknya.
Taklimat
Pengenalan KRU
Jiwa-jiwa ini ( ^___^ )
Kumpulan Abang Azizul A
bukan Azizul J ya (^_^) 
Kumpulan Abang Ikhwan
 
 Kumpulan Abang Azizan
Kumpulan Abang Faiz
Kumpulan Abang Jumasri
Kumpulan Abang Arif
Kumpulan Abang Iman
Kumpulan Kak Rosliza
Kumpulan Kak Amelia
Kumpulan Kak Riya
Kumpulan Kak Fadilah
Kumpulan Kak Malia
Kumpulan Kak Bibi Hafsah
Kumpulan Kak Aqilah
Kumpulan Kak Nazihah
Kumpulan Kak Atiqah
Kumpulan Kak Noor
Masih meneruskan LDK?
Kita minum dulu...
 
 Solat Asar
Koreksi diri
Lambaian Ukhuwwah
Bersama Guru Besar..Ustaz Shayrul ( ke-4 dari kanan )
Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2013/03/jil-ul-islam-2013.html

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons