PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, June 17, 2012

PSS ucap tahniah kepada Nur Faten Izzati binti Rablin



9 JUN 2012 : Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah menyambut kepulangan saudari Nur Faten Izzati Rablin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Retreat PSS pada petang itu ditangguhkan seketika bagi memberi peluang kepada pimpinan PSS untuk bersama-sama menyambut pulangnya seorang srikandi KRU yang baru sahaja meraih gelaran sebagai Naib Johan Qariah Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012. Seramai 8 orang wakil dari PSS telah berkesempatan untuk bersama-sama dengan keluarga dan sahabat Faten di KKIA bagi menanti ketibaan beliau pada petang itu.
 Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini telah berlangsung di  Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor bermula 4-8 Jun 2012. Bagi kategori Qari, Johan telah disandang oleh Muhammad Anuar, 36 yang berasal dari Kelantan.  Naib Johan dimenangi oleh Zul-Hasyime Mohamed Yunus dari negeri Pahang dan tempat ketiga turut disandang oleh Qari dari Sabah iaitu Mohamad Raffe Ghalil Abbas. Johan bagi ketegori Qariah telah diraih oleh  Che Aminah, 57 yang berasal dari Kedah. Naib Johan, Nur Faten Izzati Binti Rablin dari Sabah dan tempat ketiga telah disandang oleh  Marzian Mohd Deli dari negeri Kedah. Walaupun johan keseluruhan bagi pertandingan tilawah bagi tahun ini dimenangi oleh negeri Pahang, namun pencapaian wakil dari negeri Sabah amat memberansangkan kerana dapat meraih tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut.
  Team Media PSS sempat menemubual saudari Faten dan bertanyakan beberapa soalan mengenai penglibatan beliau dalam Tilawah Al-Quran. Perkongsian daripada saudari Faten dapat diikuti daripada video eksklusif temubual PSS bersama beliau. Semoga apa yang telah dikongsikan memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada masyarakat amnya dan generasi muda khususnya untuk lebih menghargai dan menghayati Al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan kepada kita. Saudari Faten yang telah memperolehi 79% markah semasa pertandingan tersebut berkata tidak menyangka bahawa beliau akan mendapat tempat kedua. Secara tidak langsung, ini merupakan sejarah bagi negeri Sabah yang buat julung-julung kalinya mendapat Naib Johan kategori Qariah.    

Temubual PSS bersama Nur Faten Izzati
Berikut merupakan biodata saudari Nur Faten Izzati Binti Rablin yang juga merupakan salah seorang ahli KRU Kota Marudu.
Nama                     : Nur Faten Izzati Binti Rablin
Umur                     : 20 tahun
Tarikh Lahir           : 21 Februari 1992
Tempat Lahir         :  Kota Marudu, Sabah
Asal                       : Kota Marudu, Sabah
Hobi                      : Bertarranum
Cita-cita                 : Pensyarah Al Quran dan Qiraat
Motto                    : Berjaya dalam hidup atas landasan Al Quran dan Assunnah
Tempat Pengajian :
                i) Tadika                               : SJKC Khoi Ming
                ii) Sekolah Rendah                : SK. Pekan Kota Marudu
                iii) Sekolah Menengah           : SMK Kota Marudu (2005-2007)
                                                              SMKA Inanam (2008-2009)
                iv) Pengajian Tinggi               : Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat Negeri Sabah

 Penglibatan dan Pencapaian :

            Bagi pihak Persatuan Siswazah Sabah (PSS), kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudari Faten atas kejayaan beliau selaku Naib Johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2012. Melihat kepada kesungguhan saudari Faten dalam mempelajari dan menghayati Al-Quran,ia perlulah menjadi contoh kepada generasi muda agar kita sentiasa membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim. Semoga ayat-ayat suci yang terkandung dalam Al-Quran sentiasa segar di hati para remaja dan sentiasa diamalkan. 

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Dikatakanlah (kelak ketika akan masuk syurga) kepada ahli Al-Quran (yakni gemar membaca, menghafal serta mengamalkan isinya): "Bacalah dan naiklah darjat/martabatmu(dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca dengan tartil) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, kerana sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca."




Koleksi Gambar di sini.






0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons