PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, March 13, 2013

Program Ibadah Ohsem Perisai Virus Valentine PSS & KRU KK (Qiamullail Febuari)


KOTAKINABALU- Pada 23-24 februari yang lalu, Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu telah menganjurkan program Qiamullail bulanan yang bertajuk Ibadah Ohsem Perisai Virus Valentine. Program ini berlangsung di Masjid UMS. antara aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan ialah senamrobik, talkshow ‘Cafe Cinta Remaja’, LDK, dan lain-lain lagi. bilangan peserta melebihi 100 orang yang terdiri dari sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar KK.

aktiviti kemuncak program ini ialah talkshow cafe cinta Remaja. moderator talkshow ini ialah saudari Marni dan ahli-ahli panelnya ialah saudara Renifezri, Saudara Azizul dan saudara Nazree. peserta memberikan respon yang amat baik sepanjang talkshow ini.
Image
selain talkshow, aktiviti lain seperti senamrobik juga disediakan untuk peserta. instruktor senamrobik pada masa itu ialah peserta-peserta yang terdiri dari kadet pertahanan awam dan saudara Arfizan.
selain itu, kuliah dasar tentang solat jamak dan qasar dari Saudara Jubair Juhinin iaitu ahli persatuan siswazah sabah cawangan kundasang juga diadakan untuk peserta kali ini. untuk peserta sekolah rendah pula, kuliah dasar tentang solat masbuq dan muaffiq telah disampaikan oleh saudari Nor Farah Hani Hafiz.
sebagai penutup, program kali ini bertujuan untuk membuka minda tentang bahaya virus valentine day ini dan memberikan antidote kepada peserta iaitu dengan pengisian-pengisian ilmiah daripada virus cinta berlandaskan nafsu itu.
Montaj Program:: http://www.youtube.com/watch?v=epSqDeulKcw
ImageImageImageImageImageImageImageImage

ImageImage


0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons