PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, June 27, 2012

Program Titian Kasih Kg Sungai Damit Tuaran, Sabah.

Kegembiraan jelas terpancar diwajahnya. Bahagia. Sungguh bahagia. Bahagia tika impian termakbul. Sejak terlibat dengan KRU dan buat pertama kali menyertai PTK Ziarah Kg Sambah bulan Mei tahun ini, dia menyimpan hasrat agar program sedemikian dapat dilaksanakan di kampung halamannya. Keinginan membuak mahu berdakwah di kampung sendiri tidak dapat dibendung lagi. Lalu diluahkan dengan sahabat-sahabat KRU yang lain. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Rakan-rakan KRU sangggup membantu. Begitu juga abang-abang dan kakak-kakak PSS. Menjelang 23-24 Jun 2012 impiannya menjadi kenyataan. Alhamdullillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Jika dia mengecapi bahagia, pasti yang membantu menjayakan hasratnya jauh lebih bahagia. ‘Bahagia pabila dapat membahagiakan’.(^_^) Kedatangan...

Tuesday, June 26, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Jun 2012

Pada 23-24 Jun 2012 yang lalu, satu Program Qiamullail bulanan anjuran sebuah NGO iaitu Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Putatan, Masjid Daerah Putatan dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah berjaya diadakan.  Antara objektif program ini diadakan adalah bertujuan memberikan kefahaman Islam sebagai cara hidup (Ad-Deen) melalui aktiviti dan modul menarik yang diselitkan sepanjang progam ini berlangsung. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyuburkan budaya mencintai ilmu dan budaya untuk mengimarahkan masjid sebagai tempat beribadah dan menggali ilmu. Secara tidak langsung juga, melalui program seumpama ini, dapat mengisi masa lompong hujung minggu para remaja dengan aktiviti-aktiviti menarik...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons