PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, December 5, 2012

XPDC ke kampung Sayap





28 november 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah mengadakan satu XPDC yang mengumpulkan ahli-ahli KRU dan PSS Kota Belud. Objektif utama XPDC ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli PSS dan KRU.XDPC ini merupakan XPDC pertama kali dilakukan oleh KRU dan PSS Kota Belud. XPDC ini diketuai oleh sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin merangkan Timb. Presiden 1 PSS Pusat.





Jam 8am
Para peserta berkumpul yang diketuai oleh Ahmad Fauzi,Hanif ,Rauf,Raj,Jainudin,Tarmizi,Abdullah dan Azmin.Kami menggunakan 6 buah moto(1moto tiada kat atas sbb lambat).XPDC ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental kerana jalannya yang berbatu-batu dan memerlukan masa selama 2 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju.Sebelum memulakan perjalanan kami membaca doa yang dipimpin oleh saudara Raj yang merupakan pelajar Kolej Islam Pahang.Selesai membaca doa perjalanan untuk menuju ke Kampung Sayap pun bermula.






Jam 10am
Tepat jam10 kami pun sampai,walaupun penat tetapi kami sangat bersyukur kerana selamat sampai di kampung Sayap.Sesampai kami di sana perkara pertama yang kami ungkapkan ialah perkataan “subahannaullah” kerana kami melihat ciptaan Allah yang ada di sana sangat mengkagumkan..Kami bersyukur kerana tempat ini masih lagi cantik dan dijaga oleh kerajaan negeri.


air terjun
Rauf dan Tarmizi
Raj dan Tarmizi







Perjalanan untuk menuju ke air terjun memerlukan masa selama 20minit  yang jauhnya 870meter.Perjalanan kali ini lagi mencabar kerana berhadapan dengan hutan yang mempunyai bermacam-macam jenis haiwan sama ada yang buas ataupun tidak.Tetapi haiwan yang kami takuti sangat ialah pacat.Perjalanan diteruskan untuk melihat lebih banyak lagi ciptaan Allah yang sangat mengkagumkan.Perkara pertama yang kami lakukan setelah sampai di lokasi air terjun tersebut ialah menyiapkan makanan  kerana perjalan yang jauh menyebabkan kami kehilangan tenaga yang banyak.






Disebabkan cuaca yang mendung ketika kami sampai di tempat air terjun tersebut maka ketua kami pun membenarkan kami mandi selama 30minit sahaja.Air terjunnya pula sangat sejuk dan menyebabkan badan kami mengigil kesejukan.Tidak lama kami pun keluar dari hutan tersebut kerana hujan mula pun turun.






air yang jernih

Pemain malaysia





 Tepat jam1 kami pun pulang ke pekan Kota Belud.Banyak perkara ataupun pengajaran yang kami dapati.Antaranya ialah kita sebagai hamba Allah haruslah menjaga ciptaan yang Allah telah berkan kepada kita.Akhir kalam XPDC kali ini membuatkan mata hati kami terbuka tentang hakikat sebuah perjuangan.Perjalanan dakwah memanglah mempunyai bermacam-macam dugaan,halangan dan rintangan.Tetapi pada pengakhiranya adalah keseronokan yang Allah berikan di syurga.Begitulah juga halnya dalam perjalanan yang kami tempohi selama 2 jam dengan jalan yang berbatu-batu dan penat yang kami tempohi dalam perjalanan untuk sampai ke kampung Sayap,akhirnyai apabila sampai di kampung Sayap kami berasa amat seronok






2 comments:

Divafab said...

I took 1 or 2 of ur very nice pics,it will be displayed in my blog..tq
It's a very useful blog though...tq

Divafab said...

I took 1 or 2 of ur very nice pics,it will be displayed in my blog..tq
It's a very useful blog though...tq

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons