Assalamualaikum Wa rahmatullah Wabarakatuh.
Segala Puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam.Bersama-sama kita berterima kasih atas nikmat dan rahmat Allah yang melimpah ke atas hamba-Nya.Sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad,keluarganya,keturunannya,para sahabat nabi,para anbiya dan orang-orang islam.
Pertama sekali,pihak Persatuan Siswazah Sabah telah di jempat bagi menguruskan pengisian bagi sebuah program.Bertempat di SMK.Gadong,Beaufort. Hanya dua orang wakil PSS&KRU Beaufort dapat membantu program ini iaitu Ustaz Syahriul Bin Hj.Ismail dan Mohd.Shazlin. Wakil PSS tiba pada waktu petang selepas asar.
Program bermula pada jam 3 iaitu pendaftaran beserta solat asar dan taklimat ringkas.Masa ini peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan dan jumlah keseluruhan adalah lebih kurang 200 peserta.Para peserta diminta kemas diri dan selepas itu solat maghrib di surau.Ada sebahagian peserta yang lambat dan mereka bersolat di atas rumput sebagai denda.
Selepas solat,Ustaz Idham memberikan tazkirah bagi mengisi masa lapang.Solat Isya’ di dirikan dan semua di jemput untuk menjamu selera.Di pendekkan cerita,slot syarahan tentang nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Syahriul. Kami semua sayu sekali mendengar segala-galanya tentang Nabi junjungan.
Selesai syarahan,masa untuk sesi latihan dalam kumpulan.Setiap kumpulan di minta membuat bendera ,slogan kata dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing .Sebaik saja masa dah tamat,setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil karya.Sesi dijalankan dengan lancar dan penuh keseronokan.
Para peserta dikehendaki untuk merehatkan diri memandang masa menunjukkan jam 12 malam.Surah-surah lazim dibaca beramai-ramai dan semuanya menuju ke tempat untuk bermalam.Pada jam 3 pagi,semua peserta dikejutkan bagi beribadah di kala waktu malam.Ustaz Syahriul menjadi imam bagi solat Taubat,Tahajud dan Witir.Zikir-zikir memuji kebesaran Allah di lafaz mengisi kesunyian malam.
Azan Subuh berkumandang dan solat subuh berjemaah dijalankan. Dilanjutkan dengan slot motivasi pagi dengan tayangan video oleh Ustaz Syahriul.Di ikuti dengan senaman pagi bersama-sama peserta dan membersihkan.Sarapan di hidangkan sebagai penyaur tenaga untuk aktiviti seterusnya.
Slot smart solat dengan bimbingan para ustaz dan tepat pada jam 10.00 pagi. Bermulanya Program Solat Hajat & Bacaan Yasin. Yang Berhormat Datuk Kamarlin Hj.Ombi & Yang Berhormat Datuk Sapawi Hj.Ahmad datang sebagai jemputan khas oleh pihak sekolah. Bermula dengan ucapan pengetua SMK.Gadong,YB Kamarlin dan YB Sapawi.
Bacaan Yasin dengan di ketuai oleh Ustaz Idham ,berehat sebentar menikmati makan tengah hari dan solat zohor serta Solat hajat jua doa selamat bagi para murid yang bakal menduduki peperiksaan besar.
Pada jam 2.00 petang,aktiviti fizikal yang mencabar baru bermula.Setiap kumpulan akan berjalan sejauh 16 KM berulang alik mengikut peta di iringi oleh fasi masing-masing. Terus terang dikatakan,perjalanan sejauh itu sangat memenatkan dan meletihkan. Di tambah lagi dengan setiap tempat perhentian yang melambatkan. Melewati kawasan hutan dan kebun sawit milik orang kampung. Nasib baik saja tiada peserta yang hilang. Semua peserta bersolat asar di sebuah surau kampung.
Keseluruhan peserta sampai pada kira-kira jam 5.00 petang, mereka menyiapkan diri dan berehat menanti maghrib. Azan maghrib dilaungkan dan solat jemaah di dirikan, bacaan yasin bagi aktiviti kerohanian oleh semuanya.
Isya di kerjakan dan selepas itu,menyantap hidangan di kala malam mengisi semula tenaga yang kian habis. Malam itu di penuhi dengan slot kesimpulan aktiviti fizikal petang tadi. Para fasilitator cuba mencabar psikologi para peserta dengan basahkan mereka denga telur,memarahi mereka dan lain-lain lagi yang bersifat ala-ala tentera.
Tepat jam 12.00 malam,semuanya tidur di lena kepenatan. Pagi esoknya,qiamullail tidak sempat di kerja memandangkan kesemuanya keletihan, seusai solat subuh. Para peserta bersiap diri dan bersarapan pagi. Pagi yang hening berlandskap hujan renyai-renyai, PSS mengendalikan slot selama 1 jam. Akhir sekali, sesi penutupan di mulai dengan bacaan doa dan ucapan serta penyampaian cenderahati bagy yang melaksanakan program ini. Bersalaman dengan para peserta menambah sayu di hatu kerana mungkin tidak bersua muka selepas ini. Tepat jam 11.00 pagi, berakhirnya sebuah program sahsiah lagi bermakna untuk peserta yang terpilih.
0 comments:
Post a Comment