“Sebaik hiasan dunia, ialah wanita solehah”
Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi kerana dengan izin dan kurniaaNya, PSS KM & KRU KM telah selamat mengadakan program “Ladies Day” pada 27/03/2013 di Pasti Al-Hikmah Taman J.J Kota Marudu.
Ladies Day dimulakan dengan tazkirah “Kecantikan Wanita Sebenar” yang disampaikan oleh PSS sangat rajin setiap kali tazkirah yang ingin di sampaikan, mesti di iringi dengan “slide” yang disediaknnya. Alhamdulillah pengisian yang diberi sedikit sebanyak memberi ilmu baru kepada peserta dan ajk yang bertugas.
Diteruskan dengan Pertandingan Ratu Muslimah yang disertai oleh 4orang peserta, di mana selain keyakinan, kreatif dan pengetahuan dalam ilmu agama juga di ambil kira oleh para juri untuk dijadikan sebagai juara Ratu Muslimah.
Kemudian Program seterusnya ialah Pembelajaran Penggunaan Photoscape. Sebelum pembelajaran bermula, peserta perlu mengetahui kepentingan pembelajaran tersebut iaitu untuk melindungi gambar-gambar muslimah dari menjadi fitnah dunia terutama zaman media social yang semakin merunsing walaupun photoscape adalah satu aplikasi mudah yang penting kegunaannya demi kebaikan muslimah.
Program berhenti seketika setelah masukknya waktu solat zuhur, para peserta dan ajk solat berjemaah bersama. Usai solat zuhur, makan tengah hari berjemaah dengan lauk yang cukup simple tapi istimewa; ikan masin, telur goreng dan sambal asam jawa serta timun yang tumis.
Alhamdulillah.. program kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Muslimat PSS KB kemudian mereka sempat lagi beraaruf dengan peserta dan ajk Ladies Day.
Selepas itu, Pertandingan Nasyid bermula dan dihakimi oleh Musiimat PSS KB diteruskan. Dengan 3 kumpulan yang bertanding mengikut lagu yang dipilih oleh peserta sendiri.
Selesai pertandingan Nasyid, Explorace Dakwah adalah aktivti terakhir yang dilaksanakan mengikut ‘checkpoint’ yang telah disediakan. Para peserta perlu menempuh semua checkpoint dengan jayanya agar mereka dapat ke checkpoint seterusnya. Di mana checkpoint tersebut di awasi oleh ajk bertugas yang berlakon mengikut situasi seperti pasangan yang sedang berdua-duaan, sekelompok manusia yang sedang mengumpat, bergaduh dan golongan yang tidak menunaikan solat.
Akhirnya, Explorace Dakwah ditamatkan dengan baik, para peserta perlu mempunyai ilmu, seni dalam berdakwah dan hujah yang bernas.
Sebelum mengakhiri Program, Majlis Penyampaian hadiah dijalankan kepada pemenang-pemenang dan sedikit tayangan Montaj Program.
Di akhiri dengan Lambaian Ukhuwwah, semoga ukhuwwah yang tertaut di eratkan dan tetap dalam jalan dakwah menuju redha Allah.. :)

0 comments:
Post a Comment