PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, June 26, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Jun 2012



Pada 23-24 Jun 2012 yang lalu, satu Program Qiamullail bulanan anjuran sebuah NGO iaitu Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Putatan, Masjid Daerah Putatan dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah berjaya diadakan. 

Antara objektif program ini diadakan adalah bertujuan memberikan kefahaman Islam sebagai cara hidup (Ad-Deen) melalui aktiviti dan modul menarik yang diselitkan sepanjang progam ini berlangsung. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyuburkan budaya mencintai ilmu dan budaya untuk mengimarahkan masjid sebagai tempat beribadah dan menggali ilmu. Secara tidak langsung juga, melalui program seumpama ini, dapat mengisi masa lompong hujung minggu para remaja dengan aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat. 

Program dua hari satu malam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak terutama di kalangan remaja di sekitar Daerah Putatan dengan menyaksikan penyertaan seramai 105 orang peserta yang terdiri daripada para remaja sekitar Putatan. Menariknya, program ini disertai oleh pelbagai peringkat usia dengan peserta termuda berumur 8 tahun sehingga umur 20 tahun. 

Program yang julung dan sulung kalinya diadakan di Masjid Daerah Putatan ini turut dijayakan oleh seramai lebih kurang 25 orang AJK dan fasilitator yang turut berkampung satu bumbung bersama-sama peserta yang lain di sini. 

Para peserta dapat menambahkan kenalan sepanjang program ini kerana ianya disertai oleh banyak sekolah seperti dari SMK Putatan, SMK Tansau, Sekolah Maktab Sabah, SMK Sanzac, SM La Salle, SK Pekan Putatan, SK Tanjung Aru 1, SK Kepayan dan banyak lagi. 

Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan dalam program ini adalah seperti Ice-Breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Riadah, Kongsi Ilmu, Kuliah Maghrib, Slot Muhasabah, Qiamullail dan Munajat, Slot Refleksi dan banyak lagi. 

Alhamdulillah, program ini mendapat banyak respon yang positif daripada pelbagai pihak terutama daripada para peserta dan Ibu Bapa. Insyaallah, program seumpama ini akan cuba dirangka dan diadakan secara bulanan dan berkala bagi memastikan pembentukan jati diri dan pembinaan sahsiah diri remaja yang lebih holistik. Diharapkan juga program seumpama ini mampu menggilap bakat dan kemahiran yang terpendam serta menambah kualiti diri para remaja dalam menghadapi realiti kehidupan masyarakat yang serba mencabar. 

Pihak Persatuan Siwazabah Sabah (PSS) merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Putatan dan Masjid Daerah Putatan yang banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi moral dan logistik bagi memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya. PSS juga memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kecacatan sepanjang kami mengendalikan program ini. 

"Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok" 

Disediakan Oleh :

(HASMADI BIN HASBI)
Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah (PSS)
Cawangan Putatan
013-5012795

Pendaftaran Muslimin dan Muslimat
Modul 'Langkah Senada'
Regangan (Kanan)
Slot Kongsi Ilmu : Remaja & Ilmu oleh Ustaz Jumat.
Doa Wehdah
Lambaian Ukhuwwah (Kiri) & Kuliah Maghrib
Penyampaian Cenderahati kepada Ustaz Shahir (Kiri)
Pengenalan Fasilitator (Kiri)
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Lepas Maka,Cuci Talam. (Kiri)
Masjid Daerah Putatan (kiri). Orang kuat Qiam Jun 2012 (Kanan)
Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.
Adik Muqrieyyudin Abdullah, 8 Tahun. Peserta termuda (kiri)
Makan pun sempat post lagi.
Kongsi Ilmu oleh Ustaz Shahir (Kiri). Post-Mortem program oleh AJK & Fasilitator (Kanan)

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons