PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, April 11, 2013

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Mac 2013


Penyertaan kali ini seramai 60 orang pada 30-31 Mac 2013, 
bertempat di Masjid As-Salam, Kg Contoh, Petagas, Putatan, Sabah.

Bismillahirrohmanirrrohim,
Alhamdulillah, sekali lagi untuk bulan Mac Qiamullail telah dilaksanakan dengan jayanya,
berkat keizinan Allah mempermudahkan menjalankan program ini,
dengan bantuanNya yang tidak putus-putus membantu hambaNya yang lemah ini,
kerana sesungguhnya Dialah tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

Qiamullail Perdana Mac 2013 ini bertemakan Halawatul Aqidah (Kemanisan Aqidah),
memberi input kepada peserta tentang perlunya kita memaniskan aqidah dalam diri kita,
dan menekan betapa pentingnya aqidah seseorang itu di dalam diri setiap insan.
Pas Peserta Qiam Mac 2013

Sekitar Jam 4.00pm - 5.00pm sesi pendaftaran berlangsung
Kiri bahagian Muslimat kanan bahagian Muslimin

Turut diadakan aktiviti jualan kepada para peserta
Jualan seperti buku-buku, badge, minuman dan makanan.

Pada Jam 5.00pm sesi Taklimat Program dan Ice Breaking para peserta
Perincian tentang perjalanan program dan sesi ta'aruf kepada peserta

Sesi Kuliah Maghrib setelah selesai Solat Maghrib berjema'ah
Kuliah Maghrib berkenaan dengan aqidah

Selesai Solat Maghrib, masa untuk Makan Malam ^0^
Seorang peserta membimbing bacaan do'a sebelum makan
Makan malam (Nasi, Ayam Masak Merah dan Sayur Kubis+Lobak)
Makan berjemaah adalah sunnah nabi ^^
LDK Menarik kepada peserta menguji mentaliti mereka
Mengajak peserta berzikir kepada Allah moga diberikan ketenangan pada diri :)

SekitarJam 9.30pm Modul menarik yang diberi nama "Candle War"
Sesi taklimat candle war
Pembahagian kumpulan
Peserta dikehendaki mencari 5 checkpoint yang betul untuk memenuhkan gelas mereka dengan air sekiranya salah kemungkinan lilin mereka akan dipadamkan oleh checkpoint yang salah dan perlu mencari seseorang yang memegang macis untuk menghidupkan semula bukan dihidupkan menggunakan lilin orang lain.
*Lilin masih menyala & Penuhkan Gelas dengan air*
Mengajak peserta memahami pengajaran disebalik modul "candle war"
untuk dijadikan sebagai Muhasabah Diri kita semua~

*Lilin ibarat islam kita yang perlu dijaga dan merupakan kehidupan kita (lilin menyala dan akan habis sampai masanya),
walaupun ianya sukar bagi kita tapi kita perlu pertahankan (menjaga lilin dari terpadam walaupn sanggup berpanasan),
namun sering kali syaitan cuba menghasut kita membuatkan islam kita tercemar (lilin terpadam), 
dan kita perlu mendekatkan islam itu balik (mencari macis) dengan mendekatkan diri dengan Allah,
bukannya berputus amempelajari dan mendekati agama lain (mghidupkan gna lilin orang lain), 
namun kita perlu mencari ilmu dan memastikan ilmu itu adlah benar (5 checkpoint yang betul),
dan lebih baik jika dilakukan secara berjemaah agar pertahanan itu lebih kuat (berkumpulan)*

Kira-kira jam 11.00pm modul berakhir dan sedikit minum malam disediakan
Minum Malam dahulu baru tidur :D
Posmotem para AJK dan Fasy untuk memperbaiki perjalanan program

Peserta bangun jam 3.30am untuk Qiamullaill dan Solat Subuh serta Kuliah Subuh, dan dijamahkan sedikit jamuan ringan daripada orang Masjid.

Jam 7.30am peserta bersiap sedia untuk aktiviti Cergas-Cerdas
Sebelum mula kenalah panaskan badan longgarkan otot ^_^
Dengar cara bermain aktiviti permainan ini. 
Setiap peserta diberi kumpulan dan diikat kaki mereka seperti ini ^,^
Nampaknya semua kumpulan sudah ikat kaki mereka
Sedia untuk dilepaskan

MULA!!!
Peserta yang sampai hendaklah meneruskan langkah seterusnya "Pensel bertali jemaah"
Begitu juga muslimat

Aktiviti berikutnya "Fesion News"
Setiap kumulan tengah sibuk menghasilkan design masing-masing..
Inilah hasilnya robot-robot fesion modal mereka ;D

Selesai Riadah peserta dibawa bersarapan dan kemudian urus diri dan solat Dhuha
Sekitar jam 9.00am sesi pergulungan kesulurhan program.
Sebarang komentar berkenaan dengan program, cadangan ataupun menambahbaikan, komen-komen dan kekurangan mahupun kebaikan serta perkongsian bolehlah dibuka kepada semua peserta dan AJK untuk KRUP mempertinggkatkan qualiti program ini..

Do'a Wehdah dan bersalam-salaman bagi memperkukuhkan ukhuwwah kita..
Do'a Wehdah
Bersalam-salaman
Penutup yang wajib ada BEGAMBAR!!! ^_^



Manislah Aqidah Untuk Islam ^_^

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons