PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, May 11, 2009

Puteriku Sayang : 'Semakin Hari Semakin Rindu'

Puteriku-Puteriku Sayang bergambar bersama kakak-kakak fasilitator

Tukang masak, tukang potong kayu api, tukang basuh pinggan dan tukang tenyeh bontot kuali menghilangkan peluh-peluh perjuangan.

Antara menu yang ditiup, dihembus dan dijampi dengan ayat pelembut hati, ayat pengasih dan ayat penerang hati.

Puteriku Sayang: 'Semakin Hari Semakin Rindu', begitulah bunyi nama dan tema program yang berjaya dilaksanakan hujung minggu yang lepas. Melibatkan 10 orang puteri, dan 18 orang AJK, program pembangunan remaja yang bertumpu ini menyentuh hulu jantung dan pangkal hati mereka, sehingga ada yang tidak mahu berpisah dengan kakak kesayangan. PSS tidak berhajat mendedahkan modus operandi program, tetapi cukuplah kalau dikatakan semua pihak berpuas-hati dengan program yang dilaksanakan, dan tidak ada apa-apa masalah besar yang dihadapi. Kesannya? Kita tunggu dan lihat. Terima kasih pada semua yang membantu menjayakan program, daripada pemotong kayu api, penemuramah peserta hinggalah ke kakak-kakak kasih. Sentuhan dua orang murabbi PSS, Abg Bun yang telah lama tidak beraksi dan Kak Jannah, 'ulat bulu yang menjadi rama-rama' nyata memberi kesan kepada peserta, selain senda-sindir orang lama, Abg Fairuz. Lebih-lebih lagi apabila makanan yang dikacau banyak ditiupkan dengan ayat 'guna-guna'. Mesej yang diterima daripada Ustaz Zaki di penghabisan program cukup untuk menjadi kayu ukur dunia,

"Salam, tahniah n syukran jazakallah khairan kathira..semua pelajar rasa xpuas program 1 hari. Klu boleh diorg mau ikut lagi dan lama lg..mereka bg markah program ni 10/10..diorng begitu merekemenkan program ini kpda kwn2 yg lain.."

Pesan daripada pihak penaja rancangan, janganlah jadikan titik pertemuan ini permulaan yang tergantung. Pengorbanan yang tinggi oleh pembimbing, baik dari segi masa, tenaga dan wang ringgit yang akan meresapi hati adik-adik dan menjadikan mereka muslimah yang bertaqwa, insyaAllah..Amin.

1 comments:

Azimah Rupilen said...

salam...

tahniah...

ana tak pegi pun tertarik nak join.

By the way.. ana dalam usaha nak tulis sebuah novel, n nak masukkan PSS dalam novel ana, cumanya belum kenal lagi dan perlu banyak bertanya pada kakak2 yang menjadi organizer program2 PSS...macam mana nak kontek depa?

kalau dah ada yang sudi nak bercerita...silalah tinggalkan mesej dalam blog ana...www.saifulmujahidah.blogspot.com..

syukran. moga usaha kalian mendapat redha-Nya!

wslm

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons