PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, December 31, 2012

Program Ambang Persekolahan PSS & KRU Putatan 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bersamaan 12 Safar 1434 ,
Hari Sabtu ,
Pada jam 8:30 ...
Bertempat di Masjid Hilal , Tg Dumpil ( Sebelah Balai Cerap )...

Alhamdulillah , Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menjayakan sebuah lagi program yang bermanfaat...

Tahniah kepada adik2 sekitar Putatan , Sabah yang telah sudi mengikuti 'Program Ambang Persekolahan ' anjuran Persatuan Siswazah Sabah serta kerjasama Kem Remaja Taqwa Putatan ( KRU Putatan ) . Kami sangat berharap agar program yang dijalankan akan memberi impak mahmudah kepada adik2 supaya bersemangat untuk memulakan hari persekolahan bukan sahaja pada hari pertama , tetapi istiqamahkan sehingga selama-lamanya :)

Tepat pukul 8:30 am . Adik-adik yang mengikuti program telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Alhamdulillah , ramai juga yang sertai . Tidak lupa juga , kami mengambil kesempatan untuk menjual sedikit barang baik punya .. hehe, antaranya Buku ilmiah Sinergi dan badges Islamik . Dan juga Kalender PSS 2013 yang telah di'design' oleh Hasmadi Hasbi .. hanya rm2 sahaja ! Cepat sebelum kehabisan stok :D

# Antara peserta2 muslimin yang sedang berdaftar...

#Kalender PSS 2013 : Dapatkan sekarang ! Hnya rm2 :D

#Buku Ilmiah Sinergi ..

Aktiviti-aktiviti yang kami sertakan sepanjang program antaranya , permainan melukis 'Peta' di atas sekeping kertas A4 . Adik2 dikehendaki untuk melengkapkan peta tersebut . Tidak lupa kepada AJK kakak2- abang2 juga turut serta ikut permainan tersebut. hehe :)

#Permainan lengkapkan peta yang amat mencabar ....

Aktiviti seterusnya ialah adik2 dikehendaki untuk meluncurkan bola pingpong selama mana yang mungkin di atas papan yang dibina dengan menggunakan straw yang dibekalkan oleh Hasmadi Hasbi . Walaupun tidak ada yang dapat memecahkan rekod lama iaitu selama 52 saat ! Tetapi ekurang-kurangnya mereka telah berusaha dan memberi kerjasama yang hebat ! 

haaa. . Sepanjang program berlangsung , AJK Muslimin sedang berusaha berhabis-habisan membakar ayam dan sosej . Aktiviti ini dinamakan.... BBQ ! Haaa. aktiviti ni lah yang ditunggu-tunggu oleh adik2 peserta dan AJK :P 


AJK2 Muslimin sedang berusaha mem'BBQ' ayam dan sosej xD

Selesai kedua2 aktiviti tersebut .. adik2 diarahkan untuk masuk ke dalam Masjid untuk menonton video yang penuh dengan kisah teladan sementara menunggu masuknya solat Zohor.. Pada pukul 12:26 tengah hari , jemaah2 sedia mendirikan solat untuk menyempurnakan kewajiban... Seronok2 juga , solat jangan miss ! :D


# Adik2 peserta tak sabar dah nak tengok video menarik ...

Selesai solat fardhu , peserta2 pasti berasa lapar .. hehe, . AJK2 memang dah sedia makanan2 dan minuman.. Bacaan doa makan dipimpin oleh salah seorang peserta muslimin...

pada pukul 1:30 pm bagi menenangkan hati dan fikiran .. peserta2 diminta untuk berkumpul di kawasan masjid kerana ada persembahan yang dilakukan oleh band KRU .. Tajuk lagu yang sebenar ialah 'Anak kampung' penyanyi Jimmy Palikat, Tetapi lirik telah diubah menjadi sangat unik dan maknanya sangat menarik :) Diketuai oleh Cadra Murthy Subagio ..

Sebagai penutup program... seperti biasa perkara yang wajib bagi kami ialah sesi bergambar ... heheh... Sampai di sini sahaja update blog tentang Program Ambang persekolahan... harap2 program kali ni dapat membantu adik2 untuk bertambah semangat memulakan hari persekolahan pada hari rabu ni ( 2 Januari 2012 ) ... Syukran Jazillan Kathira .. Selamat beramal !

#Gambar peserta2 bersama AJK2 PSS dan KRU ...

Pihak PSS dan KRU mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Masjid Hilal , Tg Dumpil kerana telah memberi kami peluang untuk menjayakan program ini .. dan tidak lupa juga kepada adik2 yang sudi mengikuti program ini dan secara tidak langsung dapat mengimarahkan Masjid Hilal (: 

Syukran Jazakallahu Khairan Kathira (:

Sumber : http://kruputatan.blogspot.com/2012/12/program-ambang-persekolahan-2012.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons